008

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Kadangkala tidak semua benda yang kita mahukan itu kita akan dapat."

 

Aku membuka kelopak mata aku tatkala mindaku terdengar sebaris ayat yang dituturkan oleh seseorang. Berpisat-pisat mataku melihat keadaan sekitar. Di mana aku sebenarnya sekarang? Alam selepas matikah? Aku membuang pandang ke sekelilingku. Kenapa di sekitar aku hanya ada taman bunga saja? Tak akanlah alam selepas mati seindah ini?  Aku cuba melihat badanku. Badanku masih lagi ada, berbalut kemas dalam pakaian kasual iaitu seluar jeans hitam dan baju-t berwarna putih serta berkasut. Aku cuba bangun dan anehnya aku bisa bangun! Pelik! Bukankah aku sudah cedera teruk gara-gara ditikam dari belakang oleh Jaejoong?

 

Walaupun aku sekarang kebingungan, tetapi aku gagahkan jua diri ini untuk berjalan menyusuri satu laluan berbatu yang berada di taman tersebut. Dan sesudah saja aku berjalan sampai ke penghujung laluan tersebut, aku terkesima seketika melihat sesuatu di depanku.

 

"Sojin?"sebutku dengan rasa tidak percaya. Memang sukar untuk aku percaya apa yang sedang aku lihat sekarang aku sedang menyaksikan wanita yang telah mencuri hati aku sedang berpelukan dengan seseorang lelaki. Dan malangnya aku tak nampak wajah lelaki itu kerana dia berdiri membelakangiku. Sojin, walau bagaimanapun sempat mendongakkan kepalanya dan memandang aku. Mungkin dia terdengar aku memanggilnya tadi.

 

"JB?"

 

Aku mengerutkan dahi melihat riak wajahnya ketika ini. Dia bukan terkejut, sebaliknya dia mempamerkan reaksi kebingungan. Dia melepaskan pelukannya terhadap lelaki di depannya dan kemudian berjalan mengundur ke belakang.

 

"Who are you?"

 

"I JB lah. Im Jaebum."

 

"Huh? Sekejap! Kalau you JB, siapa pula lelaki ini?"Sojin menuding jari ke arah lelaki yang dipeluknya tadi. Lelaki itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sambil menggerakkan badannya memandang aku. Aku terkedu seketika melihat wajahnya. Aku teroka setiap inci wajahnya dengan mata terbeliak. Siapa lelaki ini? Mengapa dia berwajah sama denganku? Aku tak faham!

 

"I pun JB juga, sayang.. The other JB."tuturnya sambi mendekati Sojin dengan senyuman di bibirnya. Serius aku rasa sangat bengang. Bengang kerana lelaki itu berwajah seiras dan mengau dia juga adalah aku. Ah, semua ini cuma mimpi saja! Tak mungkin aku mempunyai satu lagi diri kecuali jika aku mempunyai seorang kembar. Boleh jadi juga aku ada kembar tanpa pengetahuan aku..

 

Sojin yang nampak bingung terus mengundurkan lagi dirinya ke belakang sambil berkata, "Apa beza you, the other JB dengan JB di sebelah sana?"

 

"Bezanya? JB di sebelah sana mempunyai hati yang baik, suci dan murni dan yang paling penting sekali..dia punya perasaan cinta terhadap you, Sojin. I pula adalah JB yang berjiwa gelap, yang suka membunuh tanpa belas kasihan dan tidak berperasaan."

 

Oh, baru aku faham kenapa dia berpakaian serba hitam, tidak ubah seperti mana cara aku berpakaian ketika mahu menjalankan tugasku sebagai seorang pembunuh upahan. Aku mengalihkan pandanganku ke arah diriku yang satu lagi yang sedang berjalan ke arah Sojin. Dengan senyum sinis di bibir dia bersuara, "Dan aku harus hapuskan kau bagi membolehkan diri aku yang jahat ini mendominasi badan, akal serta fikiran kau atau dalam erti kata lainnya..AKU MAHU IM JAEBUM MENJADI MANUSIA YANG JAHAT SEPENUHNYA!!"

 

"TIDAKKKK!!!"aku meraung sekuat hati apabila diri aku yang satu lagi menikam perut Sojin dengan pisau yang dikeluarkannya dari dalam jaket kulit yang dipakainya.

 

Oh Tuhan, jika ini adalah satu mimpi.. sedarkanlah aku dari mimpi ngeri ini.

 

 

"Jaebum!"

 

Buat kali yang entah ke berapa aku mendengar satu suara merdu memanggil-manggil namaku. Dan akhirnya aku berjaya membuka kelopak mataku setelah beberapa kali mencuba. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku dapat melihat langsir berwarna putih mengelilingi aku. Pandangan mataku kemudiannya jatuh pada pakaian yang tersarung pada badanku serta katil yang menjadi tempat aku berbaring sekarang. Huh? Aku? Berbaring di katil? Biar betul? Aku hampir pasti yang aku sudahpun mati gara-gara ditikam Jaejoong tempoh hari, bagaimana pula aku boleh berada di atas katil ini? Tanpa sedar aku berpaling ke sebelah kanan aku dan bertentang mata dengan seorang wanita yang sedang menahan tangis.

 

Sojin? Kenapa dia belum mati lagi? Peliknya!

 

"Urgghh..."ucapku tanpa sedar sambil cuba bangun. Aneh sekali, aku bisa bangun dan duduk seperti biasa. Cuma ada rasa sakit yang menyapa sekitar badanku. Yang pasti, itu bukan rasa sakit ditikam pisau. Sojin yang tersedar aku memanggil dia pantas memelukku.

 

"Oh thank God Jaebum, awak akhirnya dah sedar!"ucap Sojin dengan nada sebak. Aku pasti dia sedang menangis sekarang kerana bahu aku tiba-tiba lencun. Namun begitu, kata-katanya tadi membuatkan aku berfikir sejenak. Apa yang dia maksudkan dengan ayat 'awak akhirnya sedar' itu? Kenapa dia membahasakan dirinya 'awak' instead of 'I' yang selalu dia gunakan dalam percakapan seharian dia itu? Dan kenapa perut dia nampak besar semacam je..?

 

"Sedar..? Sedar dari apa?"

 

"Oh sweetheart, awak koma selama dua minggu selepas ditimpa kemalangan di Busan! Masa tu awak dengan Jackson dalam perjalanan untuk ke seminar yang perlu awak hadiri di sana dan kereta yang awak pandu dilanggar oleh sebuah lori yang hilang kawalan. Awak dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital dan doktor assume awak koma akibat kepala awak terhentak kuat pada stereng kereta. Jackson pula cedera ringan."

 

"Kemalangan? Di Busan? Bukankah kita sama-sama dah mati dibunuh Junghwa dengan Jaejoong ke?"soalku sambil melonggarkan pelukan Sojin lalu merenung wajahnya. Aku agak kebingungan dengan apa yang aku dengar dari mulut Sojin. Sojin pula sudah mengerutkan dahi mendengar pertanyaanku. Terus dia menggelengkan kepala melihat dahi aku yang berkerut seribu.

 

"Huh? Apa yang awak merepek ni? Siapa pulak Junghwa dengan Jaejoong ni? Aduh.. Honey, saya rasa awak ni dah bermimpi yang bukan-bukan masa koma agaknya. Fikiran awak ni dah terbawa-bawa dengan drama pembunuhan yang awak selalu tengok tu. Apa tajuknya.. Midsummer Murder? Crime Scene Investigation? Ke Hannibal? Ish awak ni, kan saya dah cakap awak koma tadi. Kalau betullah kita berdua dah dibunuh, mana mungkin kita dapat tatap muka satu sama lain sekarang?"ucapnya sambil mengukir senyuman manis buatku. Betapa aku rindukan senyuman manis miliknya yang sudah beberapa kali berjaya membuatkan hatiku bergetar hebat. Ya, senyumannya punya kuasa sehebat bom pemusnah yang mampu mencairkan hati aku.

 

Kemalangan? Jadi aku hanya kemalangan dan koma selama dua minggu  lepas tu alami mimpi? Dan aku bermimpi yang aku adalah seorang pembunuh? 

 

WHAT THE HELL???

 

Ah, mungkin benar aku cuma bermimpi. Kalau tidak masakan badan aku tidak terasa sakit dek ditikam dari belakang? Aku sempat membelek-belek badan aku. Ada calar-balar di beberapa kawasan di badan aku, mungkin kesan kemalangan yang aku alami agaknya. Tapi.. Hmm.. Eh.. Sekejap! Kalau benarlah apa yang aku alami sewaktu menjadi seorang pembunuh itu adalah satu mimpi, kalau benarlah Junghwa, Jaejoong dan Takuya itu cuma watak-watak fiksyen dalam mimpi aku, mengapa Sojin boleh berada di sini? Siapa pula dia sebenarnya? Ke aku yang gila sebab nampak dia sedangkan dia juga adalah salah satu watak fiksyen dalam mimpi aku?

 

"Sorry.. Awak ni siapa?"aku memberanikan diri bertanya wanita di depanku ini. Sojin, buat kali yang entah ke berapa, mengerutkan dahinya sambil mempamerkan reaksi hairan.

 

"Yah Im Jaebum, jangan cakap awak amnesia? Kita ni suami isterilah, dan awak bakal jadi seorang bapa nanti sebab saya dah tiga bulan mengandungkan anak awak."

 

 

KOMA adalah alam yang dianggap misteri kerana banyak pengalaman mereka yang pernah koma menceritakan pelbagai peristiwa yang  berlaku semasa koma. Artikel ini memperincikan punca-punca koma, cara-cara mengatasi dan kereaktifan neuron semasa koma. Antara kisah koma yang tersebar luas di internet adalah mimpi terakhir Ariel Sharon sebelum koma. Sharon, Perdana Menteri Israel yang dikatakan terlibat secara langsung dengan penyembelihan penduduk-penduduk Islam Palestin di khemah pelarian Shabra dan Syatila di Lubnan pada, telah dibalas di dunia lagi. Sebuah akhbar Israel yang melaporkan mengenai hari-hari terakhir beliau sebelum koma mengatakan beliau diburu oleh mimpi-mimpi yang sangat mengerikan. Beliau menceritakan kepada setiausaha peribadinya, bahawa beliau melihat dirinya dirinya diikat dan dirantai dalam keadaan bogel lalu diheret  di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan melalui lorong-lorong di Gaza. Seminggu terakhir sebelum dikomakan Allah, mimpi-mimpi yang lebih ngeri bertandang. Mimpi ngeri di mana beliau dicampak ke dalam perigi yang dalam sering mengganggu sehingga akhirnya beliau koma. Wikipedia 27 Feb 2009 menyatakan, pada saat ini Sharon masih lagi berada dalam keadaan koma dan keadaan beliau stabil. Kebolehan kognitif beliau seolah-olah sudah musnah akibat dan peluang untuk sembuh sangat rendah sekali. Itu adalah antara cerita-cerita pesakit koma. Ramai pesakit koma yang telah  sembuh mendakwa, walaupun mereka tidak bergerak balas,  tetapi mereka berupaya mendengar dengan jelas bicara ahli keluarga dan doktor serta jururawat di sekeliling. Begitu setelah jaga, ada yang memberitahu roh mereka dibawa ke alam lain, melihat perkara-perkara aneh malah merasainya seolah-olah ia benar-benar berlaku. Menurut Dr Zamzuri Idris, Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia menyatakan koma adalah suatu keadaan di mana  pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar.  Pesakit kelihatan seperti tidur, tetapi sebenarnya mereka telah melewati keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur. “Untuk menguji tahap koma ini, doktor akan memberi sedikit ransangan untuk melihat tindakbalasnya. Jika tiada sebarang respon, doktor akan memberi sedikit kesakitan kepada pesakit. Ada pesakit yang jaga setelah dipanggil. Ada pesakit yang jaga sekejap, kemudian kembali koma. Ada pesakit yang bertindakbalas setelah diberi sedikit kesakitan, malah peringkat koma yang paling teruk adalah pesakit langsung tidak bertindakbalas walaupun setelah diberi ransangan sakit. Beliau yang telah merawat ramai pesakit dan merupakan peneri

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!