004

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

Misteri sungguh apa yang aku saksikan dua hari lepas. Aku tak pernah menyangka Junghwa itu sebenarnya merupakan dalang disebalik kematian Cik Sojin. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Kenapa kedua-dua sepupu ini sanggup membunuh sesama sendiri?

 

"Cik Sojin, makanlah. Nanti sejuk nasi tu dah tak sedap pula."tegurku kepada Cik Sojin di hadapanku yang masih lagi tidak menyentuh nasi goreng kimchi yang aku masakkan. Cik Sojin aku lihat tiba-tiba seperti tersedar dari lamunan yang panjang. Dia memandang ke arahku sebentar sebelum mengambil sudu dan menyuap sesuap nasi ke mulutnya. Nampaknya dia sudah semakin sihat. Apa saja yang aku hidangkan untuknya dia makan tanpa banyak kerenah, berbeza dengan waktu ketika dia demam teruk tempoh hari. Jangan kata nak makan, nak bangun dan berjalan pun susah.

 

"JB, kenapa you sanggup tolong I?"tiba-tiba Cik Sojin bersuara sambil merenung wajahku.

 

"Sebab saya kenal Cik Sojin."jawabku selamba sambil menyuap nasi goreng ke mulut. Sebebnarnya aku sendiri pun tak pasti kenapa aku sanggup membantunya. Badan aku yang bergerak sendiri untuk membantu dia. Mungkin itu kedengaran agak gila tapi aku tak tipu. Saat aku melihat dia cuba untuk keluar dari keranda itu hati aku tergerak untuk membantu dia..melindungi dia. Aku tahu dia sudah tidak punya sesiapa kerana setahu aku Cik Sojin merupakan anak tunggal dan yatim piatu, sama seperti Junghwa.

 

"Bukan sebab you jatuh cinta pada I?"

 

Berkerut-kerut dahi aku mendengarnya. Aku memandang muka Cik Sojin di depanku yang sedang tersenyum nakal. Kejap..nakal?

 

"Jatuh cinta? Jangan nak merepeklah, Cik Sojin. Saya tak akan pernah jatuh cinta dengan sesiapa termasuklah cik."tegasku dengan wajah yang sengaja diseriuskan. Memang aku tak berapa minat sebenarnya berbicara soal cinta sebab aku sendiri tak pernah merasai apa itu cinta. Cinta dan kasih sayang.. itu semua sekadar mimpi indah bagi aku. Aku sendiri pun anak yatim piatu sejak aku berumur lima tahun lagi dan kemudian aku dibela oleh seorang lelaki yang bernama Genji. Dan lelaki tersebut bukanlah calang-calang orang.. Dia merupakan orang kanan dalam satu kumpulan kongsi gelap! Dah nama pun orang kongsi gelap..korang faham-fahamlah ya atas jasa siapa aku boleh jadi pembunuh. Tapi malangnya sepanjang aku membesar disamping Genji aku tak pernah menganggap dia sebagai ayah kerana lelaki itu hanya menganggap aku sebagai orang bawahan.. 

 

Zaman kanak-kanak aku agak gelap sebenarnya. Kenapa? Sebab rumah yang aku duduki itu selalu terputus bekalan elektrik! HAHAHA! Okey, aku bergurau. Sebenarnya aku dibesarkan di persekitaran yang serba 'gelap'. Setiap hari mataku disuap dengan adegan bunuh-membunuh antara orang bawahan Genji dengan musuh mereka sehinggakan minda aku tanpa sedar terset untuk berbuat sama seperti mereka bila aku membesar nanti. Tapi disebabkan Genji mahu aku menjadi seorang yang berguna, dia menghantar aku ke sekolah untuk belajar. Memang tepat keputusan Genji kerana di sekolah aku sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Well, nak buat macam mana.. aku mewarisi sebahagian genetik cerdik daripada kedua ibu bapa aku yang dulunya merupakan pasangan saintis. Bila Genji sedar yang aku ni pandai, dia support aku untuk belajar sampai ke luar negara.

 

Aku sangka aku akan terlepas dari menjadi sebahagian daripada kumpulan gangsternya kerana dia menyuruh aku belajar tetapi sangkaanku meleset. Apabila aku pulang ke tanah air, dia memaksa aku untuk belajar menjadi seorang pembunuh pula. Alasannya kerana dia sudah menanggung aku dari aku kecil sehinggalah aku belajar ke luar negara jadi aku kenalah bayar balik semua yang dia dah buat pada aku. Terkejut biawak aku dibuatnya. Mulanya aku nak lari saja daripada Genji tapi Genji lagi bijak. Dia kurung aku di sebuah kawasan pergunungan dengan beberapa orang kanannya bagi mengajar aku untuk jadi pembunuh. Hmm.. mahu tak mahu terpaksa jugalah aku ikut rentak dia. Kalau tak ikut nanti kena bunuh! Tapi nasib baiklah beliau dah bergelar mendiang sekarang kerana mati akibat tertelan butir tembikai dalam jumlah yang banyak. Kelakar bukan?

 

"What do you mean by that? Are you..not interested in woman? Are you gay?"

 

Amboi minah ni, sesedap rasa saja cakap aku gay! Dah la mengata aku, siap gelak pulak tu. Tapi..comellah pulak muka dia masa gelak..

 

"No, I'm not! I'm a normal human being!"

 

"Dah tu kenapa you cakap you takkan jatuh cinta dengan sesiapa?"Cik Sojin masih lagi berusaha untuk mengorek rahsia hatiku. Rahsia hatilah sangat. Pfft.

 

"Sebab... saya tak ada perasaan. Saya tak tahu apa itu cinta dan kasih sayang. By the way, saya tak tahu lagi nama penuh cik."aku cuba membuka topik lain. Malaslah nak berdebat pasal perasaan. Sambil-sambil itu aku memerhatikan muka Cik Sojin. Apa agaknya reaksi dia apabila tahu yang Junghwa bertanggungjawab membunuh dia? Mungkinkah dia akan merancang sesuatu untuk membalas dendam terhadap sepupunya itu? Ah, aku sendiri pun tidak pasti.

 

Cik Sojin tiba-tiba mengukir senyuman yang aku rasakan paling indah pernah aku lihat. Selama aku hidup aku belum pernah lagi melihat senyuman yang mampu menarik perhatianku. Gilakah aku kerana berfikiran sedemikian?

 

"Okey, I pun nak tahu jugak nama you. I  Han Sojin dan you boleh panggil  I  Sojin saja, tak perlu bercik-cik."

 

Cik Sojin.. Opps, pembetulan.. Sojin menghulurkan salam perkenalan kepadaku dan aku menyambutnya sambil membalas, "Saya.. Im Jaebum."

 

 

Petang itu aku keluar berdua lagi dengan Sojin. Cuma kali ini kami ke pasar raya untuk membeli barang. Al maklumlah, bila dah tinggal berdua ni makanan di rumah cepat habis. Jadi kenalah sediakan bekalan banyak sikit. Aku sendiri pun terkejut apabila beras yang aku beli sekampit untuk bekalan selama dua bulan habis dalam masa seminggu. Semuanya gara-gara Sojin. She's a monster bila makan! Sekali makan nasi seperiuk habis! Aku yang lelaki pun takdelah makan sebanyak dan selahap itu. Tapi rasanya aku faham mengapa dia kuat makan. Mungkin kerana bayi dalam kandungannya yang meyebabkan selera makannya naik beberapa kali ganda. Ah, biasalah perempuan mengandung...

 

Bercakap pasal mengandung, hati aku masih tertanya-tanya pula siapa yang merogol Sojin sampai dia boleh mengandung. Sejujurnya aku terkejut bila Sojin cakap dia takde boyfriend. Bayangkanlah perempuan secantik dan sekaya dia tak punya boyfriend? Nampak sangat menipunya. Tapi aku rasa dia tak tipu sebab..entahlah. Hati aku ni asyik cakap yang dia tak tipu pasal tu. 

 

"Awak nak beli apa?"tanyaku kepada Sojin disebelah. Kami berjalan seiringan di sepanjang rak biskut-biskut dan makanan ringan di pasar raya yang kami lawati. Aku sempat mengambil beberapa bungkus snek kegemaranku dari rak berhampiran lalu memasukkannya ke dalam troli yang sedang aku tolak sekarang.

 

"You beli saja apa yang you nak. Orang mati macam I ni mana ada duit nak beli barang."balas Sojin selamba. Tersengih saja aku mendengarnya.

 

"Ala, ambil jelah apa yang awak nak. Saya belanja."tuturku lembut sambil membuang pandang ke arah Sojin yang juga sedang memandang aku sekarang. Dan tiba-tiba dia mengalihkan pandangannya dari aku. Berkerut dahi aku melihatnya. Dah kenapa dengan minah hantu ni? Kemudian aku memerhatikan dia yang bergerak ke rak sebelah iaitu rak makanan kering. Diambilnya satu bungkus buah-buahan kering lalu di letakkan ke dalam troli yang sedang aku tolak. Kemudian dia berjalan pula ke rak keropok udang di depan. Aku mengikut dia dari belakang. Sambil menolak troli mataku memerhatikan saja kelakuan Sojin. Dia masih lagi berjalan melewati rak-rak makanan. Kadangkala dia berhenti sebentar, mencapai barangan di rak dan meneliti label-labelnya. Bila dia tidak berpuas hati, dia meletakkan kembali barangan itu di tempatnya.

 

Aku membiarkan saja dia berjalan membelek-belek barangan di rak pasar raya apabila ternampak satu kaunter kecil berhampiran sebelah kananku. Di kaunter tersebut tersusun beberapa pinggan berisi sosej di potong kecil siap dicucuk lidi. Pasti ini sampel yang disediakan untuk pelanggan mencuba. Nak promosi produk baharulah katakan. Memang betul apa yang aku fikirkan kerana seorang pekerja pasar raya mempelawa aku mencuba sosej tersebut. Tanpa berfikir panjang aku terus mengambil satu cucuk sosej itu dan menyuapnya ke mulut. Mmm, yummy!

 

Sedang sibuk aku menikmati sosej, Sojin tiba-tiba muncul di sebelahku sambil membawa barang yang agak banyak. Berkerut-kerut dahi aku melihatnya apabila dia memasukkan barang yang kebanyakannya merupakan makanan ringan ke dalam troli di depanku.

 

"Aik, banyak borong nampak?"

 

"Dah you cakap yo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!