006

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku merenung seraut wajah cantik di hadapanku dengan mata terbeliak. Aku hampir tidak mampu mempercayai kata-kata gadis di depanku ini tetapi rasa percayaku kepadanya semakin lama semakin menebal apabila dia tiba-tiba menggenggam kedua belah tanganku. Dengan senyuman manis tertampal di wajah jelitanya, dia merenung dalam muka aku.

 

"Is that true?"soalku dengan mata yang masih terbeliak tanda terkejut. Sojin masih lagi setia memandangku. Aku dapat rasa kehangatan genggaman tangannya terhadap tanganku. Dan serentak itu dada ini tiba-tiba berdegup laju. Apakah?

 

"You think?"soalnya pula dengan senyuman.

 

Dengan helaan nafas aku membalas, "You cuma bergurau bukan?"

 

Aku memerhatikan saja Sojin dengan pandangan yang lebih tenang. Mataku yang tadinya terbeliak sudah berubah tenang apabila gadis di depanku ini tiba-tiba ketawa kecil.

 

"You are so brilliant, JB. Macam mana you boleh tahu i cuma bergurau tadi? I rasa I dah berlakon sehabis baik kot."omel Sojin sambil memuncungkan bibir tanda tidak puas hati. Spontan bibirku mengukir senyum melihat kelakuannya. Comel gila!

 

"Berlakon sehabis baik? Maksud you, part yang yang ni ke?"

 

Aku dapat lihat warna kulit muka Sojin mula berubah apabila aku dengan tiba-tibanya menunjukkan tangannya yang masih berada di dalam genggamanku kepadanya. Kemudian tangan milik si cantik itu aku bawa ke bibirku sambil mataku merenung ke dalam matanya. Eh, chop chop chop! Apa yang aku sedang lakukan ini? Kenapa aku boleh bertindak seberani ini?

 

"Ya, itu cuma lakonan je. Tapi yang you sedang buat ni lakonan jugak ke? If yes, please stop it. Nanti berkurap tangan I you pegang lama-lama!"

 

"Amboi mulut, longkangnya!"spontan aku mencubit kedua belah pipi Sojin sepuas hati. Terjerit-jerit gadis itu dibuatnya. Haaa, padan muka..siapa suruh kau kenakan aku? Apa? Tangan kau akan berkurap kalau aku ciumnya? Kau ingat bibir aku bibir berpenyakit? Nasib baik aku cuma memekik melolong dalam hati. Nak luahkan depan dia, aku pulak tak sampai hati. Kang nanti emosi dia terganggu, aku juga yang susah. Al maklumlah, wanita mengandung ni punya emosi yang kurang stabil...

 

Kadang kala terdetik juga di hati ini mahu tahu tentang siapa bapa kepada kandungan Sojin. Bagaimana Sojin boleh mengandung ya? Maksud aku, bagaimana dia boleh diperkosa tanpa dia sedari? Apa yang aku dapat simpulkan adalah dia mungkin ke kelab malam, minum sampai mabuk dan mungkin ada seseorang yang mengambil kesempatan di atas keadaan dia yang mabuk ketika itu dengan merogolnya. Hmm.. boleh jadi!

 

"Eii you ni jahatlah! I gurau jelah!"marah Sojin sambil membalas dendam dengan mencubit kedua belah pipiku pula. Namun aku tidak melawan. Aku membiarkan saja dia berbuat demikian walaupun boleh tahan sakit juga cubitan dia pada pipi aku. Rasa macam disengat lebah!

 

"Kenapa you diam ni?"

 

"I letih.."jawabku sambil memejamkan mata seketika. Memang aku agak keletihan sebenarnya. Letih dengan kerja yang tiba-tiba bertambah banyak di kolej dan juga perihal Sojin. Ya, Sojin. Aku tidak tahu mengapa tetapi kepala aku kerap memikirkan dia kebelakangan ini. Tanpa aku sedari aku sering memikirkan dia apabila aku berada jauh darinya. Contohnya kelmarin ketika di kelas, aku sempat lagi termenung sambil memikirkan Sojin..bagaimana keadaan dia di rumah seorang diri tanpa aku sebagai penjaganya, kenyangkah dia memakan makanan yang aku masakkan untuknya dan sebagainya. Gila betullah! Kenapa aku boleh terfikirkan dia sampai macam itu sekali?

 

"You should rest.."

 

"I tak akan berehat selagi you tak beritahu I  kenapa you letak nama I sebagai pemegang saham you dalam wasiat you tu."

 

Sojin mengerutkan dahi  apabila melihat wajahku. Mana tidaknya, aku buat muka serius bercampur tegang.

 

"Jawapannya senang saja.. sebab I rasa lebih baik I bagi saham I kepada orang yang I tak kenal daripada bagi dekat orang yang I kenal. Sebab I tahu orang sekeliling I akan guna saham itu untuk tujuan yang tak baik. Jadi bila I bagi  saham I pada you sekurang-kurangnya I taklah terasa sakit hati  sebab dikhianati.. you faham tak?"

 

Aku sekadar menganggukkan kepala tanda faham. Senang betul jadi minah kaya macam dia ni, bila rasa tak selamat terus pindahkan saham ke nama orang lain. Namun dalam masa yang sama hati ini tiba-tiba rasa kecewa yang teramat sangat..kenapa ya?

 

 

"JB, bangunlah."

 

"JB, please wake up!"

 

"JB!"

 

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Rasanya tadi aku ada terdengar suara perempuan memanggil aku dan suara itu mirip Sojin. Hmm.. Aku berpaling ke kiri dan kananku. Tiada ku nampak kelibat Sojin. Kemudian aku memandang jam di meja tepi katil. Sudah pukul dua pagi. Sah aku bermimpi tadi. Tapi mimpi apa yang sedang aku alami tadi sampaikan Sojin boleh masuk ke dalamnya?

 

Aku bangkit dari katil untuk ke bilik air. Tiba-tiba rasa nak terkucil. Kesan minum banyak sangat air sebelum tidurlah ni. Selepas selesai buang air, aku keluar dari bilik untuk ke dapur pula. Tekak pulak terasa dahaga yang teramat sangat. Namun belum sempat aku melangkah ke dapur, aku ternampak sesuatu di ruang tamu. Sesuatu yang besar dan panjang di sofa... Televisyen pula dalam keadaan masih terpasang. Hmm.. sah si Sojin tertidur masa tonton tv. Betul tekaanku, aku sekarang sedang melihat Sojin yang sedang lena tidur di sofa panjang. Separuh badannya diseliputi selimut yang aku agak dia ambil dari bilik tetamu.

 

Dalam mata aku sedang asyik memerhatikan gadis itu, aku sempat lagi terpandangkan tv yang masih terpasang. Oh, dia tonton filem rupanya. Filem komedi romantik yang aku tidak tahu apa tajuknya. Ah, abaikan sajalah. Terus aku menutup suis tv dan duduk bercangkung di depan sofa di mana Sojin sedang tidur. Aku memerhatikan segenap inci wajah mulusnya. Mata aku memulakan pengembaraannnya di dahi gadis itu. Dari dahinya yang licin itu, pandangan mataku jatuh pada bulu matanya yang panjang dan sedikit lebat. Kemudian turun kepada hidungnya yang tidak begitu besar, tidak begitu kecil..sedang-sedang saja. Comel. Selepas itu mata ini menurunkan pandangan pada bibir merah jambunya pula..

 

Aku menggigit bibirku tatkala melihat bibir Sojin. Bibirnya..bentuknya tidaklah menarik dan mungil seperti Angelina Jolie mahupun Kylie Jenner tapi entah bagaimana aku begitu tertarik dan mungkin sedikit terpesona dengan bibir milik gadis itu sehinggakan aku dengan tiba-tiba saja rasa seperti mahu menciumnya pula! Aduh! Im Jaebum, kau jangan nak buat perangai  pulak pagi-pagi  buta ni!

 

Malas nak layan perasaan, aku terus bangun dan ke dapur untuk minum air. Kemudian aku kembali ke bilik. Namun sebab hati ini masih lagi risaukan Sojin, aku keluar dari bilik dan kembali ke ruang tamu. Aku berdiri di depan sofa di mana Sojin tidur sekarang sambil mengeluh kecil. Dia masih lagi nyenyak tidur nampaknya. Perlahan-lahan aku mengangkat dan mendukung badannya dengan penuh berhati-hati supaya dia tidak terjaga ke biliknya. Bukan apa, aku tak sampai hati pula nak biarkan perempuan mengandung macam dia tidur di sofa. Lebih baik dia tidur di katil yang lebih selesa bukan?

 

"JB.."

 

Terus pergerakanku mati seketika dek terkejut. Aku yang sudahpun sampai di hadapan katil bilik Sojin terus menurunkan dia di atas katil. Kemudian aku perhatikan wajahnya. Matanya masih lagi tertutup. Budak ni mengigaukah?

 

"Jaebum!"

 

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!