Kami di Pasaraya!

Aku Sebatang Berus Gigi

Tanya sama berus, apa sebab kembang,

nanti jawab berus, gigi yang goyang~

Tanya sama gigi, apa sebab goyang,

nanti jawab gigi, puncanya kau orang la!

 

Semasa kotak kami diangkat ke dalam lori (aku terdengar bunyi enjin) , terdengar bunyi salakan anjing-anjing penjaga kilang. Hahahahaha! Padan muka kau anjing! Kau hanya terikat dekat situ. Aku sudah pun bebas! Bakal bebas dari kilang berkuap ini . Aku tak tahu kenapa aku gelak sendiri tetapi apa yang pasti aku harap kau dengar ejekan hati aku.

 

"Woff!"

 

Ya, kau faham akhirnya.

Kotak besar yang gelap ini bergerak dan bergetar pada masa yang sama. Lori ni jalan atas apa? Laut ke gunung ganang ke volcano? Sakit kepala aku terhantuk dengan penutup kotak ni. Berus gege yang berada bersama aku hanya menjerit dan ketawa. Adakah mereka ingat ini funfair?! Berangan menaiki roller coaster mungkin?

 

Selepas satu jam setengah, akhirnya lori ini berhenti di satu tempat yang aku sendiri tidak pasti. Nak tahu lebih lanjut tanya sendiri pada pemandu lori . Aku bukannya berlagak tetapi aku sendiri terkurung di dalam ini jadi aku tak tahu apa apa humph! Korang jangan gelak eh?

 

Tiba-tiba aku dan berus gege yang lain diam membisu. Kecuali berus gigi yang dihimpit ke bawah . "Humph humph!" Pintu lori dibuka dan kami semua menunggu nasib di sini. Semuanya ketakutan. Adakah kami sudah sampai di pasaraya? Bagaimana suasana pasaraya itu? Ada polis kah? ada pengawalkah? Yang aku tahu hanyalah pasar tani. Itupun nenek moyang kami punya cerita. Jual dekat pasar tani tak sampai rm 2. Mungkinkah pasaraya ini sebiji dengan pasar tani? Macam mana kalau ada orang menculik kami tanpa membayar! Macam mana kalau kami dipijak?!

 

Berhenti Jin berhenti! Positif okay positif! Berus gege yang lain pun sudah berhenti berangan ini seperti roaller coaster. Apa yang aku pasti jantung mereka sekarang seiring kelajuan roaller coster. Hello, korang ingat kami tak ada jantung ke? Pergi ambil berus gigi korang sekarang. Ha belek dari  rambut kami turun ke badan kami yang straight. Ada bonjolan kan dekat bawah kepala kami? Haaaa itulah jantung kami. Tapi apapun sekarang ini, aku bukannya ingin bercerita tentang abdomen kami! aku tiada masa untuk itu kerana kotak kami sudahpun dibuka dan apa yang aku lihat sekarang, terpapar satu wajah yang....putih mulus, bibirnya berwarna merah, keningnya tebal dan hidungnya mancung seperti kereta sorong. Wah, siapakah manusia ini? Ataupun dia ialah pari-pari yang bakal beri kami kehidupan ?

 

"Hani! Tolong susun berus gigi itu ikut jenama, okay?"

 

"Okay bos!"

 

Mulut aku membentuk O. Oh jadi dia adalah salah seorang staf dari pasaraya mungkin. Dan tiba acara kemuncak, tangannya ligat mengambil aku dan rakan-rakan yang lain keluar dari kotak. Berus gigi yang terhimpit itu juga dibawa keluar dan akhirnya dia rasa bebas seketika.

 

"Aku berjaya keluar!!!!"

 

Aku hanya mampu lihat muka staf ini dari bawah kerana dia meletak kami di hadapannya yang ligat menyusun berus gege. Ah,adakah ini cinta pandang pertama? Lihat mukanya saja sudahpun menggetarkan jantung aku. Kemudian, tangannya mencapai badan aku dan aku berada di awangan seketika. Woho!! Aku terbang brader! Aku terbang ni woi! Selepas sesaat berada di permukaan udara, bekas plastik yang membaluti tubuhku digantung ke atas satu besi yang kecil dan panjang. Oh jadi ini rupanya tempat tinggal kami disini. Hahahahah! Nasib aku berada di barisan hadapan. Tak perlu dihimpit seperti berus gigi tersebut.

 

"humph! Humph!"

 

Sayangnya dia ditempatkan di barisan paling belakang dan menyebabkan dia kurang udara lagi.

Okay korang mesti nak tahu kan macam mana suasana pasaraya ni ? Aku cuba mengerling sedikit ke kiri dan tahulah aku bahawa aku ditempatkan di bahagian alat mandi. Ada sabun, shampoo, ubat gigi, berus jamban pun letak sini?! Wow, patut lah ramai gila tak sabar nak pergi pasaraya ini. Aircond dia kena dekat badan aku fuh sejuk, nyaman dan segar! Sorry, aku bukan buat iklan sekarang ni. Tapi..kenapa pasaraya ni sunyi sangat ? Mana orang-orangnya?

 

"Psst! Psst! Psst!"

 

Aku yang sibuk bermonolog sendirian dikacau oleh bisikan halus sesuatu.Aku melihat ke kiri dan....

muncul pencukur berwarna hijau di dalam bekas plastik tergantung di sebelah aku. Kenapa aku tak perasan wujudnya si pencukur di sebelah aku? Aneh.

 

"Psst! Aku Sunggyu! Macam kau boleh usha, aku pencukur a.k.a shaver."

 

Pencukur hijau  yang bermata sepet itu cuba untuk bersalam tetapi akhirnya berdiam diri setelah perasan bahawa masing masing tidak mempunyai tangan . Tambahan lagi, kami terperangkap di dalam plastik ini. Aku mengeluh.Rimas rasanya tak dapat bergerak. Someone, buy me please! Macam kerja gigolo pulak aku. Menjual diri dengan tak bermaruah.

 

"Aku Seokjin. Kau boleh panggil Jin. Macam kau tahu, aku ni berus gigi." Aku membalas tegurannya tadi. Adat sesama barang ,wajiblah membalas semula teguran dan jangan bersikap sombong. Ha ikut cakap aku ni.

 

"Seokjin? Ooo. Keturunan hidung besar eh?"

 

"Apa?"

 

"Tak ada apa. Apapun, kau nak tahu tak ? Aku ni dah lama duduk dalam pasaraya ni. Ha.." Pencukur hijau itu kembali bersuara. Apa? Lama? Biar betul dia ni?

 

Aku menggeleng sedikit ibarat tidak mahu mempercayai Sunggyu yang gila ini. " Kau jangan lah bohong. Takkan  tak ada orang beli kau kot."

"Aku serious la ni. Dua...

"DUA TAHUN?!"

"Aku tak habis cakap lagi la..Dua bulan dah aku duduk sini."

 

Aku terdiam. Dua bulan tiada sesiapa ingin beli pencukur mulut becok ini? Adakah manusia sudah menggunakan rawatan robot yang mahal itu untuk mencukur janggut atau bulu kaki? Tak mungkin..

 

"Kau ni betul ke? Macam tak serious aje.." Aku cuba menyakatnya. Kadang kadang kita tak boleh layan sangat benda yang tak betul ni. Takut takut jadi gila sebab duduk lama seorang diri .

 

"Aku serious la. Sebab aku selalu jadi giliran last. Bila nak habis, staf pasaraya tambah geng baru duduk depan aku. Haa...... macam tu!" Sunggyu tersenyum sinis dan mungkin dia bangga dengan statusnya yang sudah menjadi penduduk tetap pasaraya ini.

 

Aku terdiam. Ada benar juga apa yang dia cakap. Kalau duduk belakang sekali, mesti tak akan kena ambil. Teringat aku pada berus gigi yang ditindas beberapa kali tadi. "Humph! Humph!" Untungnya dia dapat duduk di sini beberapa hari lagi. Tetapi memikirkan giliran aku yang pertama ini membuatkan aku resah. OMG! Aku bakal dibeli hari ini! Aku lihat pencukur mata sepet itu tersenyum sinis kepada aku. Ish! Nampak sangat dia sudah ramal dalam hati bahawa aku akan pergi dahulu hari ini.

 

"Tapi tak seronoklah tinggal kau seorang aje selalu." Aku mula bersuara semula.

 

Sunggyu mencebik. " Alah, aku pun ada geng . Tapi dah takdir diorang pergi dulu. Anyway kejap lagi diorang tambah stok.So giliran aku last. Aku tak boleh nampak kau kena beli kejap lagi. Sedihnya aku.."

 

Aku menggigit mulutku. Eee geram dengan pencukur hijau ni. Aku doakan kau kena beli hari ini lepastu cukur kaki anjing baru kencing. Ee padan muka! Aku berhenti membebel di dalam hati apabila aku ternampak seorang staf lelaki berdiri di hadapan kami.

 

"Ha staf ini mungkin akan menambah geng baru untuk aku. Jadi, say hyehye byebye baby." Sunggyu tersengih seperti tidak bersalah. Umph geramnya aku!

 

"Bos,stok shaver ni ada dekat mana?" Kedengaran suara staf lelaki melaung memanggil nama bosnya.

 

"Ada dekat sana. Kejap lagi lah kau susun. Tolong staf lain dulu."

 

"Alright bos!"

 

Aku memerhati mereka punya perbualan. Jadi..adakah itu bermaksud Sunggyu bakal dibeli hari ini? Hahahahaha! Diorang tak ada nak letak stok baru! Aku gelak didalam hati apabila memikirkan muka cuak Sunggyu sebentar tadi. Kau tunggu nasib aje Sungyu.

 

Jam di dinding berdetik sehingga pukul 9.00 pagi. Akhirnya pasaraya ini dibuka dan staf sibuk menyusun barang. Lama kelamaan, pasaraya ini sesak dengan pengunjung. Mereka ada yang tua muda dan baru lahir pun ada. Fuyo!! Hebat betul penangan pasaraya ini sampai kesemua penduduk ingin masuk. Aku tertarik melihat satu adegan di mana seorang budak lelaki menarik baju ayahnya meminta membeli mainan. Hahaha sedih aku apabila melihat kereta mainan yang lelah dan penat diletak dan diambil semula oleh ayah dan anak lelaki tersebut.

 

Kemudian tanpa kami sangka, beberapa pengunjung masuk ke bahagian kami. Golongan berus gege yang disusun tidak jauh dari aku mula menjerit keseronokan dan ketakutan pada masa yang sama. Ish ish ish korang ni cuba berkelakuan sopan sedikit di hadapan para pengunjung. Dan...seorang manusia yang cantik lenggang lenggonya menghampiri aku.

 

"Hmmm..pink.Take this one la."

 

Seriously adakah ini penamat bagi aku?! Tidak! Tangan dia semakin menghampiri aku! Oh no! Sunggyu menghantar pandangan sinis kepada aku. Eee jangan ambil aku lagi! Ambil lah si sunggyu itu! Belum sempat perempuan cantik seksi itu mengambil aku, seseorang memanggilnya dari jauh. Dan dia dengan tergesa-gesa meninggalkan aku yang hampir mati ini.

 

"Fuh! Selamat!"

 

"Belum lagi brader." Mula lah suara mulut becok disebelah ini menyindir aku. Hadui aku dah tak tahan tinggal dengan mamat sebelah ni. Tapi nasib juga perempuan tadi tak ambil aku. Kalau tak mahu sesak nafas aku mati berbuih lagi! Boleh tak betapa bayangnya seksa jiwa raga aku tadi?

 

Kemudian datang seorang lelaki sedikit gempal yang tangannya berbulu lebat,kakinya juga boleh tahan (dia pakai seluar pendek) dan gumpalan bulu dadanya mungkin terkeluar sedikit dari bajunya datang berjalan ke arah kami. Oh tidak! Jangan ambil aku! Jangan! Aku memejamkan mata aku tanda tidak rela. Mungkin Sunggyu bakal ketawakan aku sebentar lagi. Aku dapat rasakan kehadiran tangan lelaki itu. Oh.....

 

"Tidak!!! Tidak! Jangan ambil aku!"

 

Aku membuka mata. Eh ? siapa pula yang menjerit itu ? Bukan aku yang menjerit ,itu memang pasti. Aku melihat ke hadapan dan oh tak aku sangka dia mengambil...

 

...pencukur hijau bernama Sunggyu itu.

 

"Tidak! Aku tak rela cukur bulu dada kau! Tidak jangan ambil aku!" Sunggyu mula menjerit seperti terkena histeria. Sayangnya walaupun dia menjerit bagai nak rak, manusia tak akan dengar rintihan tersebut. Oh kasihannya Sunggyu. Diletakkan secara kasar ke dalam troli dan dihempap beberapa botol air gas. Ugh! Mesti sakit kan walaupun berbalut plastik? Aku hanya tersenyum menang ke arahnya yang semakin lama semakin menjauh di bawa troli lelaki itu. Nak gelak lebih-lebih tak mampu kerana apa pula nasib aku selepas ini?

 

Lama kelamaan rakan-rakan aku turut diambil oleh pengunjung.

 

"Byebye see uolss!"

 

"Tidak! Dia pakai gigi palsu!"

 

"Yay aku dapat budak budak!"

 

"Semua gigi dia hitam!!!!!"

 

"Woho perempuan cun!"

 

Bagaimana pula nasib aku ? Adakah pembeli aku ialah seorang yang tiada gigi ? Ugh tak ada gigi, aku hanya perlu gosok gusi? Bagaimana pula dengan yang memakai gigi palsu? Ish ish ngeri aku bayangkan bila mereka ingin menanggalkan gigi palsu mereka.

 

Tanpa aku sedari, seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut berwarna hitam berdiri di hadapan aku. Tangannya sedang memegang telefon bimbit manakala mulutnya lincah bersembang di talian. Ah teringat akan Sunggyu walaupun tidak sampai beberapa jam dia dibeli.

 

"Of course hyung akan beli! Hyung dah ada depan berus gigi pun! Nak pink kan?"

 

Aku terdengar suara lelaki itu berbicara di telefon. Benda apakah yang dia sedang cakapkan? Oh aku juga perasan..bahawa gusinya lebih banyak dari gigi. Aku hanya diam membisu.

 

"Yes yes! Hyung beli! Ish kamu ni banyak hal. Okay a pink colour! I got it!" Tanpa sempat aku menarik nafas, tangan lelaki itu terus menyambar aku. Mata aku membuntang . Nafas terhenti. Mulut terdiam. Oh tidak! Apa yang sedang berlaku?! adakah aku bakal dibeli?! Oh gusinya menyakitkan pandangan mata aku! Tidak!!!!!!!!!!! Baru sebentar tadi aku gelak kepada Sunggyu yang bakal mencukur bulu dada lelaki gempal itu tetapi nasib aku juga tidak baik kerana aku baru saja ternampak sesuatu di dalam gigi lelaki ini!

 

Aku hanya mampu menjerit di dalam hati dan terhuyung hayang digenggam oleh tangan lelaki tinggi ini. Apakah nasib aku selepas ini?

 


 

p/s : komenlah panjang panjang sebab saya suka baca hahahaha

pps : saya akan update ff saya yang lain jadi sila bersabar wahai cinta hatiku ;A;

ppps : ff ni memang terlebih ultrauniverse

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls