BTS (Berus The Sabun)

Aku Sebatang Berus Gigi

" Sahabat..untuk selamanya...

Aku dan gigi sahabat.....untuk selamanya....

Setia...."


 

Aku toleh ke kiri dan sebiji , ataupun dalam erti kata lain satu ubat gigi tersenyum sinis kepada aku.

 

"Boo!"

 

"Wargh!" Aku hampir hampir terjatuh ke atas lantai disebabkan sergahan ubat gigi yang tak bermoral itu. Excuse me aku baru beli dari kedai ,kau nak suruh tuan baru aku terus buang aku? Tak guna! Humph! Jaga kau ubat gigi! Kau tunggu bila isi kau habis nanti, biar aku penyek kau nanti.

 

"Woi budak baru! Seronok nampak duduk dalam bekas mewah. " 

Oh aku terlupa kehadiran sekumpulan alatan mandi sebentar tadi. Aku terus memandang hadapan. Dan...mereka berada tepat tepat di hadapan aku.

 

"sebelum kau ternganga melihat kehenseman kitorang, biar aku perkenalkan nama aku dulu." Tiba tiba sebatang pencukur membuka suara.

"Seperti yang kau boleh nampak ,aku shaver. Melainkan kau buta kau akan cakap aku penyodok." Pencukur berwarna ungu itu memberi aku senyuman manis yang sinis. Oh my shaver siapakah dia mamat poyo yang ingat aku nak sangat tahu pasal nama diorang?! Simpang kanan kiri tak hingin aku! Cakap pasal shaver, teringat aku pada Sunggyu. Macam mana nasib dia?

 

(Di sebelah rumah Exo)

 

"Sayang...im homeeeee!!" lelaki yang berbadan gempal dan mempunyai rekod bulu dada tebal menjerit kegirangan sambil makan peha ayam KFGHIJKL . Dan di sebelah tangannya lagi sibuk mengangkat barang yang dibeli di pasaraya Sizuka tadi.

 

"Ha honey, ada beli pencukur yang i suruh tak?" tanya isterinya yang baru keluar dari dapur untuk memasak. Lelaki itu mengangguk sambil mengunyah.

 

"OFcourse! Nah!" Sunggyu yang berada di dalam bekas dihulurkan kepada isterinya. Isterinya mengucup pipi suami itu tanda berterima kasih. "Thankyou darllll~~~~"Suami itu tersengih kegirangan dan bangga kerana dapat mengembirakan hati isterinya yang satu itu.

Sunggyu yang tadi resah kini semakin lega kerana tuan barunya bukanlah si sang suami. Fuh! Nasib aku tak kena cukur bulu dada dia yang memang meletop! Huh Jin pink tu mesti ingat aku akan cukur mamat dada tu hahahahaha no way . Aku ni memang bernasib baik.

Si isteri mula membuka balutan plastik Sunggyu dan memegangnya erat. Sunggyu tersenyum girang. "Alah setakat perempuan ....bulu kaki pun mesti sikit je. "

Tetapi senyuman Sunggyu mula mati kerana si sang isteri memanggil haiwan peliharaannya. Ya. Tidak seperti yang anda sangkakan, dia perlu mencukur sedikit bulu kaki anjing tersebut. 

 

Sunggyu ketawa seperti orang gila. Dia bukan ketawa sebab gembira..cuma..anjing tu baru sahaja selesai membuang air besar. Dan kutunya mungkin banyak di dalam bulu itu! TIDAKKKKKKK!!SELAMATKAN AKU! 

 

"TIDAKKKKKKKKKLALNJGRODESA" Hanya itu yang sempat dijeritkan oleh Sunggyu sebelum mulutnya penuh dengan bulu anjing.Dan Sunggyu hanya mampu berharap bahawa nasib Jin sama seperti dia. Ataupun mungkin lebih teruk.

 

" Woi!"

 

"Woi merah jambu!

 

Jin tersentak dari lamunannya. Dia terlupa bahawa Geng ini sedang bercakap dengannya. Haih kenapalah masa ini aku nak mengelamun pasal pencukur tu pulak? Nazak betul pemikiran aku ni.

 

"Kau mengelamun apa lagi ni? aku bercakap dengan kau ni berus Gigi.." Pencukur ungu itu memandang aku seperti kesalahan mengelamun itu perlu dihukum.

 

""Ah ye ye! Aku dengar lah...hmm kau cakap apa tadi?" Aku bertanya semula dengan selamba. Tak kuasa aku nak ingat apa diorang cakap.

 

Pencukur itu menjulingkan matanya ke atas dan mengangguk segera. "Kau ni pekak ni."

"Nama aku V. Sebelah aku ni Suga. " Pencukur itu menunjuk sebuku sabun berwarna kuning di sebelahnya. Suga hanya tersengih seperti babun busuk yang tidak mandi. Aku membalas senyumannya dengan jengkel. Hello aku rasa kedudukan aku dekat sini tergugat dengan puak mandi ni. 

 

"Yang tepi aku belah kanan ni Jhope. Kau kena layan dia ni elok elok sebab brand Garnier paling mahal ." V kemudian memperkenalkan aku sebatang (aku tak tahu penjodoh bilangan dan aku taknak tahu) pencuci muka berwarna hitam kuning . Dia tersenyum dengan kacak (kononnya)

 

"Yo wazzup!" Pencuci muka bernama Jhope itu memberi hi dalam gaya hip hop. Okay cukup. Aku taknak ambik tahu pasal korang. Dah lah ramai nak suruh aku ingat pulak muka korang ni. "Dan kami ialah.......BTS!!" Mereka bertiga terus membuat pose ingin mencuci. BTS? Apa tu?Mungkin faham isi hati aku, JHope memberitahu aku bahawa BTS bermaksud , " Berus The Sabun!" Dan sekali lagi mereka bertiga membuat pose ingin mencuci.

Ehem! Ehem!"  Ubat gigi berwarna merah itu berdehem di belakang aku. I mean hello? Kau nak berdehem dah kenapa ? 

 

"Oh lupa nak perkenalkan ubat gigi warna merah tu. Nama dia Jimin. Kau boleh selalu kawan dengan dia sebab korang akan bekerjasama nanti nak basuh mulut tuan kita. " V mencebik apabila Jimin mula menari di hadapan aku dan mereka. WTF is this bro?! Aku taknak tahu hobi dia menari ataupun berak dan aku tak rasa aku boleh bekerjasama dengan mamat merah ni. Okay aku nampak berlagak tapi muka diorang ni lagi berlagak. 

 

"Woi! Korang bising apa dekat sini?" 

 

aku berhenti membebel di dalam hati apabila terdengar suara garau sesuatu benda. Apa pula dah lepas ni? Ketua diorang muncul? Huh..aku mula menunjukkan ekspresi bosan dan tiba-tiba muncul sesuatu dari dalam laci menuju ke arah kami. Dan ia adalah.....sebiji hairdryer.

 

"Rap Mon! "

"Rap Mon! Semua tunduk hormat!" Suga menjerit dan geng alatan mandi itu memberi tunduk hormat dengan segera. Aku hanya menjulingkan mata aku ke atas tanda -perlu-ke-tunduk-hormat? Jimin yang berada di sebelah aku cuba menyondol aku . Aku melihat Jimin dengan pelik. Kau dah kenapa Jimin?  Nak sondol sondol pulak. Nasib aku takde tangan, kalau ada dengan kau makan penampar.

 

"Psstt Pssst!! " Jimin berbisik kepada aku. Aku hanya mampu diam. Apa lagi yang dia ni nak?

"Psst! Kau kena tunduk hormat! Dia ni...

"Dia apa?! Ah long?! Cuba nak peras ugut korang?" Aku mula menjerit dengan perlahan. Kenapa diorang perlu tunduk kalau bukan sebab dia ni ahlong! Haaaaa nampak tak peras ugut,rasuah boleh berlaku di mana mana sahaja. Like seriously?! 

Jimin menggeleng laju.

 

"Dia ni.....-

 

"Tu yang tengah bercakap dengan Jimin tu siapa? Tak tunduk dekat aku langsung?"

Aku dan Jimin terus memandang muka Rap Mon dengan pantas. Baiklah kenapa aku nak menggeletar bila tengok muka mamat ketua ni? Aku terus berdiri tegak dan menunjukkan muka biasa. " Humph! Ye saya budak baru dekat sini!"

 

Para alatan yang lain terus memandang aku dengan cuak.

 

"...ketua kami.." terkeluar juga ayat terakhir daripada mulut Jimin.Aku tergamam. Ketua diorang? Ada puak ke ni?

"Kenapa kau tak bagitahu awal-awal?!" Aku menjerit gelabah keseorangan sambil memandang Jimin. Jimin mengangkat keningnya. (okay korang tak akan nampak keningnya di mana) "Habis tadi tu kau ingat aku bersajak dekat kau? Dia ni jangan buat main beb...sekali lu langsi, lu...

 

"MATI!" Aku menjerit! Sudah dapat mengagak apa kesudahan aku! Aku selalu dengar cerita puak puak dalam bilik air ni dari geng geng senior kitorang aje! Tapi tak sangka aku akan alami sendiri! Aku memeluk Jimin! (Okay aku tiada tangan....)

 

Jimin tersentak. Mungkin tak menyangka aku membuat filem aksi romantis . Okay apehal fanfic ni berubah jadi cinta pulak ? Kepala hotak kau authornim! Jimin menolak aku. "Woi mana ada mati. Kau ni..kami ni baik tau. Tak ada sesi pembunuhan.." Rap Mon yang melihat aksi kami berdua terus meluru ke arah kami.

"Oh ni budak baru tu kan ? Tahniah dapat masuk sini..Kau ni bukan calang-calang orang juga.." katanya sambil melihat aku dari atas ke bawah. Fuh. Baik juga dia ni. Ingatkan garang macam bapak singa.

"Tapi jangan harap kau dapat gantikan tempat Daehyun!" sergahnya kepada aku. Wow! Mata aku hanya mampu tertumpu pada rambutnya yang terpacak. Patutlah nama hairdryer. Ceh..Eh tunggu sekejap. Daehyun mana pula ni? Aku nak gantikan tempat dia ?

 

Jimin cuba mencelah perbualan Rap Mon tetapi hanya mampu kaku." Rap Mon, Daehyun dah pergi..Biarlah merah jambu ni jadi teman baru kita!" Aku cuma mampu berdiri di dalam bekas aku dengan senyap. Apa masalah pula yang timbul ini? Aku lihat Jhope.Suga dan V masing-masing memandang aku dengan sayu. kenapa? Sebelum tu baru aku terperasan sesuatu..

 

"helo nama aku Seokjin! Korang boleh panggil Jin. Aku bukannya merah jambu .humph!" Aku mencelah dan kemudian senyap semula kerana kesemua memandang aku dengan tidak sangka. Rap Mon memandang Jimin dengan tegas. "Tak..aku rasa Jungkook pun setuju yang dia tak akan mampu gantikan tempat Daehyun." usai berkata begitu, dia mengambil langkah untuk kembali ke tempat simpanannya.

 

"Tapi Ra-"

"Nak aku hembus korang dengan angin aku?!" Marah Rap Mon bila V mula mencelah. Terus kami kaku seperti berada di dalam perbarisan kawad. "Eleh tahulah hairdryer, nak hembus konon..." dan tak aku sangka aku bercakap dengan kuat di luar hati aku. Itu menyebabkan Rap Mon memberi aku satu jelingan halus tetapi fuhhhh!!! menusuk kalbu wa kata sama lu! Aku sedar bahawa aku telah melukakan hati dia. Hahahahaha baik Jin kau tak patut gelak sekarang.

Kami membawa mata kami ke sosok tubuh hairdryer acah gangster itu. Usai dia masuk ke dalam simpanannya, V terus menghembuskan perasaan lega bercampur keluhan. Aku memandang mereka dengan aneh. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku . Siapa Daehyun? Siapa Jungkook? Dan kenapa mereka terlalu marah jika aku menggantikan tempat si Daehyun itu?

 

Aku memandang Jhope yang tersenyum ke arah aku. " Mesti kau rasa pelik kan Jin. Kau tak tahu Jungkook siapa, kau tak tahu Daehyun siapa." Aku mengangguk. "Ha jadi ceritalah pada aku."

Suga lompat terkinja-kinja. "Wuhu! Masa untuk bercerita!" Sempat Suga mengajak Rap Mon dari jauh tetapi dimarahi V. "Yah! Kau ajak Rap Mon memang kita mampus masa ni jugak." Aku menggeleng melihat mereka. Nampak tak aku ni feminin sikit daripada diorang? Pencuci muka garnier itu terus mengambil tempat di hadapan aku dan kami membuat satu bulatan kecil di tempat bekas aku. Jimin juga berada di sebelah aku kerana kami adalah pasangan yang akan selalu bekerjasama selama-lamanya.

 

"Jadi....ceritalah..aku memang tak sabar ni bruh.!" Aku menunjukkan sedikit sifat gembira aku kerana aku memang tidak sabar untuk mengetahui cerita sebenar.

 

"Alright! Kau tengok atas...ada awan yang bekepul kepul tu kan...dia akan bagitahu kau segala-galanya." Jimin suruh kami memandang ke atas dan aku melihat ada satu kepulan awan yang akan membawa anda ke zaman flashback. Aku memandang ia.

 


"Daehyun ! Jom main lari lari!" Jungkook mengajak Daehyun bermain bersama sama kerana dia kebosanan sejak tadi. Daehyun si berus gigi biru memandang Jungkook dengan senyuman manis. "Jungkook bosan? Nak main macam mana ? Jungkook tak boleh lari hehehe!"

Jungkoook ketawa kecil. Mereka berdua menjadi rapat kerana selalu berbual bersama sama tambahan lagi kerana mereka lebih kurang sebaya. Nampak tak flashback ni skema?

 

Daehyun yang duduk didalam bekasnya terus keluar dan menuju ke dalam sinki untuk melihat Jungkook. "Ha harini mana yang lain?" tany Jungkook kepada Daehyun. Daehyun menggeleng. "Entah. Tadi Yixing masuk ambil diorang. Mungkin diorang ikut Yixing pergi world tour kot." Jungkook hairan. "Patutnya mestilah ambik Daehyun sekali. Kenapa Yixing lupa?"

daehyun tersengih. "Daehyun pun hairan. Tak apalah..Daehyun boleh teman Jungkook hari ni! Yay!" Mereka berdua gelak mengekek. Tetapi ketawa mereka terus berhenti apabila muncul seorang lelaki yang pastinya bukan Yixing masuk ke dalam bilik air tersebut. "Eh ini bukan Yixing..." itu antara kata-kata terakhir Daehyun sebelum tangan seorang lelaki yang cantik mulus mengambilnya dengan tergesa-gesa.

Jungkook hanya mampu melihat Daehyun dari jauh dan melambai kepada Daehyun berharap agar Daehyun juga turut bergembira di konsert itu. Dan pada hari kesemua mereka pulang ke dalam bilik air, Jungkook tidak melihat kelibat Daehyun.

 

"Eh mana Daehyun , Jimin?" tanya Jungkook sementelah Jimin diletak ke dalam bekasnya. Jimin menoleh ke arah Jungkook. "Hai Kookie, entah. Haritu dia tak ada bersama kitorang pun. Yixing tak ambil dia."  Jungkook terdiam. Jadi dimanakah dia ? V ,Rap Mon ,Jhope ,Suga juga turut berkumpul bersama mereka. "Apa yang kecoh ni ?" Tanya Rap Mon selaku hairdryer dan ketua BTS.

Jimin menoleh. "Daehyun katanya ikut kita tapi  dia mana duduk dengan kita. Kan?" tanya Jimin kepastian. Mereka semua mengangguk. "Habis tu dia ikut siapa?" tanya Suga yang hampir terjatuh ke dalam sinki kerana badannya yang licin.

 

Riuh rendah keadaan di luar bilik air menarik perhatian mereka semua.

"Baekhyun!!!! mana berus gigi biru hyung?!" kedengaran suara Yixing memecahkan sunyi sepi di rumah itu.

"Saya pinjam ajeee! Masa pergi airport kita dah gelabah dah. Sebab tu kena cepat!"

"Oh my unicorn ! tadi yang Baek gosok gigi sambil jalan tu hyung punya?!"

"Ala..sorry lah. Baek tertinggal dekat Mnet lah tadi rasanya. Sorry hyung!"

"Mwo?! Hyung dah tak ada berus gigi kesayangan hyung sebab awak yah!!"

"Aaaaaaa Chapang! Chanyeoll tolong hyung~~~~~"

 

Jadi perbalahan itu menceritakan segalanya tentang Daehyun dan meninggalkan kesan mendalam kepada Jungkook. Jungook bermasam muka sejak semalam.


 

Asap itu hilang dan aku tersentak dari lamunan. Aku akhirnya sudah tahu tentang Jungkook dan Daehyun. Dan aku juga baru tahu bahawa kesemua ahli rumah ini adalah ahli kumpulan idol! Wow!Patut semuanya mewah! Hmm kesian Daehyun kena tinggal. Tak patut betul si adik Yixing tu rampas . Tapi aku masih musykil. Jungkook tu sebenarnya apa ? Adakah ia berus gigi juga?

 

"Eh tapi aku ada soalan musykil satu dekat korang." Aku memandang mereka semua yang melihat aku. "Apa?"

"Jungkook tu benda apa? Berus gigi jugak ke ?"

 

Mendengar soalan aku terus mereka semua ketawa berdekah dekah tak ingat dunia. Apa yang lawak sangat soalan aku ini? Aku meminta kepastian V. V berhenti ketawa sambil mengesat air mata ketawanya.

"hahahaha mana adalah. Jungkook tu sebenarnya ia-

 

"BAM!" 

 

hempasan di pintu bilik air menyebabkan kami tersentak dan kaku . Kami mendiamkan diri dan tidak bercakap kerana Yixing masuk ke dalam bilik air! Suga yang merupakan sabun menggelusur ke dalam sinki kerana terlalu licin. Jhope juga bergolek ke dalam sinki kerana tidak ada keseimbangan. Yixing terus duduk di atas jamban selama 3 minit dan terus keluar dari bilik air. Aku tak nampak apa motif dia duduk atas jamban. Kalau berak, kencing aku boleh terima lagi.

 

Disebabkan Yixing telah menyusun kami kembali, aku tidak dapat tanya mereka buat pada masa ini kerana takut menganggu mereka dengan soalan aku yang banyak. Tapi memang aku nak satu jawapan bagi satu soalan aku ni. Siapa Jungkook? Mana dia?

 

Semasa aku tengah bermonlog sendirian di sebelah Jimin, bunyi flash jamban mengejutkan aku. Aku memandang ke arah jamban. Dan......

Aku.....

terkejut.....

kerana......

dia......

memandang.....

aku....

semula.


 

p/s : woooooooooooooooo banyak tak saya update hahahahahahahahahhaa

pps : okay saya cuba update ff lain hahahaa

ppps : komen banyak banyak cik adikku manis <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls