Bertemu Legenda!

Aku Sebatang Berus Gigi

1…kasih ubat gigi,

Tiada tandingi,

Gigi yang satuuu..

2…Kasih berpanjangan,

Membawa kebahagiaan,

Kasihnya gigii…


 

Jungkook mengecilkan matanya terhadap aku. Aku yang berdiri keseorangan mula menggelabah. Aku pandang sekeliling dan tiada siapa yang dapat selamatkan aku dari makhluk sebesar gajah ini. Dapat mengagak apa yang aku fikirkan, Jungkook memberi aku senyuman sinis.

Gila.

Dia nak flush aku.

..........

 

“Argh!!!!”

“Woi, diam diam shhhhh~”

 

Aku mengerdipkan mata dan menggosok ianya berkali-kali tanda cuba untuk mengingati apa yang berlaku.

 

“Jin! Kau okay tak ni?”

Aku pandang empunya suara tersebut. Jimin rupanya. Jadi tadi itu adalah mimpi semata-mata. Aku menghela nafas . Berat di bahu ibarat mempunya beban terasa. Perlawanan aku dan Jungkook amat mengerikan sampai mempunyai impak di dalam mimpi aku yang indah ini.

“Aku okay. Aku cuma…mimpi Jungkook.”

 

Jimin yang mendengar terus ketawa besar. Aku menjuihkan bibir .

“Kau suka dia ke apa sampai terbawa dalam mimpi?” Tanya Jimin yang masih ketawanya bersisa. Aku lihat  dia yang ketawa sampai berguling-guling ke dalam sinki. Hak alah apa benda yang lawak sangat mamat ni? Aku campak kau dalam stove kang baru tahu .

 

“Baik aku bunuh diri dari suka dia. Kau gila ke apa? Apa pun, kenapa kau bangun awal sangat harini? Si Lay pun tak siap sedia lagi nak berus gigi dia, kau yang semangat. Cuba cerita..”

Jimin berhenti ketawa kemudian memandang aku kembali dengan serious. Aku tak faham dia ni talam lapan muka ke apa sebab boleh jadi serious dalam sekelip mata ?

“Aku nak bawa kau pergi jumpa Legenda sekarang.”

Aku mencebik. “Kau tak rasa awal lagi ke ? Legenda tu pun agaknya akan carut dekat kita kalau kacau dia tidur.”

JImin menarik aku bangun. Aku melihat Jimin.

“Legenda…tak tidur”

 

 

 

“Jimin…..huh….huhf….lambat lagi ke nak sampai?”

Aku mengesat peluh aku yang menitik. Ibarat mendaki gunung, itu apa yang kami lakukan sekarang. Aku dan Jimin sudah mendaki lebih kurang 30 minit yang lalu . Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah kami hadapi. Kadang-kadang aku rasa nak mengalah dan batalkan perlawanan aku dengan Jungkook tapi melihatkan Jimin yang sanggup bawa aku berjumpa Legenda, aku turutkan sahaja.

 

Aku teringat pada Suga dan Jhope sebentar tadi yang curiga dengan tingkah laku kami.

“Korang ni nak pergi mana pagi-pagi buta ni?”

“Korang nak kahwin lari eh?”

Aku tak faham macam mana buku sabun dengan pencuci muka Garnier tu boleh berkawan.

 

Dan V si pencukur kepoh yang turut sama ingin menyertai.

“Weh ala…aku nak ikut jugak..tak bestlah korang berdua aje pergi. Mesti bosan punya…alaa…nak ikut….”

“Kau jangan mengada. Duduk dekat sini tunggu kitorang balik.” Jimin menolak V  yang mukanya masam mencuka ke arah tempatnya semula. Pencukur itu sempat menunjukkan muka rajuknya.

 

“Sikit lagi sampai lah tu..” Kata-kata Jimin mematikan lamunan aku. Aku hanya sekadar mengangguk. Kalau mengeluh sangat, nanti dicampaknya aku ke bawah tak ke naya ?

Aku memberanikan diri memandang ke bawah. Aku anggarkan ketinggian kedudukan aku sekarang dan bawah adalah ketinggian Lee Kwangsoo, peserta rancangan Running Man. Hah ingat korang aje ada fav show ? Aku pun ada. Tapi tak ku sangka Running Man menjemput kumpulan idol yang aku tak suka minggu ini! Bangtan Boys! Ugh diorang ingat diorang kacak sangat ? Aku lagi kacak. Lebih- lebih lagi ahli Bangtan Boys yang bernama Seokjin yang meyukai warna kegemaran aku membuatkan aku lagi tak suka.

Aku memejamkan mata dan mula terasa gayat. Kabinet bahagian atas yang kami daki ini bukan calang-calang tempat rupanya. Kabinet bahagian atas ini dikenali sebagai “Tempat Simpanan” di mana manusia menyimpan pelbagai Legenda yang ternama.

“Okay! Kita dah sampai!” Sekali lagi, kata-kata Jimin mematikan lamunan aku. Aku memandang sekeliling dan cuba untuk berfikir tempat apakah ini?

Kabinet Bahagian Atas bukanlah tempat yang aku gemari kerana kelihatan berdebu dan sedikit kotor. Selain mempunyai sedikit ruang balkoni, aku membuat andaian bahawa kabinet bahagian atas mempunyai banyak pintu!

Dan label nama di setiap pintu.

Semuanya bermula dengan

Legenda.

 

“Okay okay. Sekarang ni kau cakap kita kena jumpa Legenda. Tapi kau boleh nampak kan BERATUS, okay aku tekankan BERATUS label nama bermula dengan LEGENDA! “ Aku memandang Jimin yang hanya tersengih sambil mengusap kepalanya sendiri.

“RIleks. Aku tahu tempat Legenda yang kita cari tu. Ni bukan kali pertama okay? Jom!” Tanpa aku sempat membuka mulut, Jimin menarik aku dan mengetuai aku menuju ke satu tempat. Sepanjang aku berjalan menuju ke tempat yang bakal kami tuju, aku sempat ternampak beberapa ‘Legenda’ di dalam tempat mereka menerusi pintu yang terbuka.

 

Aku nampak Legenda Plastik Sampah.

 

Aku lihat Legenda Berus .

 

Aku tatap Legenda Perangkap Tikus.

 

“Legenda Plastik Sampah dah bungkus beratus-ratus barang dalam rumah ni sejak awal keturunan dia sampai sekarang. Legenda Berus pula dah halau segala kuman dengan haiwan kecil dalam rumah ni. Legenda Perangkap Tikus memang terbaik! Sekali kena perangkap, jangan fikir fasal nyawa lagi.”

Aku tersentak apabila segulung benda putih yang beralun menyapa aku. Aku memandang ia dari atas ke bawah. Dia hanya melemparkan senyuman kecil yang aku kira-kira seperti sinis. Jimin tunduk hormat kepadanya dan menyiku aku untuk turut memberi hormat.

“Jin, inilah dia. Legenda yang kita cari.”

Mulut aku terbuka sedikit tanda aku terlampau terkejut dan berasa aneh. Adakah Legenda Tisu Tandas boleh bantu aku kalahkan Jungkook?!

 

 

My note : pergh imaginasi i terlampau macam patrick starfish huwa x'D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls