Pancung

Description

5275004757_18e4749aa9.jpg

 

Manusia duduk di bawah langit yang sama,

Tetapi mempunyai rencana berbeza.

 

Mungkin rencana yang hampir sama,

Jahat atau baik yang menentukannya.

 

Amaran sudah diberikan,

Terus menerus mereka abaikan.

 

Dia selalu ada di situ,

Malangnya tiada siapa yang tahu.

 

Diseksa hingga perut berkeroncong,

Mana satu yang anda pilih,

Lapar atau dipancung ?

Foreword

5275004757_18e4749aa9.jpg

;PROLOGUE;

 

Seolhyun menilik jam tangan sebelum mengeluh. Nafas dari dadanya turun naik selepas berlari selama 15 minit sebentar tadi. Jalan raya yang lenggang itu dipandang sekilas. Lalu, dia mengatur langkah entah ke mana kakinya hendak membawa pergi. Ke mana sahaja asalkan dia tiada. Asalkan dia selamat.

 

“Seolhyun.” Perlahan satu suara menyapa gegendang telinganya dalam kesepian malam. Suara dalam yang memanggilnya itu cukup untuk membuatkan bulu romanya kembali menaik. Dengan pantas, dia berpusing ke belakang. Mencari asal usul suara tersebut berada.

 

“Seolhyun.” Sekali lagi, suara halus mulus itu memanggil nama dia. Seolhyun terpempan dan dadanya kembali berombak akibat degupan jantungnya yang kian berdebar. Dikesat peluh di dahi, dia cuba untuk mula berlari keluar dari situ tetapi berhenti apabila satu sosok tubuh muncul di hadapannya. Betul-betul di hadapannya. Wajah empunya tubuh itu terlindung di sebalik kegelapan yang tidak mampu diterangi lampu sekitar kerana jaraknya yang jauh.

 

“To-tolong ja-ja jangan ap-appakan aku “ Dalam ketakutan , perempuan muda itu bersuara. Seolhyun tidak pasti siapa gerangan yang berada di hadapannya. Tetapi apa yang pasti, itu adalah pembunuh bersiri yang kini dijejaki polis seluruh negara Seoul. Pembunuh bersiri yang mencari mangsa seterusnya. Dan itu adalah dia.

 

Figura itu dari jauh berjalan mendekati Seolhyun. Membenarkan celahan cahaya – cahaya malap menerusi pokok sekeliling untuk memberi maklumat kepada Seolhyun bahawa ia sebenarnya lelaki. Lelaki yang memakai topeng putih dan baju berhoodie. Nafas Seolhyun mula laju. Dia menangis ketakutan dan menjerit meminta pertolongan. Malangnya, tiada sesiapa di situ.

 

“Tak apa. Jerit puas-puas. Semoga jeritan itu sampai pada keluarga kau.” Lelaki itu kemudian mengeluarkan tawa kecil yang pada amatan Seolhyun ianya agak sinis.

 

“Apa kau nak?” soal perempuan muda itu, menahan esak.

“Aku nak sedarkan semua masyarakat.” Jawab lelaki itu.

Seolhyun mula kaget apabila lelaki itu memeluknya dari belakang. Dia cuba melepaskan diri tetapi gagal apabila kudrat wanitanya dikalahkan lelaki itu. Disarung muka Seolhyun dengan guni, lelaki itu kemudian mengikat tangan perempuan itu menggunakan tali kapal. Seolhyun cuba bergerak mengharapkan dapat menanggalkan sarung guni yang membuatkannya tidak dapat bernafas.

 

“Jangan risau. Aku pasti akan hantar kau balik rumah kau.” Lelaki itu tersenyum sebelum menghayunkan sebilah parang.

 

5275004757_18e4749aa9.jpg

RayhanAdni
just comment anything. tak kisah baik atau buruk :)) so i can improved myself

Comments (11)

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: scarynyer citer ni~
saya suka suspen!
apa la motif si pembunuh tu...hmm
Nursyuhada
#2
Chapter 2: Senpai, scary nya cita awakkkkkk........ ><
Moon1991 #3
Chapter 2: Curiosity thp gaban ni hoho..
Thumbs up!!
akmalkuma #4
Chapter 2: Kejam gila Sillijeu Killeo ni . Apa-apa pun cerita ni gembak.....
Nursyuhada
#5
Chapter 1: Waaaaaaaaaaa.... good job ray XD
Cant wait to read second chapter.
Anyway, my jackson jadi watak utama ye..? Emmm hahahhaha
hyeriiisso
#6
Chapter 1: tgk poster dh creepy *-*
IceCream95
#7
Chapter 1: Wahhh.. like like like ! Looking forward to the next chappie :)
jjjjhehe #8
Chapter 1: Huishhhh macam baca buku fixi hahhhh keep it uppp hehhe
tyhah_nad #9
Chapter 1: Uishhhh scarynyee XD
kimyoochi
#10
Chapter 1: Teruskannnnnnnn