Rumah dan Tuan Baru!

Aku Sebatang Berus Gigi

" selamat menggosok gigi ,

selamat berbahgiaaaa~~,

selamat berbau wangi~~,

selamat.....gosok gigi. " (ikut rentak lagu selamat pengantin baru)


 

Ngeong ngeong ngeong.

Okay aku bukan bengong. Tapi sekarang ni aku tengah pening mamat ni letak aku tadi dalam kereta main hempas. Sakit jugalah badan aku walaupun aku duduk dalam bekas plastik ni. Mata aku membuntang seketika. Woi pakaikan lah aku seatbelt! Apa kau nak kena saman dengan pakcik misai?! Lagipun aku taknak mati awal! Aku masih diperlukan tuan baru aku untuk sental gigi dia! Aku pandang mamat sebelah ni yang dari tadi bawa kereta bukan main laju sambil bercakap telefon. Adui mamat ni memang mencari nahas. Nasib aku lah dapat mamat fail lesen kereta berulang kali.

 

"Excuse me, do you know that i am driving like a crazy rite now and please stay there for a minute! oh come on Gukjoo! You know that i love you! Wa-wait! Hello ? Hello? Gukjoo! Ugh!" Mamat yang rambutnya warna coklat ini menghempaskan telefon bimbitnya di sebelah aku. Melambung juga aku disebabkan momentum telefon bimbitnya yang berat landing punya cantik sebentar tadi. Mamat tu aku lihat meramas rambutnya dengan kasar dan rambutnya kini nampak tidak tersusun. Jangan kutu turun dari situ sudah!

 

Dalam setengah jam aku cuba menahan mual aku kerana kereta yang dipandu lelaki ini memang ganas dan berbahaya! Tahu lah gaduh dengan awek, jangan lah ancam nyawa aku bro! Baru sebentar tadi ,Gukjoo a.k.a aweknya menghantar mesej kepadanya. Mata aku sempat juga melirik ke arah telefon bimbit lelaki itu dan terpapar wallpaper gambar seorang wanita berbadan gempal. Ya...itulah Gukjoo. selera muntah aku bertambah tinggi apabila melihat gambar mamat ini dan Gukjoo bermesra. Aku cuba ingin muntah tetapi tidak boleh. Kenapa? Sebab aku tiada mulut. Hey kau kau kau! Jangan gelak. 

 

Selepas aku kira guna kepala otak aku, dalam 15 minit seterusnya apa yang aku tahu aku sudahpun sampai di rumah mamat ini mungkin. Banglo besar tersergam indah. Taman botanika di sebelah mencantikkan halaman rumah ditambah seri seri bunga ros ,kekwa dan apa masalah diorang sampai bunga tahi ayam pun nak tanam?! Aku lihat disebelah dan wow!! Kolam pun ada! Dan di atas kolam ,ada beberapa tilam angin terapung di atas kolam. Humak aih diorang ni berparti ke dekat rumah mamat ni semalam?

 

Aku lihat juga ada beberapa rumah haiwan peliharaan di taman botanika yang terbentang luas ini. Ada rumah anjing, katak, eh reban pun ada? Apa kejadahnya diorang bela ayam dalam rumah banglo ni? Dan  mata aku dan mulut aku cukup ternganga apabila seekor anak unicorn keluar dari reban itu. Memang keluarga misteri.....sumpah aku tak ingin masuk reban tu bila aku rosak. Aku menahan mual aku daripada muntah kerana mamat ini membawa aku masuk ke rumah dengan laju bukan main lagi! Woi nak pass baton ke apa? Rileks bro jangan gelabah! Dan aku juga dapat dengar dia punya nafas yang laju kahkahkah okay aku tak boleh gelak sebab aku nak muntah.

 

Tiba tiba selesai sahaja mamat itu menutup pintu , tanpa aku sangka, datang seorang mamat tinggi lampai dengan ada lubang dekat pipi dia. eeeeeee dia ni cacat ke ? :( Kesian dia. Omg aku cuba menahan tangisan aku daripada menitik. Jangan kau menangis di sini Jin! Aku lihat lelaki itu tersengih dan terus memeluk erat mamat yang membeli aku ini.

 

"Kris hyung! Thank you sebab tolong belikan! Urgent tadi hehehe" kata lelaki yang pipinya mempunyai kedalaman luar biasa itu usai meleraikan pelukannya. Mamat yang bernama Kris ini (aku baru tahu namanya Kris) tersenyum kecil dan menghulurkan aku kepada lelaki pipi ini. Aku?! Menghulurkan aku?! Aku jadi anak buah lelaki ini ke?! Tidak! Tidak! Jangan ambil aku! Lelaki pipi itu kemudian berhenti seketika. 

 

"Kris hyung, seriously warna pink?" matanya membuntang memandang Kris. Tangannya teragak-agak untuk mengambil aku. Apa? Kau tak suka warna aku lelaki pipi dalam? Oh great bagus! Aku pun taknak tuan macam kau. Tengok muka pun tahu yang kau akan baling aku ke dalam reban tu. Huwaaaa tak sanggup aku bayangkan . 

 

Kris menjongketkan keningnya tanda keliru dengan lelaki pipi itu. "Kenapa Lay? Tak suka warna berus gigi ni ke? Branded kot ni.." Kris membelek jenama aku. Huh biar aku flip hair sikit bila kau tengok jenama aku. Mahal dan branded okay uols. kalau tak keluarga diraja pun boleh beli aku disebabkan rambut aku yang kehitaman arang dan berkilat. Oh sambil aku membebel ni baru aku tahu nama mamat pipi tu Lay. Cool, Lay. Teringat aku dekat keropok Lay berbungkus plastik warna kuning yang tumpah dalam pasaraya semalam. Kesian....

 

Lay hanya diam membisu. "Tak...bukan apa...warna pink....ni......FAVORITE!!!!!!!!!!!!!"

 

Aku ketawa sinis. Ya  bagus. Tunggu sebentar, what? Favorite?! No no tidak tidak andwae andwae jangan ambil aku! Jangan! Aku ingat kau benci warna pink! Kenapa  warna aku ni kena favorite kau pulak Lay pipi?! Ugh. Sempat lagi Lay ni peluk Kris dengan sengihan kerang yang busuk. Usai itu , Kris terus menghulurkan aku dengan tergesa-gesa. Eh mamat ni nak kemana pulak ?

 

Rasa macam Lay a.k.a tuan baru aku ni faham isi hati aku apabila dia bertanya soalan yang sama kepada Kris. " Eh hyung nak kemana pula?" Kris yang sudah keluar dari rumah hanya menggaru kepalanya tak gatal. "Gukjoo merajuk . Bye bye Lay! Nanti hyung balik pukul 3.15!" dan bila kami nampak tangannya yang melambai lesap dari pandangan kami, entah bagaimana kami terpandang sesama sendiri. Mungkin kerana Lay cuba untuk menutup ketidakpandaian Kris yang akan pulang pada pukul 3.15 walhal sekarang adalah pukul 3.14 minit petang. Hmm sedih.

 

Lay membawa aku naik ke atas menggunakan tangga rumah banglo ini. Hmm berlingkar juga tangga rumah banglo ini. Nampak mewah dan elegan. Pandai pula aku komen seorang diri. Semasa menaiki tangga, muncul seorang lelaki yang rendah, berbibir tebal dan bermata seperti burung hantu. Eh kupikir haiwan, Rupanya manusia. Pelik juga adik beradik Lay ni. "Berus gigi baru ke ?" tanyanya sambil memandang tepat mata aku yang dia pun tak nampak. Lay menggeleng . "Tak lah, ayam goreng." Lelaki mata besar itu terus menunjukkan ekspresi O_O kepada aku dan Lay, Naik seram bila tengok lama lama. Dan pengembaraan Lay dan aku menaiki tangga bersambung sebaik saja lelaki bermata besar itu turun sambil membebel dan mengetuk kepala seorang lelaki yang sedang menari seorang diri. Tak patut tak patut.

 

Usai sahaja berada di tingkat atas, aku lihat satu ruang tamu yang sederhana yang tersusun kemas. Dan....ada beberapa lelaki sedang berbaring di atas sofa. Eh Lay ni ada berapa adik beradik? Mak bapak dia buat anak berapa ramai? Terkezut beruk aku tengok ramai lagi muka yang belum aku tatap. Kemudian beberapa saat, salah seorang daripada mereka menegur Lay. Mata dia seriously macam panda. Adakah dia juga haiwan?

 

"Hyung, Kris hyung pergi mana?" 

 

Semestinya dia manusia seperti kita. 

Lay menjawab mudah. "Gukjoo.." Dan ekspresi Tao terus berubah. "Tao suruh dia beli pisang! Kenapa tak beli? Hmph dasar orang tua nyanyuk. " Terus lelaki Tao itu berbaring atas sofa dengan kasar sehingga menimbulkan kemarahan beberapa lelaki yang  lain yang sedang menonton filem Running Man.

Pasal pisang pun nak bergaduh. Apa lah nak jadi dengan dunia ni.....

 

Lay tanpa ingin membuang masa terus membawa aku masuk ke alam bunian. Maksud aku....ke dalam bilik dia yang penuh......gambar unicorn.Oh No adakah unicorn dalam reban itu dia punya?! Tidak!!!!!!!!!!1 Mesti dia akan buang aku kalau aku rosak buruk dan tak berguna! Kenapa mimpi ngeri harus terjadi sekarang ni? Yang peliknya kenapa unicorn? Dia ni alah unicorn ke haiwan jugak? Ke diorang ni kena sumpahan ?! Adui ada juga manusia macam ni. Tak paham otak aku. Makin blur dengan perangai diorang. Dia terus membawa aku ke dalam tandasnya. 

 

Mata aku terbuntang. Mulut aku walaupun tiada tetap tergamam. Humak aih! Ini tandas ke sunway lagoon?! Luasnya! Tab mandi pun bukan main mewah! Diorang ni anak bunian kaya ke sampai tab mandi pun mahal lagi dari rumah ni? Aku acah aje. aku pun tak tahu berapa ratus ribu rumah banglo ni. Aku pandang ke tempat mandi , shower dia warna hitam . Fuh siap pemain mp3 dengan tv mini pun ada dalam ni. Ditambah lagi haruman lavender yang memang nyaman dan menyegarkan aku. Jamban pula siap berhias hias, Nak berak pun rasanya tak sanggup sebab pengepam jamban tu dibaluti kaca. kahkahkahkah. Heavennya aku duduk dalam ni. Aku memang bernasib baik dari Sunggyu kahkahkahkah! Macam manalah nasib dia....ah biarlah. Dia pun mengutuk aku tadi. Humph.

 

Semasa aku membebel, sedar sedar aku berada di dalam satu bekas tiada penutup yang cantik dan kemas. Fuyooo siap ada kapas lagi bawah kaki aku. Okay aku tak ada kaki. Biarlah aku nak seronok sikit! Hmmm dengan aircond yang ada dekat luar cukup nyaman dalam bilik air ini. Seriously memang gempak wa cakap lu. Kalau bini buang tempat tidur kita, kita tidur sini pun dah nyaman hahahahahhaha okay aku tak boleh berkahwin. Sedap sedap aje aku berangan seorang diri, ada satu suara mencelah dalam keseronokan aku.

 

"Woi merah jambu. Budak baru eh ?"

 

Aku memandang ke siling dan tiada siapa. Aku ingat ada labah-labah datang menegur aku. Fuh. aku terus memandang ke sisi . Dan...tiada sesiapa juga. Aku terus-

 

"Pandang depan sudah lah..."

 

Mendengar suara itu, aku terus memandang ke hadapan dan ya.........muncul beberapa alatan mandi sedang menuju ke arah aku. Wait-apa ? Diorang ni nak belasah aku ke apa? Dan tak aku sangka, ada sesuatu di sebelah aku yang sedang menunggu aku. Aku pandang di sebelah aku .

Dan.......

 

"Boo!"

 


p/s : hello guys! omg sorry sebab lama tak update T^T sebab saya banyak kerja. huwaaaaaaaa saya ni macam ayam . patutnya digoreng sebab tak menepati janji. 

pps : apapun komen? tatabahasa ff ni memang out sebab saya nak guna cara sempoi dan senang baca tanpa bersastera hahahahaa

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls