Jin si berus gigi pink

Aku Sebatang Berus Gigi

manusia idamkan gigi yang bersih,wangi ,putih dan bersinar.

itu juga impian para berus gigi.

 

Ahoi! Yaribba! Walah! Sonarita! Asparagus karbonara! Maafkan saya, para pembaca. Anda mesti tak faham kan apa yang saya cakapkan ? Ofcourse anda tak akan faham kerana itu hanya terdapat dalam kamus dewan Berus gigi edisi 1V . Jadi sila cari di pasaran walaupun kenyataannya tiada langsung wujudnya kamus dewan tersebut.

Lagipula, Saya bukan mencarut ataupun menyumpah seranah. tetapi saya sedang ucapkan helo!! Apa kata kita buat tagline rasmi untuk cerita ini? Hmm bagaimana dengan asparagus karbonara? Anggap sahaja ianya bahasa Paris. Alright ,jangan lupa tagline rasmi kita!

 

"ASPARAGUS KARBONARA"

 

Okay ,aku selalu bercakap seorang diri . Maksud aku sebatang diri. Ataupun mungkin lebih tepat..sebatang kara? Aku di sini duduk di kilang ini yang penuh dengan alat membuat berus gigi. Sudah tentu lah kerana aku ialah sebatang berus gigi! Dan kenapa aku bukannya ubat gigi ? kerana aku sudahpun menjadi berus gigi. Sebelum aku ceritakan situasi aku  yang amat bosan dan normal sekarang ini, biarlah aku perkenalkan diri aku yang sememangnya hebat dan digilai para berus gege (perempuan) yang lain.

 

Nama aku, Seokjin. Korang boleh panggil aku ,Jin. Ataupun Princess, ataupun Pinky Jin. Kerana aku satu-satunya berus gigi yang berwarna merah jambu! Aku tak kisah  walaupun aku selalu diejek oleh gengster berus gigi yang lain yang kebanyakannya berwarna hitam arang kerana muka aku yang jambu ini selalu meraih perhatian berus gege. Well, man needs woman right? sekali libas rambut aku ni, semua berus gege jatuh ke lantai. Yang paling tragis, mereka kena buang ke dalam api selepas itu.

 

Aku diciptakan  pada dua minggu lepas. Ya, akhirnya aku dapat bernafas walaupun manusia tidak tahu erti udara bagi aku. Humph! Dasar manusia yang suka mencemarkan alam. Rambut aku ini harus dijaga. Langsung tidak boleh terkena kotoran. Kecuali...gigi manusia. Ya..rambut aku bakal diasak,ditonyoh,digilis dan disental ke dalam mulut manusia. Itu semua mimpi ngeri setiap berus gigi. Dan nasib mereka berada di tangan manusia. Terserah,nak buang esok hari ataupun flash ke dalam lubang jamban. Tragis. Aku harap..aku jumpa bakal tuan yang tidak ada gigi .

 

Kenapa pelik kami boleh bercakap? hello kami ini juga ada maruah. Mungkin barang-barang anda juga boleh bercakap tapi hanya mampu senyap kerana tak mahu anda mati mengejut. Tragis bukan? Tambahan lagi, kami suka menyepikan diri dan hanya menjadi uji kaji manusia. Anda menggunakan jamban? Ketahuilah bahawa jamban suka jika anda meletakkan pewangi ke dalam mulutnya selepas membuang. Sayangnya saya tiada kawan seperti itu untuk bertanya pengalaman. Hey mungkin apabila saya dibeli oleh pengguna, saya akan dapat duduk di dalam bilik air! Yahu!!

 

Sekarang ini, aku diletakkan di dalam satu plastik keras mengikut tubuh badan aku. Dan terpapar nama Colgate pada badan aku. Siapa Colgate? Adakah aku antara ahli kelab kongsi ?Yang pasti..colgate adalah tuan kami. Kini aku ditemani bunyi anjing penjaga di luar kilang yang sibuk menyalak entah kenapa. Malam malam begini pun nak buat bising. Nak tidur pun susah! hmm...Dengar khabar angin mamat berus gigi sebelah aku ni, katanya esok hari kami akan ditempatkan di kedai pasaraya! Yahuuuuuuu!!! Tak sabarnya aku nak tinggalkan kilang yang sesak dan penuh haba ini! Tapi..aku langsung tak tahu bagaimana rupa pasaraya tersebut. Mengikut nenek moyang kami, pasaraya merupakan tempat wajib yang bakal kami singgahi dan ianya merupakan tempat yang paling selesa untuk kami. Waduh waduh enggak sabar kok! Mujur berus gigi Indon di tepi aku mengajar aku bahasa mereka. Tetapi nampaknya dia bakal dibuang esok kerana rambutnya sudah pun kotor. Hmm nasib kau lah berus.

 

Matahari ,cepat lah naik! Aku tak sabar nak ke pasaraya!

 

Pang! Pang! Pang! Keletang Keletung!

 

Keesokan harinya, aku terjaga kerana bunyi bising dan riuh menganggu tidurku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Humm banyak lori ,manusia dan pekerja yang memakai penutup mulut. Aku masih di kilang? Aku ingatkan kami sudah berada di pasaraya. Aku memandang sekeliling dan lihat kebanyakan kawan berus gigi aku yang lain sudah pun tiada. Uh pembetulan,aku tiada kawan di sini. Kenapa? Semua menganggap aku homoseksual hanya kerana warna merah jambu aku ini! Hello, ramai lagi yang berwarna merah jambu tetapi kenapa aku yang harus ditindas? Umph. Aku pun tak faham dengan mentaliti kebanyakan berus gigi ini. Aku lihat kotak kotak besar dikeluarkan dan ramai golongan berus gigi kanak-kanak diletakkan bersama ke dalam berpuluh-puluh kotak. Wow, kecik kecik pun dah boleh keluar kilang. Untungnya...

 

Tiba-tiba aku berasa badan aku berada di awangan. Seperti diangkat. adakah aku mempunyai sayap? Jadi aku boleh terbang bebas seperti burung yang lain? Confirm masuk hal dunia 'BERUS GIGI PERTAMA TERBANG DI UDARA'. Yay! Lawak hambar. Aku dibawa oleh seorang lelaki yang bermisai tebal. Nampaknya misai dia pun boleh dijadikan berus.  Dengan senyap dia berjalan dan dimasukkan aku ke dalam sebuah kotak yang penuh dengan.....

 

"Hai Jin-shi!"

 

"Oppa!"

 

..berus gege.

 

Aku diletakkan di atas timbunan berus gege yang lain. Hello, kenapa ramai perempuan di sini? Di mana berus gigi lelaki?! adakah lelaki misai tadi terlalu lembab kerana tak dapat membezakan aku dari berus gege yang lain? Haish! Aku hanya boleh memandang ke atas kerana plastik keras ini menghalang au dari bergerak. Tak berguna punya plastik. Kau tunggu bila tuan baru aku buang kau ke dalam tong sampah. ataupun aku harap..dia bagi anjing berak atas tu.

 

"Dalam ni tak ada berus gigi lelaki ke?" Aku mula menyoal merek yang dari tadi asyik bergosip tentang 'eh siapa ye tuan baru aku' dan 'harap-harap tuan baru aku kaya!' . Berangan sampai ke bintang. Macam lah mereka nak jadikan diorang tu kekasih gelap . Apabila mendengar soalan aku, salah seorang daripada mereka menjawab.

 

"Ada satu aje. Dah tertimbun dekat bawah kami.."

 

"Humph!Humph! Hummph!"

 

"Ha tu dengar kan?"

 

Aku yang memandang ke atas hanya terkebil-kebil sebelum menggeleng . Aku cuma berharap agar keadaan aku tak jadi seperti berus gigi yang tertimbun itu. Mesti susah nak bergerak dan rasa rimas. Kesian kau berus. Aku simpati. Dan...akhirnya kotak ditutup dan kami bergelap. Semua berus gege di dalam kotak ini kecoh dan terkinja-kinja. Hello, kenapa tak tenangkan diri tu sikit? Nasib tak jadikan kekasih. Kami berasa terhuyung hayang dan seperti bergerak di atas. Nampaknya kami bakal ke pasaraya dan akan ditempatkan di situ sebentar lagi. Tak sabarnya nak lihat rupa pasaraya dan para pembeli. Siapa ye yang bakal beli aku ? Pasaraya, mu tunggu kami datang!!

 


saya tulis cerita ini kerana saya teringat zaman UPSR di mana ada karangan biografi eh tak silap.

ini chaptered ff. jadi subscribe kalau sudi ;A; huwaaaaaa!!!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls