chapter 8

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

   “Saya pergi dulu puan,” kata Jejae meminta diri untuk pulang setelah jam di dinding menunjukkan tepat pukul 5 petang. Apabila Puan Kim sudah menutup pintu rumahnya, Jejae mula melangkah keluar dari halaman rumah itu sambil membetulkan beg sandangnya yang hampir terjatuh.

 

Jejae menyeluk tangannya ke dalam beg apabila telefonnya berdering minta dijawab. Dia melekapkan telefonnya pada telinga sebelah kiri manakala tangan kanannya membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Dia berasa selesa kerana tidak perlu berjalan di bawah teduhan kerana matahari pada petang itu tidak kelihatan.

 

   “Jae dah nak balik ni. Yalah nanti Jae belikan. Bye!” Jejae mematikan taliannya dengan Suho. Dia menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam beg lalu menukar haluannya ke kedai serbaneka setelah abangnya meminta dia untuk membelikan sepaket susu pekat.

 

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak seorang gadis yang amat dikenali. Gadis itu memakai baju berwarna gelap dan topeng yang menutup separuh  daripada muka gadis itu. Baru sahaja Jejae ingin memanggilnya, gadis itu terlebih dahulu menutup kepalanya dengan baju hoody yang dipakai lalu menghilangkan diri ke semak samun seorang diri.

 

Dahi Jejae berkerut seribu. Ke mana gadis itu hendak pergi? Niat di hati memang dia ingin kejar gadis itu, namun apabila dia teringat akan pesanan abangnya, dia mematikan niatnya sebentar tadi. Persoalan yang timbul di benak fikirannya membuat Jejae tidak menumpukan perhatiannya di hadapan lalu dia terlanggar seorang lelaki.

 

   “Encik, saya minta maaf. Saya tak sengaja nak langgar encik,” kata Jejae sambil memandang lelaki itu. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengangguk sahaja. Jejae memberikannya senyuman yang nipis sebelum dia menyambung perjalanannya ke kedai sebaneka.

 

Kris memandang Jejae yang terlanggranya tadi. Matanya ralit memerhati Jejae dari belakang. Sepertinya dia pernah berjumpa dengannya pada suatu masa dahulu. Kris tidak ingin membuang masa dengan memikirkan perkara itu. Dia mula melangkah laju ke arah semak samun yang terletak di hadapan sana tanpa pengetahuan sesiapa.

 

   “Apa?! Oppa nak suruh Jae kahwin dengan lelaki tu?” mata Jejae membesar sambil memandang abangnya yang sedang duduk di atas sofa berwarna kelabu. “Oppa, kenapa oppa nak suruh Jae buat semua ni?” Jejae mengambil tempat di sebelah abangnya.

 

   “Oppa dah janji dengan Eunhyuk supaya Jae dengan dia akan disatukan. Lagipun, oppa tak nak Jae bergaul terlalu bebas dengan manusia,” kata-kata Suho membuatkan Jajae mengeluh. “Lepas Jejae kahwin dengan Eunhyuk, Jae tak payah pergi dunia ni lagi. Jae duduk je dekat dunia kita sana tu.”

 

   “Tapi oppa, Jae kan dah janji yang Jae nak tebus kesalahan Jae. Jae nak tolong cari serigala yang mengancam populasi kita ni.” Jejae berkata dengan bersungguh-sungguh.

 

   “Jae, oppa dah lupakan tentang perkara tu. Lagipun, diorang dah tak kisah tentang Jackson tu dah. Jae, dengar sini, Jae anggap je kesalah Jae tu akan tertebus kalau Jae kahwin dengan Eunhyuk.”

 

Jejae meraup mukanya. Dia menyandarkan badannya pada sofa sambil memejamkan mata. Dia sudah tidak mahu dengar apa yang abangnya katakan sekarang. Dia penat dan mahu berehat. Jejae bangun lalu masuk ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan abangnya itu.

 

Pintu bilik Jejae diketuk berulang kali. Namanya juga dipanggil berulang kali. Tetapi, Jejae hanya memekakkan telinga. Dia malas ingin mendengar hasrat Suho yang berkaitan dengan Eunhyuk. Dia membuat keputusan untuk keluar mengambil angin pada malam ini. Jaket yang tergantung kemas dicapai lalu dia membuka pintu biliknya.

 

   “Jae nak pergi mana malam-malam ni?” soal Suho yang berdiri di hadapannya.

 

   “Jae nak keluar,” jawab Jejae tanpa memandang muka abangnya. Belum sempat Suho menghalangnya, Jae terlebih dah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...