chapter 2

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

   “Harimau Tasmania moden telah muncul empat juta tahun lalu. Spesis famili thylicidia telah muncul dia awal zaman Miosen sekitar 1990-an. Sebanyak tujuh fosil ditemui di Riversleigh,Taman Negara Bukit Lawn di barat laut Queensland, Harimau Tasmania Dickson  atau dikenali sebagai Nimbacinus dicksoni, spesis tertua daripada tujuh fosil itu didapati berusia sekitar 23 juta tahun.

 

   Thylicinid ini lebih kecil dari famili terakhirnya. Spesis terbesar Thylicinus potens yang berukuran sama dengan serigala sahaja yang selamat sehingga Miosen terakhir.Pada Pleiston akhir dan Holosen awal spesis moden telah tersebar luas , walaupun sedikit, hingga Australia dan Pulau Papua. Spesis ini agak menyerupai anjing disebabkan evolusi konvergen.” Nana mengakhiri bacaannya sebelum dia memandang Kai.

 

   “Apa fosil yang lain selain harimau thalasemia tu?” soal Kai sambil memusingkan pen menggunakan jarinya. Nana tersenyum selepas dia meletakkan buku yang dipegang di atas meja.

 

   “Bukan thalasemia, itu penyakit. Ini harimau Tasmania…” kata Nana. Kai hanya mengangguk. “Fosil yang lain kita akan belajar lain kali. Kalau nak terangkan, panjang pulak nanti. Lagi pun, sekarang dah pukul 12 tengah hari…” kata Nana sambil mengerling pada jam tangannya. Kai tidak membalas apa-apa apabila Nana telah mengemaskan barangnya.

 

   “Nana, makanlah dekat sini dulu. Dah alang-alang saya dah masak ni…” Suara Puan Kim yang muncul dari dapur membuatkan Kai dan Nana memandang ke arahnya.

 

   “Terima kasihlah, mak cik. Tetapi saya ada hal lepas ni, nak kena cepat. Maaf, ya?” Nana menyilangkan beg sandang pada badannya. Puan Kim hanya menganggukkan kepalanya sambil menyusun pinggan di atas meja makan. Kai tutur berdiri dan berjalan di belakang Nana menuju ke arah ibunya.

 

   “Err, mak cik. Boleh tak kalau esok saya tukar ke waktu malam? Sebab saya ada projek berkumpulan pagi esok. Boleh, tak?” pinta Nana sambil memegang erat beg sandangnya. Puan Kim melihatnya dengan dahi yang berkerut sebelum dia memandang ke arah anak angkatnya yang tersembur minuman yang sedang diminumnya.

 

   “No! Cannot! Tak boleh! Kai tak nak!” sampuk Kai selepas dia meletakkan semula minuman yang dipegang di atas meja dan membersihkan mulutnya. Selepas itu, dia terus naik ke biliknya tanpa menunggu balasan daripada mereka berdua.

 

   “Apa pulak masalah budak tu?” Puan Kim masih memandang ke arah bilik anaknya yang terturut rapat. “Abaikan dia. Nana datang je malam esok. Nanti saya cakap dekat dia, okey?” Puan Kim memandang Nana dengan senyuman. Nana mengangguk dan berterima kasih kepada Puan Kim sebelum dia melangkah keluar.

 

   “Jejae! Jae pergi mana? Dah pukul sepuluh lima minit pagi ni. Cepatlah, kita dah lambat.” Nana mencekak pinggangnya setelah dia melihat kelibat kawan sekumpulannya yang sedang berlari anak.

 

   “Sabarlah. Unnie ni pun… nak sangat tengok muka cikgu ‘feberet’ dia tu…” Jejae akhirnya sampai dengan nafas yang tidak cukup. Sebelum Jejae bercakap lebih lagi, Nana sudah pun menarik lengannya menuju ke dalam dewan sekolahnya. Sesampai sahaja mereka di dalam dewan, semua memandangnya membuatkan Jejae dan Nana tersenyum kekok.

 

   “Awak berdua, sini!” arah Cikgu Yoon yang sedang berdiri di hadapan. Nana dan Jejae menelan air liur mereka yang terasa perit ketika itu. Jejae dan Nana saling bertolakkan apabila tiada siapa antara mereka yang berganjak.

 

   “Ha, tu cikgu ‘feberet’ unnie panggil, pergilah.” Nana sempat memandang sekilas ke arah Jejae dengan dahi yang berkerut. Sepanjang perjalanan mereka ke pentas dewan, Nana hanya menundukkan pandangannya ke bawah manakala Jejae memandang ke hadapan tanpa rasa serba salah.

 

   “Kenapa datang lambat?” Cikgu Yoon yang berumur 30 puluh tahun itu memandang tajam ke arah mereka berdua.

 

   “Nana sunbae lambat sikit tadi, jadi saya pun tunggulah dia. Kesian pulak kalau dia masuk dewan sorang-sorang…” jawab Jejae dengan senyuman plastik yang diberi kepada cikgu Yoon. Nana bagaikan tidak percaya apabila nama dia juga yang menjadi mangsa. Padahal, sepatutnya nama Kim Jejae yang dipersalahkan kerana dialah yang datang lambat, bukannya Nana.

 

   “Semua tu alasan!” Cikgu Yoon berkata dengan nada yang tinggi.

 

   ‘Eh eh eh dia ni, tadi dia jugak yang tanya. Bila aku jawab, cakap tu alasan pulak. Nasib baik kau cikgu, kalau tak, dah lama aku gigit kau.’ Kata Jejae di dalam hati sambil menahan geram.

 

   “Cikgu Yoon yang amat disayangi dan dikasihi, kami lewat lima

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...