chapter 6

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

   “Aku rasa dia dah dekat dengan kita.” Kata Kris yang sedang berdiri menghadap bulan yang mengambang di beranda. Kai yang berada di belakang menghampirinya sambil membawa dua gelas minuman. Dia menghulurkan satu kepada abangnya di sebelah.

 

   “Jadi, apa yang patut kita lakukan sekarang?” soal Kai sebelum dia menghirup minuman yang berada di tangannya. Kris juga membuat perkara yang sama.

 

   “Kita hanya perlu tunggu. Aku dapat rasakan dia yang mendekati kita.” Jawab Kris senada. Kai memandangnya dengan kerutan di dahi.

 

   “Dia sengaja mendekati kita? Identiti kita dah terbongkar ke?” Kai meletakkan minumannya di atas meja kaca.

 

   “Yang tu aku tak tau. Tapi, pastikan kau pandai rahsiakan identiti kau. Kalau ada orang cuba menyerang, kau jangan dedahkan identiti kau lagi. Faham?” soal Kris sambil memandang adiknya. Kai hanya menganggukkan kepala tanda faham. “Dah pukul tiga pagi ni, kau tak nak balik ke?”

 

Kai mengerling ke arah jam tangannya. Kemudian, dia mencapai minumannya yang diletakkan di atas meja kaca tadi sebelum dia meneguknya sehingga habis. “Hyung, Kai balik dulu.” Kata Kai kepada abangnya. “Hyung, hyung tak nak jumpa dengan Mama ke?” Kai memandang semula ke arah abangnya.

 

   “Buat apa? Dia tu Mama kau. Lagi pun tak ada siapa yang boleh ganti tempat omma.” Kata Kris tanpa membalas pandangan adiknya itu. Kai tidak berniat untuk memaksa abangnya. Dia tahu bahawa abangnya itu masih lagi bersedih tentang kematian keluarga mereka.

 

Setelah Kai keluar dari rumah itu, Kris terus masuk ke dalam rumah dengan matanya yang merah. Bukan disebabkan dia marah, cuma dia berasa sebak apabila memikirkan nasibnya yang berbeza dengan nasib adiknya. Adiknya sekarang dapat merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah tetapi bukan dirinya. Dia teringat akan tragedi yang terjadi pada dua puluh tahun lepas.

 

FLASHBACK

Luna menyorok di bawah sepohon pokok sambil memeluk anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun. Bunyi ngauman serigala dan jeritan daripada drakula yang membingitkan telinga membuatkan anak lelakinya terjaga daripada lena.

 

Anak menangis. Luna yang tidak keruan memandang sekeliling. Apabila dia melihat kelibat beberapa drakula yang sedang menghampirinya, dia terus melarikan diri bersama anak lelakinya. Dia berlari sepantas mungkin supaya tidak dapat dikejar.

 

Luna terjatuh akibat kakinya yang terseliuh. Sebelum sempat dia bangun, dia telah di serang oleh musuhnya, drakula. Luna memeluk dengan erat anaknya yang sedang menangis. Dia berganjak ke belakang dengan pantas.

 

   “Kau nak lari mana?” tanya drakula itu sambil menghampirinya dengan senyuaman yang sinis. Luna tidak menjawab sebaliknya hanya memandang tajam ke arah drakula tersebut.

 

   “Kau jangan berani datang dekat aku!” jerit Luna setelah badannya tersentuh sebatang pokok apabila dia ingin berganjak ke belakang. Drakula itu hanya ketawa yang kdengaran amat menjengkelkan pada telinga Luna.

 

   “Ya, memang aku berani. Hahaha!” jawab drakula itu dengan lagaknya. Setelah itu, dia mengeluarkan kukunya yang panjang dan gigi taringnya. Riak mukanya juga berubah. Luna

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...