chapter 4

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

Sinaran matahari memancar di segenap ruang yang ada di dalam bilik milik seorang gadis yang sedang nyenyak tidur di atas katil yang empuk. Dia meregangkan badannya sambil menguap. Dia mula membuka kelopak matanya dengan sukar. Dilihat sekelilingnya dengan mamai.

 

   “Lena tidur?” satu suara menyapa gegendang telinga Jejae. Pantas dia menoleh ke kanan dan mendapati abangnya sedang duduk di sebelah sambil membetulkan kolar kemejanya. “Pukul sepuluh nanti, ada perjumpaan dekat bawah. Pastikan Jae pun turut serta, okey?” Suho memandang adiknya yang mamai.

 

   “Hmm,” jawab Jejae pendek. Setelah Suho keluar dari tempat tidurnya, Jejae menyambung tidurnya semula. Dibiarkan sahaja sinaran matahari pada badannya kerana perkara itu tidak akan memudaratkannya. Lain pula kalau di dunia manusia, badannya pantang kalau terkena sinaran matahari yang akan melecurkan badannya sendiri.

 

Setelah sepuluh minit dia menyambung tidurnya, Jejae mengerling ke arah jam tangan yang terletak di atas meja hadapannya. Jarum jam tepat menunjukkan angka sepuluh. Dengan serta-merta matanya yang sukar dibuka tadi, menjadi besar.

 

Jejae tidak ubah seperti lipas kudung di awal pagi itu. Dia terus bangkit dari katilnya lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dengan segera. Kemudian, dia mencapai sepasang baju yang berwarna putih dan sehelai mafela berwarna merah sebelum dia pergi ke tempat perjumpaan yang ditetapkan. Katil yang bersepah dibiarkan sahaja.

 

    “Wahai makhluk-makhluk yang berada di sini sekalian. Perjumpaan pada pagi ini dibuat untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada hari semalam. Terima kasih saya ucapkan pada yang hadir. Semuanya sudah bersedia untuk memulakan perjumpaan ini?” soal Eunhyuk yang berkemeja putih serta berseluar hitam kepada semua makhluk yang ada di situ.

 

Jejae yang baru datang ke perjumpaan itu tercungap-cungap untuk mendapatkan oksigen. Kemudian, dia melihat sekeliling untuk mencari abangnya, namun gagal.

 

   “Seperti yang kita tahu, pada hari semalam, satu masalah yang melibatkan seorang manusia dan satu daripada kita telah menjadikan persoalan di setiap kepala.”

 

Jejae melihat ke arah Eunhyuk. “Masalah apa pulak ni?” soalnya sendirian.

 

   “Saya tahu, ada di antara kita telah melanggar peraturan semasa di dunia manusia. Ini buktinya…” Eunhyuk menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang tidur dibaring di atas meja panjang. Jejae memanjangkan lehernya untuk melihat siapakah gerangan itu. Matanya terbeliak apabila dia melihat lelaki itu dengan jelas. Hatinya berdetak laju.

 

   “Manusia ini telah dijangkiti dengan virus di mana dia akan bertukar menjadi seperti kita.” Eunhyuk menunjukkan kesan gigitan pada leher lelaki itu. “Seperti yang kita tahu, siapa yang menggigit manusia akan dijatuhkan hukuman dengan segera. Ingat! Tugas kita dihantar ke dunia manusia adalah untuk menghapuskan spesies serigala yang mengancam kewujudan kita.” Kata Eunhyuk dengan tegas.

 

Tangan Jejae sudah pun menggigil dan kesejukkan. Dirinya rasa tidak tenteram pada masa itu. Mana tidaknya, manusia yang dilihat di hadapan ialah Jackson, mangsa gigitannya pada suatu malam tanpa diketahui oleh sesiapa.

 

   “Manusia ini akan bertukar menjadi seperti kita dalam masa 24 jam. Dalam tempoh itu, kamu semua diminta untuk mencari siapakah yang telah menggigit manusia ini, faham?” Eunhyuk memandang setiap daripada mereka dan matanya berhenti pada Jejae. Jejae segera melarikan pandangannya ke tempat lain. Setelah semuanya sudah bersurai, lelaki manusia atau dikenali segaia Jackson itu dikawal oleh beberapa makhluk yang berbadan sasa.

 

Jejae pun beredar ke bilik rehatnya yang dikongsi bersama Suho dengan perasaan yang risau.

 

   “Jongin, mama rasa ada benda yang tak kena jadi dekat Nana.” Kata Puan Kim kepada Kai yang sedang khusyuk bermain permainan Flappy Bird.

 

   “Bengang betullah aku main game ni. Kena sikit je pun, tu pun nak mati…” kata Kai dengan perasaan geram.

 

   “Jongin, dengar tak apa mama cakap ni?” Puan Kim meletakkan tangannya di atas skrin telefon Kai. Kai memandangnya dengan muka yang bingung.

 

   “Apa Ma?”

 

   “Mama nak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...