chapter 1

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

   “Jae dah balik!” kata Jejae sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia menutup semula pintu yang dibuka lalu terus merebahkan badannya di atas sofa yang empuk berwarna kelabu. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, abangnya, Suho muncul daripada bilik tidur.

 

   “Baru balik?” soal Suho sambil mengelap rambutnya yang basah. Barangkali, dia baru sahaja selesai daripada mandi. Suho mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Jejae. “Macam mana mengajar pada waktu siang?” Suho memandangnya.

 

Jejae mengeluh sebelum dia menjawab pertanyaan abangnya itu. “Penatlah. Rasa macam nak mati. Tengok, tangan Jae yang sebelah ni hampir melecur, tahu tak?” Jejae menunjukkan tangan kirinya yang sudah berwarna merah. Suho memegang tangan Jejae dengan berhati-hati.

 

   “Teruk ni kalau Jae selalu keluar siang. Jae cakaplah dengan orang tu nak tukar waktu mengajar.” Kata Suho.

 

   “Nanti Jae cubalah cakap dengan dia. Tak tahanlah kalau nak ajar anak dia tu setiap hari…” Jejae merungut sambil membetulkan kedudukannya. “Oppa ada ubat tak untuk hilangkan rasa pedih dekat tangan Jae ni?”

 

Suho cuba untuk mengingat jika dia ada menyimpan ubat untuk memulihkan rasa pedih. “Rasanya ada. Biar oppa amikkan…” Suho bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam satu bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Tidak sampai tiga minit, Suho muncul semula.

 

Suho menghulurkan sebotol cecair berwarna putih bersaiz kecil kepada Jejae. Jejae mengambilnya lalu membuka botol tersebut sebelum dia menuangkan ke dalam mulutnya sehingga habis. Jejae terus mengerutkan dahinya setelah dia menelan cecair tersebut.

 

   “Pahitnya! Ubat apa ni?” Jejae bingkas bangun lalu menuju ke dapur  dengan segera. Dia terus membuka peti ais untuk mencari sesuatu yang boleh menghilangkan rasa pahit di tekaknya. Apabila dia ternampak sebotol cecair yang berwarna merah pekat, dia terus mengambilnya tanpa berfikir.

 

   “Jae, jangan minum banyak sangat darah tu. Nanti Jae ketagih.” Suho memberi amaran kepada Jejae yang sedang minum cecair berwarna merah pekat itu dengan rakus. Suho terus merampas botol yang dipegang oleh Jejae apabila dia tidak menghiraukan amarannya.

 

   “Mianhae. Tadi Jae ingat nak hilangkan rasa pahit je, tapi bila benda tu dah mengalir dalam tekak , Jae rasa sedap pulak, hehehe…” kata Jejae sambil mengelap mulutnya dengan hujung lengan bajunya.

 

   “Ingat Jae, kita ni bukan dekat dunia kita. Jae kena kawal diri Jae tu, faham? Jangan sampai orang tahu siapa kita…” nasihat Suho kepada adiknya sambil menyimpan semula botol tersebut ke dalam peti ais. Jejae hanya mengangguk tanda faham.

 

   “Jongin, tutor kamu dah sampai.” Kata Puan Kim dari luar bilik Kai. Kai menyahut dari dalam sebelum dia membuka pintu biliknya. “Dia dah tunggu kamu dekat bawah tu, jom.” Puan Kim memberitahu Kai sebelum mereka turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan tutor persendirian Kai.

 

Puan Kim menghilangkan diri ke biliknya. Dia membiarkan anak angkatnya, Kai belajar dengan selesa bersama Nana. Kai mengambil tempat duduk di sebuah meja manakala Nana pula duduk berhadapan dengnnya. Mereka masing-masing mengeluarkan buku yang sama dan diletakkan di atas meja.

 

   “Hari ni kita akan masuk ke topik baru. Jadi, sebelum tu ada apa-apa tak yang awak tak faham tentang topik semalam?” soal Nana sambil menyelak buku di atas meja sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Kai. Kai menggelengkan kepalanya menandakan dia faham akan apa yang dipelajarinya semalam.

 

Kemudian, mereka berdua pun memulakan sesi pembelajaran di rumah Kai. Kai menumpukan sepenuh perhatiannya kepada apa yang diperkatakan oleh Nana di hadapan. Dia lebih selesa belajar dengan Nana, senior di sekolahnya berbanding belajar di dalam kelas yang membosankan.

 

Setelah dua jam mer

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...