chapter 7

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

   ‘Aku akan cari siapa pembunuhnya…’ kata Youngji di dalam hati. Dia menggegam tangannya dengan perasaan yang bercampur. Pandangannya dicampakkan ke luar café. Perasaan marahnya mula pudar apabila dia melihat kelibat orang yang ditunggu sejak tadi.

 

   “Youngji!”

 

Youngji menoleh ke tepi apabila namanya dipanggil. “Sorry lambat. Dah lama kau sampai?” tanya Kai.

 

   “Taklah. Baru je…” jawab Youngji. Kai mengambil tempat di hadapannya.

 

   “Semalam aku dah study sikit tentang projek kita ni. Senang je, aku rasa boleh dapat markah penuh!” kata Kai dengan senyuman bangganya sambil meletakkan beberapa helai kertas di atas meja. Apabila Youngji tidak berkata apa-apa, Kai memandangnya. “Kau kenapa?”

 

   “Aku rasa Jackson tak mati macam tu je…” balas Youngji membuatkan Kai mengerutkan dahinya. Dia berhenti daripada menyusun kertas-kertas di atas meja tersebut.

 

   “Youngji, lupakan jelah tentang dia. Dia tu bukan sesiapa bagi kau. Ramai lagi ada dekat luar sana…” kata Kai sambil tangannya kembali bergerak menyusun kertas-kertas tersebut. Youngji memandang Kai dengan pandangan yang tajam. Matanya hampir bertukar kepada warna kelabu. Kai yang mula berasa tidak sedap hati terus menukar topik. “Err, mana kau tahu yang dia tak mati macam tu je?”

 

Mata Youngji sudah berubah kepada warna asal apabila Kai sudah tidak untuk memandang matanya lagi. “Aku rasa dia dibunuh dengan… drakula,” kata Youngji dengan suara yang perlahan. Dia tidak mahu ada orang yang mendengar perbualan mereka berdua yang duduk di hujung café itu.

 

Kai tersentak. “Drakula?” kata Kai dengan nada terkejut. Youngji meletakkan jari telunjuk pada bibirnya tanda dia menyuruh Kai untuk memperlahankan suaranya apabila bercakap tentang hal ini. Kai cepat-cepat menutup mulutnya sebelum dia melihat sekeliling. Bagus, kerana tiada sesiapa pun yang memandangnya. “Macam mana kau tahu?”

 

   “Aku tak berapa pasti, tapi deria bau aku kuat mengatakan yang mereka sedang menghampiri kita sekarang ni…” Jawab youngji dengan muka yang serius.

 

   “Kau ni sama macam Kris hyunglah, boleh tahu yang diorang tu dekat dengan kita ke tak. Kenapa aku tak boleh?” soal Kai dengan memek muka yang ingin menangis.

 

   “Nak buat macam mana kalau kau tak dapat keistimewaan macam ni, kan? Hahaha…” ada rasa bangga sedikit dalam gelak Youngji itu. Dia berasa bersyukur bahawa dia dikurniakan keistimewaan seperti ini. Kai membuat muka yang menyampah. “Dahlah, nanti tak siap pulak projek kumpulan kita ni…” sambung Youngji sambil mengambil sehelai daripada kertas yang tersusun diatas meja itu.

 

Sebelum mereka berdua memulakan perbincangan tentang projek yang akan dibuat, Youngji dan Kai memesan minuman dan beberapa makanan ringan untuk mengalas perut mereka pada petang itu.

 

   “Kau jangan tanya aku soalan yang sama lagi boleh tak? Aku tak tahu macam mana aku boleh tergigit kau masa malam tu…” Jejae memegang kepalanya sambil berjalan ke hulur ke hilir di dalam biliknya. Jackson yang berada di hadapannya hanya memandangnya dengan pandangan kosong. “Aku mintak maaf sangat-sangat dekat kau sebab aku buat kau macam ni,” sambung Jejae dengan muka yang bersalah.

 

   “Kira bernasib baiklah dia tak mati,” sampuk Suho yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Jejae dan Jackson serentak memandangnya.

 

   “Siapa ni?” soal Jackson sambil memandang Suho.

 

   “Dia ni Suho, abang aku,” jawab Jejae. Jackson yang duduk di atas sofa terus bangun dan membongkokkan badannya tanda hormat kepada Suho. Suho tersenyum melihat Jackson dan bersalaman dengannya.

 

   “Sekarang ni aku tak faham apa yang berlaku,” kata Jackson kepada Jejae. Jejae memandang Suho dengan panda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...