chapter 3

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

   “Jae, kau tak penat ke?” soal Jackson yang sedang menyelak buku belajarnya sambil memandang Jejae, merangkap tutor persendiriannya. Jejae sedang sibuk menyelak latihan yang telah diberikan kepada Jackson. Walaupun mereka berdua sebaya, tetapi kepandaian Jejae lebih  tinggi berbanding Jackson dan pelajar sebayanya. Sebab itulah Jejae berpeluang untuk masuk ke kelas senior di sekolah.

 

   “Penat apanya?” soalan Jackson dibalas dengan soalan.

 

   “Yalah, pagi kau pergi sekolah, lepas tu malam kau ajar aku. Bila masa kau rehat?” Jackson membantu Jejae mengutip helaian kertas yang jatuh di atas lantai.

 

   “Jackji, ops! Jackson, kalau aku penat, aku tak kerjalah sebagai tutor persendirian pada waktu malam…” Jejae memandang Jackson sambil tangannya memegang pen berwarna merah. “Aku hauslah pulak. Mintak air sikit, boleh? Tapi aku tak nak air masak, tau? ” Jejae memegang tekaknya menandakan tekaknya hampir menghadapi musim kemarau.

 

   “Nak jugak air manis… sekejap ya, Cikgu Jae. Hahaha!” Jackson berlalu ke dapur setelah menerima jelingan daripada Jejae apabila dia digelar sebagai ‘cikgu’. Sesungguhnya, Kim Jejae tidak suka akan gelaran ‘cikgu’ pada dirinya kerana perkara itu akan mengingatkan dia kepada Cikgu Yoon yang amat dibenci.

 

Apabila kelibat Jackson sudah hilang daripada pandangan, Jejae segera mengeluarkan sebotol cecair berwarna merah bersaiz sederhana lalu diteguknya cecair itu sehingga separuh. Lega rasanya setelah cecair berwarna merah itu atau dikenali sebagai darah mengalir dalam kerongkongnya.

 

   “Aku buat air ribena je…” Jejae terus menyimpan kembali botol yang dipegang ke dalam beg supaya tidak diketahui oleh Jackson.

 

   “Wuu, ribena~ kelas kau Jah!” kata Jejae apabila Jackson meletakkan segelas ribena di hadapan Jejae. Jackson menjulingkan matanya ke atas kerana dia paling benci dengan ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Jejae. Selepas itu, mereka menyambung kembali pelajaran yang tergendala sebentar tadi.

 

   “Jae, kau kenal Jongin? Anak Tuan Kim tu…” Jackson menyoal Jejae setelah sesi pembelajaran sudah tamat.

 

   “Jongin mana pulak kau ni? Kalau Jongout aku kenallah…” Jejae mengerutkan dahinya sambil memandang Jackson.

 

   “Jongout tu siapa pulak? By the way, Jongin tu sebaya dengan kita. Mak dia tanya, Nana pergi mana semalam? Kau kan rapat dengan Nana…”

 

   “Kau ingat aku mak dia ke? Manalah aku tau dia pergi mana. Kenapa?” soal Jejae kembali.

 

   “Dia kan tutor Jongin. Tapi semalam dia tak datang, petang tadi pun tak datang. Lepas tu dia tak ada bagitahu Jongin sebabnya. Ni yang aku tanya kau ni… kau kan sekelas dengan Nana…”

 

   “Nantilah aku tanya dia… dah, sekarang ni kelas kita dah tamat. Aku nak balik. Cakap dengan mak bapak kau yang aku tukar waktu mengajar…” kata Jejae. Hari ini, Jejae meminta untuk menukar waktu mengajarnya pada waktu malam tanpa pengetahuan Tuan dan Puan Wang dan disetujui oleh Jackson. Dia tidak sanggup lagi untuk keluar rumah pada waktu siang. Cukuplah sekadar pergi ke sekolah sahaja.

 

Jackson mengangguk sambil menguap kerana sekarang ibu bapanya tiada di rumah. Mereka pergi menyelesaikan tugasan di luar. Kemudian, dia meregangkan badannya dan melentok-lentokkan kepalanya ke sisi. Lehernya yang putih menyebabkan jantung Jejae berdetak laju. Bukan kerana dia tergoda, tetapi disebabkan keinginan untuk mengigit leher Jackson sedang melonjak-lonjak di dalam dirinya.

 

Pantas Jejae mengalihkan pandangannya ke tempat lain, bimbang dirinya akan berubah apabila dia tidak dapat mengawal dirinya ketika itu.

 

   “Jae, tolong! Leher aku cramp!” Jackson memejamkan matanya apabila leher yang dilentok-lentokkan tadi telah terkaku. Otot lehernya menegang dan menyebabkan dia kesakitan. Jejae memandang Jackson kembali dan matanya membuat setelah dia ternampak akan leher Jackson yang terdedah itu.

 

   ‘Serang atau mati?’ bisik Jejae di dalam hati sambil menelan air liurnya. Dia harus membuat pilihan samada menyerang Jackson sekarang ataupun dirinya akan mati kerana apabila dia tidak dapat mengawal dirinya, dia akan bertukar kepada sesuatu yang mengerikan dan perkara itu akan membuatkan Jackson tahu siapa dirinya yang sebenar.

 

   “Jacks

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...