chapter 5

Night Tutor
Please Subscribe to read the full chapter

Jejae bersiar-siar di tempat kawalan manusia itu. Ada kalanya dia mengintai ke arah Jackson yang masih terbaring di atas meja dengan mata yang tertutup. Dia cuba untuk mencari idea bagaimana caranya dia boleh pergi ke tempat itu tanpa ditahan oleh pengawal yang berbadan sasa di situ.

 

   ‘Aku kena cari jalan untuk pergi sana,’ bisik hati Jejae. Dia memegang dagunya sambil memikirkan caranya dengan mata yang tertutup. Tanpa dia sedari, dia telah pun berlanggar dengan sesuatu. Jejae membuka matanya dan hampir mengeluarkan kata-kata maaf. Namun, apabila dia melihat siapa yang melanggarnya, niatnya terbantut. Dikunci mulutnya rapat-rapat.

 

   “Kau tak ada tempat lain ke nak lalu?” kata-kata yang dilemparkan oleh seorang perempuan yang berbaju labuh membuatkan Jejae membuka mulutnya semula untuk membalas kata-kata perempuan itu.

 

   “Tak. Memang tak ada. Kau sibuk kenapa?” balas Jejae dengan selamba.

 

   “Eh perempuan yang tak sedar diri, kau ingat bila dah balik sini, kau boleh lawan aku sesuka hati kau?” perempuan yang berbaju labuh itu memandang tajam ke arah Jejae.

 

   “Kau yang tak sedar diri! Kau ingat aku takut dengan kau? Walau dekat dunia manusia pun, jangan harap aku akan ada perasaan takut dekat kau sikit pun!” Jejae meninggikan suaranya terhadap perempuan itu.

 

Mereka berdua telah mencuri perhatian semua makhluk yang berada di situ. Perempuan yang berbaju labuh itu terus menampar Jejae dengan kukunya yang panjang. Jejae tercampak ke belakang dengan pipinya yang berdarah. Kemudian dia bangkit lalu menerkam perempuan tersebut dengan perasaan yang marah.

 

   “Kau siapa nak lawan aku macam tu?” soal perempuan berbaju labuh itu dengan sinis setelah dia mencampakkan Jejae pada batu. Habis badan Jejae dipenuhi dengan cakaran. Jejae mendiamkan diri sebentar sebelum dia kembali berdiri.

 

   “Aku siapa? Kau tanya aku siapa?” Jejae memandang ke arah perempuan itu dengan pandangan yang tajam. “Aku ni anak kepada perempuan yang kau bunuh, kau tau?!” sambung Jejae lalu mengeluarkan taring serta kukunya yang panjang.  Sebelum sempat Jejae berlari ke arah perempuan tersebut, dia telah dihalang oleh seseorang.

 

   “Jae, apa yang Jae buat ni?” soal Suho yang menahan Jejae. Jejae tidak menjawab pertanyaan abangnya itu sebaliknya dia masih memandang perempuan tersebut yang telah ditahan oleh Eunhyuk. “Kenapa Jae gaduh dengan Yoon?” soal Suho lagi.

 

   “Sebab dia bunuh omma!”

 

   “Kenapa termenung ni, Jae?” soal Nana yang membuatkan Jae tersentak. Dia mengangkat kepalanya yang dilentokkan di atas meja lalu memandang ke arah Nana. “Jae tak sihat ke?” Nana meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Jejae.

 

   “Jae sihatlah. Cuma mood je yang tak sihat.” Jawab Jejae sebelum dia mengeluh.

 

   “Oh, okey. Kalau macam tu… jom unnie belanja makan ais krim, nak? Lagipun sekarang ni waktu rehat, kan?” soal Nana dengan senyuman.

 

   “Hmm, bolehlah…” Jejae mengangguk. Nana bersorak gembira dengan menepuk tangan lalu dia menarik tangan Jejae ke kedai yang menjual ais krim.

 

Setelah mereka duduk di meja bersebelahan dengan tingkap, Jejae mula menyuapkan ais krim perisa strawberry ke dalam mulutnya tanpa sebarang suara. Nana memandangnya dengan pelik.

 

   “Err, Jejae… boleh unnie tanya sikit tak?” soal Nana dengan ragu-ragu. Jejae mengangkat mukanya memandang Nana dengan keningnya yang dinaikkan. “Kenapa pipi Jae tu?” Nana menunjukkan ke arah pipi Jejae yang berparut. Kemudian Jejae terus memegang pipinya.

 

   “Tak ada apa-apalah. Kena cakar dengan… kucing.” Jawab Jejae dengan sedikit gagap. Dia berharap agar Nana percaya dengan jawapanya.

 

   “Jejae ada bela kucing ke?” soal Nana lagi sebelum dia menyuapkan ais krim vanillanya ke dalam mulut.

 

   “Bukan setakat kucing je, harimau pun Jae bela, tau?” gurau Jejae. Nana ketawa kecil mendengar lawak yang tidak seberapa itu. Dia gembira apabila mood Jejae sudah kembali normal.

 

   “Jae boleh tolong unnie, tak?” Nana kelihatan bersalah apabila dia menanyakan soalan itu kepada Jejae.

 

   “Tolong apa?”

 

   “Jackson kan dah tak ada, so boleh tak kalau Jejae gantikan tempat unnie sebagai tutor persendirian Jongin? Soal bayaran, Jae tak perlu risau sebab bayaran yang Jae akan dapat memang lumayan,” kata Nana dengan gayanya.

 

   “Unnie kan tutor dia. Kenapa nak suruh Jae pulak?” Jejae memandang sekilas ke arah Nana yang duduk dihadapnnya.

 

   “Sebenarnya, unnie nak berhenti jadi tutor sebab…” kata-kata Nana terhenti.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
chapter 7 is out!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 8: Update soon
ExoLover01 #2
Chapter 8: Update soon
XianaXelxia #3
Yoo!nk join!nak join!wahai authornim yang tercinta,nak join bleh?nak join writingcontest gak...huhuhu~i nak join gak...*nangis*saje ja x nk click link tu...*degil*by the way...NAK JOIN!!!
saranghae_xo #4
Chapter 7: kenapa Youngji macam berdendam je?
update soon authornim!
Yihyun
#5
Chapter 7: Update soon~
Authornim fighting! ^^
Kuangsu
#6
Chapter 6: Mana ad lupe~ ff ni best!"^^ keep it up, author!^^
NizNisrina12 #7
Chapter 6: sikitnyer.. tpi x pe >_<
ExoLover01 #8
Chapter 6: update soon....
luckyfree
#9
izzzz.... wuuuu... awesome gile buat citer baruuu...