One
EXO KINGDOMSautu ketika dahulu tinggal seorang manusia bernama Tao yang hidupnya tak berapa nak sedih. Ibunya sedang sakit jadi dialah yang baik hati menjaga ibunya sementara ayahnya keluar bekerja. Ibunya merasakan hidupnya sudah tak lama, jadi dia pun ingin memberi pesanan kepada anaknya yang tak berapa nak betul itu.
“Tao…*batuk* ibu rasa..ibu dah tak lama kat dunia nie…jadi kamu *batuk batuk* jadi kamu jagalah kebun ibu yang kat belakang rumah tu.” Kata ibunya sambil terbatuk batuk. Teruk giler sakit sampai dah tahap kronik.
“ Apa yang ibu cakap ni, Tao tak sukalah,” Tao besuara.
“Tao, kalu ibu dah tak ada, nanti paksa ayah kawin dengan janda jiran sebelah tu yang namanya Lu ntah apa lah..” kata ibu tao.
“ Ibu…Tao tak sukalah mak cik Lu yang gila tu, dah lah gila, tak da keperimanusiaan pulak. Hari tu kan Ibu, tao tengok dia bagi makan kucing tao nasi yang dah basi.”
Tao ada seekor kucing yang namanya Mokey, warna putih, walaupun kucing Tao nie tersangatlah comel thap infiniti, tapi perangai, ish,ish mengalahkan Raja aje. Kerja nya tahu tido, makan, makan pulak memilih giler, nak makanan yang sedap saja. Pelik betul.
Berapa Minggu kemudian
Akhirnya Ibu Tao menninggal dunia, dan Ayahnya Kris telah berkahwin dengan ahli shir Luhan a.k.a Mak Cik Luhan. Luhan ada dua orang anak yang namanya Baekhyun dan Chen. Dua orang anaknya suka membuli Tao.
Jadilah bermulalah kisah Cinderella. Dimana ayahnya akan keluar pergi bekerja dan tinggallah Cinderella dengan keluarga tirinya itu.
“TAO!!!” Jerit Luhan sambil bercekak pinggang, kononnya nak nampak jahat lah tu, tapi muka innocent mengalahkan budak-budak. Jangan haraplah Tao nak takut buat dia makin tergelak adalah.
“Ya, mak cik Lu yang disayangi,” kata Tao ketika keluar dari biliknya.
“Aku nak kau jadi orang gaji dalam rumah ni,” kata Luhan.
“Hahahahaahahahaa, kelakar lah mak cik lu nie, sebenarnya mak cik Lu tu orang gaji kat rumah nie. Okeylah, Tao nk pergi sekolah dulu takut nanti terlewat, budak sekolah yang baik harus menepati masa. Mak cik Lu jangan lupa untuk kemas rumah kalau tak siap lah,” kata Tao sambil menunjukkan kayu wushunya itu. Tao keluar rumah ikut tingkap. Tao sengaja keluar ikut tingkap kerana ingin menunjukkan bahawa dia tu sangatlah ganster dan menakutkan.
Tao berjalan-jalan dengan riang menuju ke sekolah. Sementara itu di rumah Tao. Luhan sedang mengemas rumah. Tak guna punya budak, aku yang patut dera dia, nie tak dia pula yang dera aku, luhan merungut sambil mengemop lantai. Tapi perlu ke dia ikut arahan Tao? Alah bukannya Tao tahu pun kalu rumah nie dah kemas ke belum dan dia pun bukannya takut sangat dengan Tao. Habis tu kenapa ikut. Supaya cerita yang author buat nie nampak dramatic sikit, biar semua orang sedih dan kesiankan aku mak cik Lulu yang baik hati. Diamlah Luhan pergi buat kerja tu, nanti orang kata aku nie yang kejam mendera kau pulak.
Di Sekolah Tao dengan gembiranya sedang berbual bual dengan Lay yang boleh dikatakan pengikut setia Tao. Lay ni kiranya macam fairy godmotherlah sebabnya selalu aje bagi semua benda yang tao nak.
“Yo!! Cinderella,” chanyeol menegur Tao sambil mengangkat tangannya. Chnayeol sengaja mengelarkan dia Cinderella kerana dapat tahu yang ayahnya berkawin lain, kira macam Cinderella lah ada mak tiri and adik-adik tiri. Chanyeol merupakan kawan yang selalu lepak dengan Tao. Kiranya yang selalu ponteng sekolah dengan tao jugaklah. Ish3. Teruk betul perangai.
“Yo man! Kau jangan risau lah yeol, mak tiri aku tak seksa pun hidup aku macam Cinderella.. aku baru aje paksa dia kemas rumah pagi tadi. Mesti lepas nie dia tak tahan dengan perangai aku lepas tu keluarlah dari rumah itu,” tao menerangkan kepada chanyeol perkara sebenar dengan gembiranya.
“Fuh!dasyat kau! Macam mana dengan dua orang adik tiri kau? Aku dengar diorang sekolah kat sini? Betul ke?”
“Yup. Tapi aku tak sempat pun lagi nak buli diorang. Pagi tadi aku tak jumpa pun diorang,” kata tao.
Macam mana nak jumpa dengan diorang kalau pergi sekolah pun lewat 30 minit, lepas tu keluar rumah ikut tingkap.
Baekhyun dan Chen adalah adik kembar tiri Tao yang sama sekolah dengannya. Tapi diorang pun sebenarnya suka mengenakan Tao.
[Flashback]
“Hai abang Tao. Tak sangka kita jadi keluarga yer. hahaha,” kata Baekhyun dengan riangnya.
Tao sudah buat muka annoying dia. Menyampah betul bila dia dapat tahu Baekhyun dan Chen jadi adik tiri dia.
“Anak-anak ku sayang..jemputlah minum…hohoho” Kata Luhan kepada mereka ketika membawa minuman.
Sementara itu Chen dan Baekhyun sudah berbisik untuk megenakan Tao. Waktu Tao tengah minum, Chen dengan sengaja nya menolak Tao menyebabkan dia tersedak waktu minum.
“HAHAHAHAAH,” Baekhyun dan Luhan ketawa terbahak-bahak.
[end flashback]
Tak guna diorang Tao bermonolog sendiri.
“Weh, jomlah masuk kelas,“ sapa Lay tiba-tiba.
“Mana ada gengster masuk kelas” chanyeol sudah ketawa macam orang gila sambil tepuk-tepuk tangan dan tepuk-tepuk kaki.
“ Hahahaa…” Tao ketawa.
Comments