Dua

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Hari ini, sekali lagi Iera mendapati dirinya di hadapan sebuah bilik yang sama seperti minggu lepas. Dia tak tahu mengapa tetapi seperti ada magnet yang terus memaksa dia datang ke situ dan berharap akan mendengar alunan muzik Yiruma yang dimainkan oleh lelaki yang tidak dia kenali.

            Kedatangan Iera ke situ hanya disusuli dengan kekecewaan apabila insan yang dicari tiada di situ. Bilik kecil itu kosong dan sunyi. Iera mengeluh perlahan. Bilalah agaknya dia boleh dengar muzik itu lagi?

 

Yixing melangkah masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat dia menyimpa rasa suka dan dukanya. Baru 2 hari dia tidak menjejakkan kaki ke situ tetapi dia sudah terlalu rindu untuk memainkan lagu Yiruma kegemarannya.

            Saat dia melabuhkan punggung di atas kerusi kayu berwarna hitam itu, Yixing dapat rasakan ada yang tak kena. Dia terasa seperti ada orang lain pernah datang ke sini sebelum ini. Tapi siapa? Setahunya, tiada siapa pernah jejakkan kaki di sini selain dia seorang. Semua pelajar di universiti pernah dengar khabar angin tentang tempat ini “keras” dan ada “sesuatu” sebab itu tiada sesiapa pun yang berani untuk ke bilik itu.

            Seperti hari-hari sebelumnya, Iera datang lagi ke bilik itu. Berharap yang kali ini dia akan dengar satu lagi karya daripada Yiruma. Nampaknya hasrat hati Iera terkabul apabila telinganya menangkap sayup-sayup irama piano dari bilik yang sama.

            “River Flows in You.” Meskipun dia masih lagi jauh dari bilik itu, dia masih lagi dapat meneka lagu yang menyusup ke halwa telinganya.

            Iera berdiri di tempat yang sama. Memandang lelaki itu dari belakang, mengagumi kehebatan lelaki itu bermain piano dan tertanya-tanya siapa agaknya lelaki misteri itu.

            “Siapa tu?” Yixing berhenti bermain piano. Dia dapat rasakan ada seseorang sedang memerhatikannya.

            Cepat-cepat Iera menyembunyikan dirinya di pintu. Berharap yang lelaki tadi tidak perasan akan kehadirannya.

            “Saya tahu awak bersembunyi kat pintu. Janganlah takut. Saya tak makan orang,” ujar Yixing. Dia tahu yang mata hatinya tidak menipu tentang kehadiran seseorang di situ.

            “Saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak mengintai. Saya suka dengar lagu yang awak main tu. Sedap,” ujar Iera yang masih lagi bersembunyi di sebalik pintu. Dia tidak berani untuk menunjukkan diri di hadapan lelaki itu.

            “Tak apa,” balas Yixing. “Kenapa awak tak masuk dalam aje? Saya tak kisah pun.”

            Iera menggigit bibir. Kalau dia tahu, memang dah lama dia tengok lelaki itu main piano depan-depan. Tak payah susah menghendap macam ni.

            “Awak ada kat situ lagi ke?” soal Yixing apabila Iera tidak bersuara.

            “Errr... ya.” Tiba-tiba Iera diserang rasa gugup.

            “Saya dah lewat. Pergi dulu. Bye.” Tanpa bertangguh, Iera berlari sepantas kilat ke bilik kuliah.

            Iera berhenti berlari apabila dia sudah jauh dari bilik tadi. Dia bersandar pada lalu melepaskan satu keluhan yang sukar ditafsir. Tangan kanannya diletakkan ke dada. Jantungnya berdegup kencang tetapi Iera tahu itu bukan kerana dia berlari. Ada sebab lain yang membuatkan jantungnya seperti itu.

            “Takkanlah...”

            Satu minggu... dua minggu... tiga minggu... Tiga minggu Iera cuba menghalang daripada ke bilik kecil itu dan berjumpa dengan lelaki misteri yang masih lagi belum diketahui namanya. Sejak perbualan pertama dia dengan lelaki itu, Iera mula rasa ada sesuatu yang bermain di tangkai hatinya.

            Iera mencuba sekeras mungkin untuk mengabaikan perasaan itu. Namun setiap kali dia cuba setiap kali itu jugalah dia gagal. Hampir setiap hari dia diganggu dengan bayangan lelaki itu dan irama piano sentiasa bermain diruang mindanya tanpa henti.

            Gadis itu bingung. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan. Perlukah dia berjumpa lelaki itu lagi? Atau hentikan semuanya sebelum terjadi sesuatu yang tidak dia ingini.                                  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^