Lapan

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Langkah kaki Iera dihayun menuju ke bilik yang diberitahu oleh jururawat. Hatinya melonjak-lonjak mahu berjumpa dengan Yixing. Kenapa dia tak tahu semua ini? Dia dah terlalu banyak berprasangka dengan lelaki itu. Sampai di hadapan bilik wad yang menempatkan Yixing, Iera menolak daun pintu. Sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil meluruhkan jantung Iera. Perlahan-lahan tubuh itu didekatinya.

            “Yi.. Yixing..” panggil Iera. Tersekat-sekat suaranya kerana terlalu banyak menangis.

            Tangannya menggenggam erat besi katil untuk menyokong dirinya daripada terjelepok di atas lantai.

            Perlahan-lahan Yixing membuka matanya.  Meskipun dia tak dapat melihat namun suara itu tidak asing dalam hidupnya.

            “Iera?”

            “Kenapa? Kenapa awak tak beritahu saya pasal ni?”

            Yixing duduk di atas katil. Tangannya terkapai-kapai mencari wajah Iera. Segaris senyuman terukir di wajahnya sambil ibu jarinya mengesat lembut air mata yang menitis.

            “Inilah sebab pertama saya tak boleh terima awak, Iera. Saya minta maaf sebab buat awak jatuh cinta pada saya tapi saya tak dapat bahagiakan awak walaupun sesaat,” ujar Yixing tulus.

            Iera memegang tangan Yixing yang melekap di pipinya.

            “Awak kena sembuh. Tolong janji dengan saya yang awak akan sembuh. Jangan tinggalkan saya,” rayu Iera. Tangan Yixing dijatuhkan dari wajahnya.

            “Kalau saya dah tak ada nanti awak jangan sedih tau.”

            Iera menggeleng laju. Air mata semakin deras mengalir.

            “Tak. Awak akan okey. Awak tak akan tinggalkan saya.”

            Yixing menarik tangan yang berada di genggaman Iera lalu diusap rambut gadis itu.

            “Sebelum saya pergi biar saya beritahu awak satu perkara.”

            Iera mengangkat kepalanya. Raut wajah Yixing yang tenang itu dipandangnya.

            “Saya sayangkan awak. Lebih daripada apa yang awak sangkakan,” ujar Yixing. Tubuh kecil Iera dibawa ke dalam pelukannya.

            Iera mengemaskan pelukannya seperti tidak mahu melepaskan Yixing. Dia tak tahu mengapa tetapi dia dapat rasakan ini ialah kali terakhir dia mendakap lelaki itu.

 

Dua jam Iera menanti Yixing di hadapan bilik pembedahan. Jantungnya berdegup kencang, dia tak boleh duduk dengan tenang. Air matanya juga tidak berhenti-henti mengalir. Meskipun dia sudah penat kerana terlalu banyak menangis matanya tetap berdegil mahu mengalirkan mutiara jernih itu.

            Kenapa dia berasa tidak sedap hati? Berkali-kali Iera cuba meyakinkan dirinya yang semuanya akan selamat. Tetapi berkali-kali jugalah hatinya menafikan. Sejujurnya dia begitu takut kala ini. Dia takut yang andaiannya itu benar. Dia takut dia akan kehilangan.

            Akhirnya penantian yang penuh penyeksaan berakhir apabila doktor yang menjalankan pembedahan ke atas Yixing keluar dari bilik pembedahan.

            “Doktor, macam mana keadaan Yixing?” soal Iera sebaik saja matanya menangkap susuk tubuh doktor itu.

            “Kami berjaya mengeluarkan darah beku dari darah pesakit. Tetapi dia tak berjaya diselamatkan. Saya minta maaf.”

            Iera kehilangan kata-kata. Jantungnya seperti gagal berfungsi ketika itu. Kakinya terlalu lemah untuk berdiri di bumi yang nyata. Untuk bernafas pun terasa mustahil bagi Iera. Yixing. Yixing. Yixing. Yixing. Yixing. Nama itu bergema dalam mindanya.

            “Yixing..” akhirnya nama itu yang keluar dari mulutnya selepas sekian lama dia berdiam diri. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^