Tiga

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Iera menghirup Americano kegemarannya sambil memandang Chanyeol yang sedang duduk di hadapannya sambil memetik gitar. Iera juga perasan gadis-gadis yang berada di dalam kafe itu tidak lepas dari memandang teman lelakinya. Siapa yang tak tertarik dengan lelaki seperti Park Chanyeol?

            Tetapi mengapa hari ini perasaannya seperti kosong? Kebiasaannya, Iera sendiri tidak dapat mengawal dirinya menjadi fangirl apabila Chanyeol mula bermain gitar meskipun dia ialah teman wanita lelaki itu.

            Namun hari ini dia langsung tak rasa apa-apa terhadap Chanyeol. Dan apa yang membuakan Iera menjadi tak tentu arah ialah dia seolah-olah ternampak bayangan lelaki itu di hadapannya bukan Park Chanyeol.

Mengapa lelaki yang memainkan lagu Yiruma masih menghantui fikirannya meskipun sekarang dia berada bersama-sama Chanyeol? Mengapa semakin lama Chanyeol semakin pudar dalam mindanya? Bahkan perasaannya terhadap Chanyeol juga tidak seperti dulu. Apa yang telah berlaku?

 “Iera!” sergahan Chanyeol menyentakkan Iera lantas membawa gadis itu kembali ke alam nyata.

“Awak fikir apa?” soal Chanyeol. Gitar sudah pun diletakkan di sebelah. Kini matanya tertumpu ke arah teman wanitanya yang seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Err... tak ada apa-apa. Kenapa awak berhenti main?” soal Iera cuba mengubah topik.

            “Iera,” panggil Chanyeol dengan nada serius. “Sebenarnya dah lebih 5 minit saya berhenti. Awak tak sedar ke?” soal lelaki itu.

            “Awak ada masalah ke?” Chanyeol mencapai tangan Iera.

            Gadis itu mula panik. Bukan panik kerana tindakan Chanyeol itu tetapi dia panik apabila dia langsung tak rasa apa-apa saat tangan Chanyeol menyentuh tangannya. Tidak seperti selalu.

            “Tak... tak ada apa-apa. Saya okey cuma kurang sihat sikit. Saya rasa saya nak balik sekarang.” Iera menarik tangannya yang berada di bawah tangan Chanyeol lalu berdiri diikuti oleh lelaki itu.

            “Awak nak saya hantar awak balik?”

            Iera cepat-cepat menggeleng. “Tak apa. Saya boleh balik sendiri,” ujar gadis itu. Lagipun, dia terasa seperti ingin bersendirian buat masa sekarang.

            Mahu tidak mahu Chanyeol terpaksa menghormati keputusan teman wanitanya. Meskipun dia tertanya dan bingung tentang sikap Iera yang berubah 100%. Iera di hadapannya sekarang bukan seperti Iera yang dia kenal dahulu. Mereka sudah lama tidak keluar bersama-sama, atau berborak di telefon hingga dua ke tiga jam seperti selalu. Malah, Chanyeol juga perasan yang gadis itu sering mengelamun dan cuba mengelak daripadanya.

            Tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas di fikiran Chanyeol. Iera.... takkan ada lelaki lain kan?

Iera tak tahu apa yang dia buat di kawasan kampus pada waktu lewat seperti ini. Tambahan pula, hari ini ialah hari minggu dan tiada sesiapa pun di situ. Kecuali beberapa orang staf yang perlu menyiapkan beberapa kerja.

            Dia melewati kawasan kampus yang sunyi itu menuju ke tempat biasa. Entah mengapa dia berharap yang lelaki itu berada di sana dan bermain lagu Yiruma kegemarannya. Iera ada sesuatu yang sedang bersarang dalam hatinya. Rindu. Ya, dia rindukan lelaki itu.

            Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan saat Iera melihat seseorang berada di dalam bilik itu. Dia masih lagi gagal melihat wajah lelaki itu, tetapi dia tahu yang berada di dalam ialah lelaki yang sama.

            Iera masih lagi kaku di tepi tingkap. Dia menanti lelaki itu memainkan apa saja lagu dari Yiruma. Tetapi lelaki itu masih lagi kaku di situ. Dia hanya duduk di atas bangku dan memandang piano di hadapannya dengan pandangan yang kosong.

            “Kenapa awak tak main piano tu?” tanpa menunggu lagi, Iera bersuara. Tetapi masih lagi statik di tempatnya tanpa masuk ke dalam.

            Diam. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu. Iera masih lagi sabar menanti jawapan daripadanya.

            “Saya tak boleh,” ujar lelaki itu akhirnya.

            “Kenapa?”

“Saya pun tak tahu,” balas lelaki itu ringkas.

“Macam mana awak boleh ada kat sini?” Yixing bertanya tanpa menoleh ke arah tingkap.

            “Sebab saya mengharapkan awak akan mainkan lagu Yiruma hari ni,” balas Iera jujur. Dia rasa tiada sebab untuk dia menyembunyikan niat sebenar dia berada di situ.

            “Nampaknya saya dah kecewakan awak,” balas Yixing sambil tersenyum.

            Itulah kali pertama Iera melihat  lelaki itu tersenyum. Meskipun dari tepi, dia dapat lihat dengan jelas lesung pipit di pipi kanan lelaki itu dan itu sudah cukup untuk membuatkan jantung Iera berdegup memainkan irama sumbang.

            “Boleh tak awak tolong mainkan satu lagu untuk saya?” lancar saja ayat itu keluar dari mulut Iera.

            Dia tak peduli apa yang lelaki itu ingin fikir tentangnya. Apa yang dia tahu saat ini dia benar-benar ingin melihat jari-jemari yang runcing milik lelaki itu menari di atas piano di hadapannya.

            “Mungkin saya boleh mainkan satu lagu untuk awak.” Yixing mula meletakkan jari-jemarinya di atas piano.

            Sebaik saja Yixing mula bermain dan menghasilkan satu melodi indah, air mata mula bergenang di kelopak mata Iera. Because I Love You. Kini dia sudah mula jatuh cinta. Dia jatuh cinta dengan Zhang Yixing.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^