Tujuh

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Pagi-pagi lagi Iera sudah dari rumah dan bertolak menuju ke universiti. Malam tadi dia langsung tidak boleh tidur gara-gara memikirkan Yixing. Apa yang harus dia katakan kala berhadapan dengan lelaki itu? Adakah cintanya akan ditolak lagi? Adakah dia perlu berputus asa begitu sahaja?

            Sampai di hadapan bilik muzik, Iera menghentikan langkahnya. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Sangkanya Yixing berada di dalam bilik itu tetapi sangkaannya meleset.

            Takkan dia tak sampai lagi. Iera mengerling jam di tangannya. Biasanya pada waktu begini lelaki itu sudah berada di sini. Tidak mahu berputus asa Iera masuk ke dalam bilik itu dan melabuhkan punggung di hadapan piano. Biarlah dia terpaksa tunggu lama sehingga dia harus ponteng kelas, yang penting dia dapat jumpa Yixing dan selesaikan semuanya.

            Masa berdetik begitu pantas sehingga Iera tidak sedar sudah lebih sejam dia menunggu Yixing di dalam bilik itu.

            “Maafkan saya, tapi awak cari siapa ya?” tegur seorang lelaki.

            Iera lantas berpaling. Seorang lelaki sederhana tinggi berdiri di muka pintu sambil memandangnya dengan wajah yang bingung.

            “Saya cari Yixing. Dia tak datang ke?” soal Iera. Berharap lelaki itu mengenali Yixing.

            “Yixing? Dia tak datang hari ni sebab tak ada kelas,” jelas lelaki itu. Dia dapat melihat raut kekecewaan pada wajah Iera.

            “Awak tahu tak dia tinggal kat mana?” Iera mencuba nasib.

            “Tahu.” Lantas lelaki itu mengeluarkan sehelai kertas kecil bersama-sama sebatang pen. Dia mencoretkan sesuatu pada kertas itu lalu diberikan kepada Iera.

            “Ini alamat rumah dia,” ujar lelaki itu.

            Iera menyambutnya dengan gembira. “Terima kasih.”

 

Deringan loceng menganggu konsentrasi Yixing yang sedang mencari ilham untuk lagunya. Tongkat yang bersandar pada dinding dicapainya sebelum menuju ke pintu dengan berhati-hati.

            Saat ini jantung Iera berdegup jauh lebih kencang berbanding sebelumnya apabila pintu dibuka dari dalam.           

            “Siapa ni?” soal Yixing.

            Iera memandang Yixing tanpa berkelip. Adakah Yixing akan menghalaunya pergi kalau lelaki itu dia yang datang?

            “Saya.”

            Tiada reaksi daripada Yixing. Tidak seperti yang Iera jangkakan, lelaki itu hanya kaku di situ.

            “Awak buat apa kat sini?” akhirnya Yixing bertanya.

            “Saya nak tanya awak sesuatu.”

            Yixing membuka pintu dengan lebih luas. “Masuklah dulu,” pelawa Yixing lalu memberi ruang kepada gadis itu untuk masuk ke dalam.

            Iera sudah cukup gembira apabila Yixing membenarkan dia masuk ke dalam rumah. Mungkin ini petanda yang bagus.

            “Saya harap awak tak salah faham. Saya benarkan awak masuk sebab saya tak nak jiran-jiran saya nampak kita berdua. Nanti apa pulak diorang fikir,” ujar Yixing dingin.

            Kata-kata itu sudah cukup untuk buat Iera terluka tapi dia cuba menenangkan dirinya.

            “Saya tak ada masa jadi saya harap awak boleh berterus terang aje. Awak nak tanya apa?” seperti manusia yang tak berperasaan saja Yixing bertanya.

            “Kenapa awak tolak cinta saya, Yixing?”

            Yixing tidak menyangka soalan itu akan keluar dari mulut Iera tetapi dia cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya.    

            “Macam mana awak boleh yakin yang awak cintakan saya? Kita baru kenal takkanlah awak dah jatuh cinta pada saya?” bidas Yixing.

            “Tapi itu tak mustahil kan?” pintas Iera.

            “Kenapa awak mesti dera hati awak sendiri. Saya tahu awak pun simpan perasaan yang sama terhadap saya tapi awak cuba nafikan betul tak?” ujar Iera lagi. Dia tak tahu dari mana dia dapat keyakinan untuk berkata seperti itu.

            Yixing ingin berkata sesuatu tetapi tiada satu perkataan pun yang berjaya keluar dari mulutnya.

            “Susah sangat ke awak nak mengaku perasaan awak? Kalaulah awak jadikan kekurangan diri awak sebagai satu alasan, awak memang kejam. Saya tak peduli apa pun kekurangan awak sebab itu adalah sebahagian daripada diri awak dan saya suka semuanya tentang diri awak. Apa salahanya kalau awak beri saya satu peluang? Bagi saya tak ada salahnya kita mencuba.” Iera mula sebak. Pandangan matanya sudah mula kabur dengan air mata yang bila-bila masa saja boleh membasahi pipi.

            “Kalau awak dah tak ada apa-apa nak cakap awak boleh pergi.”

            Iera tergamam. Begitu dingin sekali layanan Yixing terhadapnya.

            “Dan saya harap lepas ni awak jangan datang sini lagi.”

            Air mata yang tadinya ditahan akhirnya menitis jua. Tapi Iera tahu walaupun sederas manapun air matanya mengalir, sekuat manapun dia meraung, itu takkan merubah apa-apa.

            “Baiklah, kalau itu yang awak nak.” Iera mengesat air mata dengan belakang tapak tangannya.

            “Mulai hari ini saya akan lupakan awak. Saya takkan jumpa awak lagi dan saya anggap awak langsung tak pernah wujud dalam hidup saya. Jangan risau Zhang Yixing, sebab hari ini ialah hari terakhir awak jumpa saya.”

 

Dua minggu telah berlalu, Iera merasakan dia hampir berjaya melupakan lelaki bernama Zhang Yixing. Walaupun sekali sekala rasa rindu datang bertandang terutamanya apabila dia mendengar lagu Yiruma, Iera yakin yang perasaan cintanya terhadap Yixing mula pudar. Dia tidak lagi nampak bayang Yixing di universiti, bahkan bilik muzik itu juga sudah lama dia tak jejak. Dia lakukan apa sahaja untuk lenyapkan Yixing dari benak fikirannya.

            “Termenung lagi?” teguran Juyeon mematikan lamunan Iera.            

            Dia menghadiahkan segaris senyuman kepada sahabatnya itu.

            “Kalau kau setakat nak bagi senyuman palsu kau tu baik kau tak payah senyum,” sindir Juyeon.

            “Kau ada masalah ke?” soal Juyeon. Dia perasan sejak akhir-akhirnya ini Iera lebih banyak mengelamun. Jasadnya yang berada di situ tetapi rohnya entah melayang entah ke mana. Bila ditanya gadis itu hanya menggeleng.

            “Tak ada apa-apa,” balas Iera. Satu keluhan keluar dari mulut Juyeon. Dia dapat mengagak jawapan itu yang akan keluar dari mulut Iera.

            “Mesti kau fikir pasal Yixing kan? Janganlah risau sangat dia mesti sembuh.” Juyeon cuba memberi semangat kepada kawannya tetapi itu hanya membuat Iera diburu rasa ingin tahu sekali gus mula bingung.

            “Yixing? Kenapa dengan Yixing?” soal Iera terus terlupa yang dia harus melupakan lelaki itu.

            “Kau tak tahu ke? Dia kan sakit dan sekarang ni dia kat hospital,” balas Juyeon.

            Iera terasa seperti mahu pitam. “Sakit?”

            Juyeon mengangguk laju. “Ya, sakit. Sebenarnya dua tahun lepas dia terlibat dalam kemalangan. Disebabkan kemalangan tu dia hampir meninggal tapi doktor dapat selamatkan dia. Tak ada siapa sangka lepas kemalangan tu darah beku mula terbentuk pada otak dan menyebabkan dia hilang penglihatan.”

            Iera bagaikan tidak percaya apa yang dia dengar dari mulut Juyeon. Dia mengetap bibir untuk menahan air matanya daripada mengalir. Namun macam manapun dia cuba matanya tetap berdegil untuk mengalirkan mutiara jernih itu.

            “Aku dengar hari ini dia akan menjalani pembedahan untuk buang darah beku. Tapi doktor tak boleh bagi jaminan yang pembedahan itu akan berjaya.”

            Bahu Iera terhinjut-hinjut menahan tangisan.

            Juyeon menggenggam kemas tangan sahabatnya. “Iera, kau okey ke?”

            “Aku nak jumpa Yixing.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^