Empat

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Iera tergamam apabila ada satu tangan tiba-tiba menutup pintu lokarnya sebelum dia sempat berbuat begitu. Dia menoleh ke belakang dan disambut dengan wajah serius Chanyeol.

            “Chanyeol-ah, kenapa ni?”

            Berkerut dahi Chanyeol apabila Iera sekadar memanggilnya dengan nama sahaja. Biasanya Iera akan memanggilnya dengan pelbagai nama manja tapi hari ini berbeza sekali. Jadi mungkin betul yang sekarang teman wanitanya ada lelaki lain?

            Tanpa membalas soalan daripada Iera, dia terus menarik tangan gadis itu ke satu tempat yang jauh dari orang lain. Chanyeol melepaskan pegangan tangannya apabila mereka berdiri di tangga kecemasan.

            “Kenapa awak bawak saya kat sini?” soal Iera lagi. Hari ini sikap Chanyeol terlalu luar biasa dan itu membuatkan dia berasa sedikit gentar.

            “Sekarang ni awak jawab soalan daripada saya,” ujar Chanyeol mengabaikan soalan daripada Iera.

            “Awak ada lelaki lain ke?”

            Iera terasa nafasnya seperti tersekat di kerongkong. Dia tunduk memandang lantai. Tidak berani memandang Chanyeol yang seperti ingin memakannnya bila-bila masa.

            “Tolong jawab soalan saya, Iera!” herdik Chanyeol membuatkan Iera semakin terkedu untuk bersuara.

            “Saya.... saya...” Iera kehilangan kata-kata.

            “Saya apa?!” jerkah Chanyeol. Dia memegang kedua-dua belah bahu Iera.

            “Betullah awak curang dengan saya?” soal Chanyeol. Nada suaranya mula mengendur dan terselit penuh kekecewaan. Dia menjatuhkan tangannya dari bahu Iera.

            Iera menggeleng laju. Setitis demi setitis air mata mula membasahi pipinya.

            “Tak. Bukan macam tu. Saya tak ada lelaki lain selain daripada awak. Tapi...” ayatnya tergantung di situ. Iera buntu. Dia sendiri tak tahu situasi dia sekarang. Dia akui masih terselit rasa cinta dan sayangnya buat Chanyeol tetapi lama-kelamaan rasa itu kian pudar.

            Pada masa yang sama, dia mula menyimpan satu perasaan terhadap lelaki misteri itu. Dia dapat rasakan yang itu mungkin perasaan cinta seperti mana dia cintakan Chanyeol sebelum ini. Tetapi takkanlah terlalu mudah dia beralih arah? Apatahlah dia langsung tak kenal siapa lelaki itu. Mengapa dia boleh buat kesimpulan yang dia sudah jatuh hati terhadap lelaki itu? Kalau pun betul dia memang sudah cintakan lelaki itu, adakah lelaki itu juga menyimpan perasaan yang terhadapnya? Bagaimana kalau dia hanya bertepuk sebelah tangan?

            Iera memandang tepat ke wajah Chanyeol. Ada tangisan di tubir mata lelaki itu. Timbut rasa bersalah dalam diri Iera saat ini. Mengapalah begitu mudah sekali dia beralih arah? Chanyeol sudah cukup sempurna buat dia mengapa dia jatuh cinta kepada lelaki lain?

            “Chanyeol...” Setelah lama berdiam diri akhirnya Iera mengumpul kekuatan untuk bersuara semula.

            Dia ingin mencapai tangan Chanyeol tetapi lelaki itu pantas menepis lalu pergi dari situ.

            Sebaik saja Iera bediri di hadapan bilik kecil itu, dia disambut dengan alunan piano dari dalam. Tak perlu teka siapa yang mainkan piano itu kerana dia sudah tahu siapa gerangannya. Lagu Love Hurt dari Yiruma menyapa halwa telinganya.

            Perasaan Iera mula bercampur baur. Lelaki itu seolah-olah dapat memahami perasaannya kala ini. Ya, cinta itu memang menyakitkan. Ada yang melukai dan ada yang dilukai. Dia sendiri tak sangka yang dia sanggup lukakan hati Chanyeol demi seorang lelaki yang sangat asing dalam hidupnya. Tetapi Iera sendiri tak pernah minta yang semua ini akan jadi.

            Cinta itu hadir tanpa dia duga dan Iera juga tak mampu untuk memaksa cinta itu pergi jauh dari hatinya. Jadi apa yang harus dia lakukan? Iera terlalu leka dengan lamunannya hingga tidak sedar yang lagu Yiruma tadi sudah lama habis dimainkan oleh Yixing.

            “Awak...” ujar Iera.

            “Yixing. Panggil saya Yixing,” ujar lelaki itu.

            “Yixing. Kenapa awak main lagu tu tadi?” soal Iera tiba-tiba.

            Mata Yixing masih lagi tertumpu pada piano. Sekali sekala jarinya menekan papan piano menghasilkan beberapa not bunyi yang merdu.

            “Saya pun tak tahu,” balas Yixing ringkas.

            “Cuma saya rasa yang saya patut main lagu tu,” sambungnya lagi.

            “Yixing.”

            “Ya.”

            “Macam mana kita nak tahu kalau kita dah jatuh cinta pada seseorang?”

            Iera sendiri tak pasti kenapa dia boleh bertanyakan soalan seperti itu. Yixing diam untuk seketika. Mencari jawapan yang sesuai untuk soalan Iera tadi.

            “Bila setiap benda yang awak buat mengingatkan awak kepada seseorang. Bila awak tak boleh berhenti berfikir tentang lelaki tu. Dan bila awak sanggup berkorban apa saja demi orang yang awak sayang. Itulah cinta,” balas Yixing.

            “Saya cintakan awak,” luah Iera membuatkan Yixing tergamam.

            Iera menantikan respon daripada Yixing. Tetapi lelaki itu hanya membisu malah menoleh ke arahnya juga tidak. Iera setia berdiri di situ menanti apa sahaja jawapan yang bakal keluar dari bibir dari lelaki itu.

            “Saya rasa awak dah salah orang.” Akhirnya Yixing bersuara. Tapi itu bukanlah jawapan yang Iera ingin dengar.

            “Maksud awak?” soal Iera. Dia tak pasti sama ada soalan itu relevan atau tidak untuk ditanya memandangkan dia sudah tahu maksud sebenar di sebalik jawapan Yixing tadi.

            “Kita tak kenal antara satu sama lain. Macam mana awak boleh yakin yang awak cintakan saya?”

            “Setiap benda yang buat semuanya mengingatkan saya kepada awak. Saya tak pernah berhenti fikir pasal awak dan saya kehilangan sesuatu yang berharga hanya sebab awak,” sampuk Iera. Dia sanggup kehilangan lelaki sebaik Chanyeol demi seorang lelaki bernama Yixing.

            Yixing membatu di hadapan piano. Dia tak pernah sekalipun jangka yang benda seperti ini berlaku kepadanya. Orang seperti dia. Yixing berdiri dari tempatnya tapi masih belum berpaling menghadap Iera.

            “Saya rasa baik awak fikir masak-masak tentang apa yang awak cakap tadi. Saya tak nak awak kecewa. Saya yakin yang semua ni hanya salah faham.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^