Enam

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Hari ini Iera datang lagi ke bilik yang sama. Dia perlu berjumpa dengan Yixing. Iera tak peduli kalau Yixing ingin menolak cintanya walaupun 1000 sekali. Dia tak kisah yang penting lelaki itu tahu betapa dia ikhlas tentang perasaannya.

            Yixing berdiri di hadapan piano saat Iera berdiri di muka pintu. Gadis itu ingin berkata sesuatu tetapi mulutnya terkunci rapat. Anak matanya fokus ke arah tongkat berwarna putih yang dipegang kemas oleh lelaki itu.

            Iera hanya memerhati Yixing yang berjalan menuju ke arahnya. Jadi sebab inilah Yixing tolak perasaannya. Sebab dia buta. Iera menutup matanya dengan tangan saat Yixing berdiri betul-betul dekat dengannya. Setitis demi setitis air mata menitits membasahi pipinya. Dia hanya memandang Yixing berjalan melewatinya tetapi beberapa langkah kemudian lelaki itu berhenti.

            “Saya harap awak buang perasaan awak terhadap saya,” ujar Yixing tanpa menoleh ke belakang.

            Iera terkedu. Dia tak tahu macam mana Yixing boleh tahu kehadirannya di situ.

            “Saya...”

            “Awak bukan untuk saya. Ada orang lain sedang menanti awak dan saya rasa awak tahu siapa.” Yixing lantas memintas kata-kata Iera.

            Gadis itu tunduk memandang lantai. Ya, dia tahu siapa yang Yixing maksudkan.

            “Iera, perasaan yang awak rasa terhadap saya bukannya perasaan cinta seperti yang awak sangkakan. Awak cuma kagum akan kebolehan saya itu saja. Jangan salah menilai perasaan awak sendiri. Pergilah kembali pada dia. Saya yakin dia tengah tunggu awak sekarang ni,” ujar Yixing lagi.

           

            Awan berarak perlahan mengiringi perjalanan Iera. Langkahnya longlai tetapi digagahkan juga untuk terus menapak biarpun tanpa hala tuju. Dia biarkan sahaja ke mana kakinya akan membawanya nanti.

            Macam ni rasanya bila kita disakiti. Mesti Chanyeol rasa apa yang aku rasa sekarang bila aku tinggalkan dia. Mianhei, Chanyeol-ah.

            “Iera!”

            Lamunan Iera terhenti saat namanya dipanggil tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, Iera terasa dia dipeluk oleh seseorang. Iera terpinga-pinga. Mindanya cuba menangkap apa yang terjadi.

            “Iera, apa awak buat kat sini?” ujar lelaki itu lalu meleraikan pelukannya.

            Iera mendongak. “Chanyeol,” bisiknya perlahan. Dia memandang sekeliling. Dia tidak sedar yang dia sedang berjalan di tepi padang. Rupa-rupanya Chanyeol menghalang dia daripada terkena bola.

            “Kenapa awak boleh ada kat sini? Nasib baik bola tadi tak kena awak,” ujar Chanyeol.

            Iera diam seribu bahasa. Dipandangnya Chanyeol tanpa berkelip. Aku dah sakitkan hati dia tapi dia masih layan aku dengan baik. Apa yang aku dah buat?

            “Iera, awak okey ke?” soal Chanyeol apabila dilihatnya Iera yang tidak berkutik.

            “Saya..”

            Chanyeol menggenggam kemas tangan Iera. “Kita cakap kat tempat lain.” Dia kemudiannya menarik tangan Iera ke bilik kuliah yang kosong.

            Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Iera dari genggamannya. Wajah Iera yang mendung itu direnungnya.

            “Chanyeol..” Iera bersuara. Pandangan matanya masih lagi tertumpu ke arah lantai. Dia tidak berani untuk bertentangan mata dengan lelaki di hadapannya itu.

            “Iera..”

            “Mianhei,” pintas Iera. “Jeongmal mianhei,” ujarnya lagi lantas air matanya melimpah membasahi pipi.

            “Mianhei.. mianhei.. mianhei.. jinjja mianhei..” ucap Iera tanpa henti dalam tangisan yang masih berbisa.

            Chanyeol terkedu seribu bahasa. Dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

            “Mianhei, Chanyeol-ah.”

Chanyeol mendekati Iera yang sedang duduk di atas sebuah bangku di taman permainan itu. Sebotol air mineral dihulurkan kepada gadis itu lalu melubuhkan punggung di sebelah gadis itu.

            “Apa yang dah jadi?” soal Chanyeol.

            Iera membisu. Dia tak menceritakan apa yang terjadi kepadanya sebentar tadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri.

            Chanyeol memahami yang memamahi tindakan Iera itu tidak mahu bertanya lebih lanjut. Mungkin lebih baik kalau dia tak tahu apa-apa.

            “Awak okey ke?”

            Iera menangguk lemah. Dia tahu dia sudah menipu Chanyeol dan juga dirinya sendiri. Sebenarnya dia langsung tak okey. Mustahil apa yang jadi langsung tidak memberi kesan kepadanya.

            “Iera saya..” belum sempat Chanyeol menghabiskan ayatnya Iera sudah bangun dari bangku.

            “Saya minta maaf atas semua yang berlaku. Saya betul-betul minta maaf sebab saya dah sakitkan hati awak. Tapi saya rasa pada masa yang sama saya rasa kita tak boleh jadi macam dulu. Itu sangat mustahil,” ujar Iera membuatkan Chanyeol tergamam.

            Dia memandang tepat ke wajah Chanyeol. Perasaan bersalah sangat menebal dalam dirinya kala ini. Dia tahu dia tak sepatutnya buat begitu terhadap lelaki sebaik Chanyeol. Tapi apa lagi yang dia boleh buat? Cintanya terhadap lelaki itu sudah mula pudar. Tak mungkin dia boleh kembali kepada lelaki itu. Dia hanya akan membuatkan Chanyeol lebih terluka.

            “Lupakan saya Chanyeol dan saya harap awak akan jumpa gadis yang jauh lebih baik daripada saya,” sambung Iera lagi sebelum berlalu dari situ.

            Kini urusannya dengan Chanyeol sudah selesai. Selepas ini dia perlu berjumpa dengan Yixing. Walauapapun, dia harus berhadapan dengan lelaki itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^