Satu

A Guy with Yiruma's Masterpiece

Iera sendiri tidak pasti kakinya membawa dia ke mana. Dia hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan universiti tanpa ketahui hala tujunya. Dan Iera sendiri tak peduli destinasi yang akan dituju akhir nanti, kerana untuk hari ini dia tidak peduli akan semua itu. Apa yang tahu, dia mengambil masa untuk seketika sebelum kelas yang seterusnya bermula.

            Langkah kaki dihayun satu persatu dengan kemas. Tanpa rasa terburu-buru sambil menghirup udara segar setelah hampir dua jam dia di dalam bilik yang bertemankan pendingin hawa.

            Semakin dia melangkah, semakin dia mendengar gemersik melodi indah yang sayup-sayup menyapa halwa telinganya. Tidak terdetik di fikiran Iera yang melodi itu menakutkannya malah seribu satu ketenangan menyerbu masuk ke dalam dirinya.

            Tanpa gadis itu sedari, dia mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Dia cukup kenal akan irama yang bermain lembut di telinganya. Love Me, hasil karya pemain piano tersohor, Yiruma. Walaupun dia bukanlah penggemar muzik, itu tidak menghalang dia daripada tidak mengenali melodi indah itu.

            Tetapi persoalannya, siapakah yang memainkan irama indah itu? Iera sendiri tertanya-tanya. Pertanyaannya itu mula mendapatkan jawapan apabila dia berhenti di hadapan sebuah bilik yang jelas bunyi piano kedengaran dari dalam.

            Iera tahu dia bersikap kurang sopan tetapi disebabkan rasa ingin tahu, dia mengintai di tingkap cuba mencari sekujur tubuh yang memainkan lagu itu. Ketika itulah pandangannya berhenti pada seorang lelaki yang memakai kemeja putih, duduk di hadapan piano dan memainkan melodi indah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

            Bagaikan dipukau, Iera langsung tak dapat mengalihkan pandangannya ke arah jari-jemari yang seperti menari di atas papan piano. Menari bebas tanpa ada yang menghalang. Timbul rasa kagum dalam hatinya, apabila jari-jemari yang runcing itu memainkan peranannya dengan begitu sempurna sekali.

            Namun wajah lelaki itu masih lagi tidak dapat dia lihat. Hati kecil Iera melonjak-lonjak ingin tahu bagaimana agaknya rupa paras lelaki itu. Kacakkah dia? Tetapi gadis itu hanya menggeleng memikirkan bagaimana dia boleh terleka sampai begitu sekali.

            Lagu Love Me  kegemarannya masih lagi belum habis dimainkan apabila Iera sudah berlalu pergi dari situ.

            “Kau pergi mana tadi?” soal Juyeon sahabat Iera.

            Iera lebih memilih untuk mendiamkan diri. Mujurlah Juyeon bukan jenis yang mendesak. Gadis itu kemudiannya mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

 

“Jagiya.” Iera tersentak apabila dia tiba-tiba dipeluk dari belakang. Namun hanya seketika sebaik saja dia menghidu aroma minyak wangi yang tidak asing lagi dalam hidupnya. Dia berpaling ke belakang dan disambut oleh senyuman Park Chanyeol yang tidak gagal menggetarkan hatinya.

            Dia membalas senyuman lelaki itu dan membiarkan sahaja Chanyeol mencium pipi di tempat awam seperti itu.

            “Bogoshipeo,” ujar Chanyeol. Sudah 2 tahun mereka bercinta dan sudah 2 tahun Chanyeol mengucapkan perkataan seperti itu kepadanya tanpa henti.

            “Kenapa?” soal lelaki tinggi lampai itu apabila Iera seperti dalam dunianya sendiri.

            “Saya pun rindukan awak,” ujar Iera. Dia bukanlah seorang yang mudah melafazkan sesuatu dengan kata-kata. Tetapi saat dia mengucapkannya, dia benar-benar tulus.

            Makin lebar senyuman yang terukir di wajah Chanyeol. Mereka berpandangan untuk seketika, sebelum mereka berjalan berpegangan tangan keluar dari perkarangan Universiti.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 8: OMGGGG
Layyyy T^T
hanbinhaera #2
Chapter 8: HUHUJUHUJU
Heart_love
#3
Chapter 8: Kenapa?kenapa yixing mati?
parkyura98
#4
Chapter 8: Yixing! kesiannye Iera T^T
parkyura98
#5
Chapter 7: omo! hrp2 lay slamat... kesian kt iera... T^T
Yoon_Hannie
#6
Chapter 7: Ala... sian Iera. Sedihnya... Hope Lay selamat dan kembali sihat.
Oppa_luv #7
Love it!! Update....
parkyura98
#8
Chapter 5: kenape dgn lay? kenape juyeon ckp kt iera "Tapi aku harap kau tak salah buat pilihan"?
btw update soon^^
parkyura98
#9
Chapter 4: kesian iera T-T
btw update soon ^^