Chapter 21 [Final]
It time
Hai Jaehee , kalau kau tengah baca surat nih bermakna aku sudah tiada lagi disisi kau mahupun baekhyun .Jaehee pertama sekali aku nak mintak maaf tentang perkara yang dahulu. Aku mintak maaf sebab kecewakan hati kau, aku mintak maaf sebab aku kau pergi membawa diri ke China dan sebab aku kau tinggalkan ibu kau keseorangan di korea . Aku betul-betul mintak maaf jaehee, Kau maafkan aku kan? Jaehee sudah 9 tahun kita bersahabat bukan? Tipulah kalau didalam persahabatan kita tidak timbul perasaan suka ataupun cinta. Baek suka kau dan aku juga suka pada kau tapi aku pendam sebab kau mesti tak suka perkara sebegitu berlaku didalam persahabatan kita bukan? Jaehee aku gembira apabila dapat tahu yang kau dan luhan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tapi di satu sudut hati aku rasa bergitu sakit sangat aku tidak tahu kenapa aku merasainya . Jaehee sebelum tiba masanya aku pergi meninggalkan kau dan baekhyun aku ingin kau tahu bahawa aku sudah jatuh cinta pada kau masa 9 tahun yang lalu tapi diri aku begitu pengecut dan diri aku yang berpenyakit ini tidak layak untuk memilikimu... Jaga diri kau , Jaga suami kau dan aku minta pada kau tetap akan bersahabat dengan baekhyun. Ini adalah permintaan terakhir aku, aku harap kau turutinya . Aku sayang kau Aku sayang baekhyun dan juga aku sayangkan persahabatan kita. Dan aku selalu ada dengan kau dan juga baekhyun. Saranghea Jaehee...
Jaehee membawa surat terakhir daripada chanyeol ke dadanya, Baekhyun memberinya surat chanyeol kepada Jaehee semasa majlis perkebumian chanyeol , rasa berat perasaan jaehee semasa menyambut surat itu daripada baekhyun. Jaehee memandang kearah pusara chanyeol lalu mengukirkan senyuman manis, sudah hampir 3 tahun chanyeol meninggalkan Jaehee dan juga baekhyun. Baekhyun sekarang berada di Malaysia uruskan syarikat ayahnya disana
Comments