PROLOG 2

SARANGHAE,MY WIFE

Selepas kejadian haritu Jaehee  menerima rawatan sebelum dia terus masuk ke dalam lokap dan menerima empat  tahun hukuman penjara atas cubaan membunuh . dan masuk harini hampir seminggu Kris didalam wad tidak sedarkan diri . setiap hari juga Hyora datang mengunjungi Kris walaupun tiada perkembangan ditunjukkan . segalanya masih segar dalam ingatan . hampir setiap malam dia tidak dapat melelapkan mata sejak hari kejadian . ianya sangat membekas diingatan .semuanya bagaikan mimpi ngeri .

 

KRINGGGGG

Loceng berbunyi tanda hari persekolahan pada hari terakhir untuk tahun ni tamat . semua pelajar bersorak gembira mengatur langkah meninggalkan kawasan sekolah . Tapi disatu sudut , ada sorang pelajar tidak tersenyum langsung . muram tidak berseri . siapa ? Jom kita tengok siapa orang tu

 

“ Yah ! Baekhyun . kenapa sedih . harini last day lah so kita kena enjoy . Jom aku belanja kau Pattbingsu special “ Chanyeol menepuk bahu Baekhyun . Baekhyun sekadar tersenyum hambar  sambil mengemas buku-buku . Chanyeol dah semangat semula selepas tawar hati tapi kalini dia pula yang hilang mood musim panas .

 

Chanyeol seperti faham perasaan kawan baiknya tu “ kau tak payah fikir sangat Jaehee tu . aku tau kau sayang dia tapi untuk masa ni dia memang patut terima balasan lepas apa yang dia buat dekat kita semua . hm ? dah dah . senyum okay senyum . ke kau nak aku tarikkan mulut kau sampai telinga lepastu aku sepit biar kau senyum sepanjang hidup?” Chanyeol berpura-pura menarik bibir Baekhyun .

 

Baekhyun gelak kecil “ yah ! yah ! “ tangan Chanyeol ditepis .

 

“ ha macam tu . SE…NYUM ! “

 

Baekhyun gelak melayan  perangai gila Chanyeol .

 

“ Dah jom balik “

 

Mereka berdua keluar daripada kelas .

=================================================================================

 

 Hyora melangkah keluar daripada tandas . entah kenapa harini dia rasa sangat lemah dan sakit kepala yang terlampau . macam nak muntah tapi tak terkeluar isinya . penat dia ulang balik ke tandas harini . dia pandang sekeliling bangunan . masih ramai pelajar belum tinggalkan  sekolah termasuk dia . kalini dia kuat kan diri untuk ke Hospital menjenguk Kris . memang itu rutin hariannya . tak ada apa lagi dia nak buat .

 

Dia berjalan perlahan . satu satu kaki mengatur langkah . takut salah pijak dia terjatuh sebab sekarang ni pandangan dia agak kabur . dia berhenti dan sandar pada dinding . serius . dia rasa nak pitam . kakinya terasa lemah dan sebelum tubuhnya sempat menyembah lantai dia terasa ada tangan merangkul pinggang dan bahunya .

 

“ Hyora ? kau ok tak ? “ soal si pemilik suara garau .

 

Hyora angkat muka dan dalam keadaan samar-samar , siapa sangka orang tu Chanyeol  . kawan baik yang dah benci dan anggap dia seorang penipu .

 

“ aku tau kau tak ok ni ? muka kau pucat . nak aku hantar balik tak ?” soalnya lagi

 

Hyora menggeleng “ Tak . aku nak pergi Hospital teman Kris “ lemah Hyora menjawab .

 

Chanyeol mengeluh “ kau ni memang degil dari dulu . tau diri tu dah tak larat nak jugak pergi . Dah jom aku teman kau pergi sana . kalau apa-apa jadi dekat kau siapa nak tolong ? “ bebel Chanyeol risau .

 

Hanya senyum dalam diam sebab Chanyeol yang lama dah kembali . perangai banyak mulut  dia dah sebati balik dalam diri . Hyora agak bersyukur walaupun keadaan tak tentu arah sekarang ni . sekurang-kurangnya satu masalah dah selesai .

 

“Jom Baekhyun” ajak Chanyeol . tanpa menunggu jawapan daripada Hyora , dia terus memangku Hyora keluar daripada sekolah dan menaiki teksi .

====================================================================================

 

Sampai sahaja di Hospital , terus Hyora rasa nak muntah . Loya semacam .  Dia tak tau apa punca tapi memang sejak kebelakangan ni badan dia rasa semacam . salah makan pun tak .

 

“Hyora seriously kau boleh ni ? “ Chanyeol semakin risau .

 

Hyora mengangguk .

 

“ Kau nak rest dulu tak ? ke nak pergi wad Kris terus ?” Baekhyun bersuara sebab mereka berdiri di tengah-tengah hall dan tak tau arah mana nak pergi .

 

 

“ aku rasa… aku….bwueekkk “ Hyora menekup mulut apabila dia terasa sesuatu hampir keluar daripada tekaknya . tanpa berfikir panjang dia berlari meninggalkan Chanyeol dan Baekhyun untuk ke tandas .

 

Mereka memandang sesama sendiri .

 

“ memang degil dia tu ~” komen Baekhyun .Chanyeol hanya mengangkat bahu .

=====================================================================================

 

 

“bo ? doktor biar betul ?” soal Hyora betul-betul tak percaya apa yang dia baru dengar . manatau sebab sekarang ni pun kepala otaknya masih lagi sakit . takut-takut lain yang doktor cakap lain yang dia dengar .

 

“Iye cik . baru 3 minggu “ tersenyum manis doktor perempuan itu memberitahu .

 

Hyora menelan air liur . logik ke benda ni jadi . dia terkelu sebentar  dengan kenyataan yang terngiang-ngiang ditelinganya .

 

“sebabtu sejak akhir-akhir ni cik tak sedap badan , mual-mual  , pening . itu memang kebiasaan bagi orang yang baru mengandung lagi-lagi orang muda macam cik ni . buat masa ni cik jangan stress dan lakukan benda yang berat . kandungan pertama kena jaga betul-betul  and hmm….. cik dah ada suami ?” mungkin sebab Hyora memakai baju sekolah jadi doktor itu kelihatan ragu-ragu dengannya . siapa yang tak buruk sangka kalau pelajar macam Hyora dah mengandung zaman moden ni .

 

Hyora terkebil “ eo ..? dah . saya dah ada suami “

 

Doktor itu tersenyum lega  “ kalau macam tu lepasni cik boleh bawa suami untuk pemeriksaan lanjut . kalau ada apa-apa masalah pun boleh datang jumpa saya . itu saja untuk harini “

 

“ouh okay . kamsahamnida …. “ Hyora keluar daripada bilik . dia masih blur dan sukar nak terima .

===================================================================================

 

“so macam mana Hyora ? apa doctor cakap ? “ Chanyeol menerjah sebaik kelibat Hyora muncul dia kaki lima .

 

“Chanyeol…..Baekhyun….a..aku …..” Hyora gagap .

 

“ wae ? wae ? “ Tanya Chanyeol tidak sabar .

 

“ aku… mengandung ….”

 

==================================================================================================

 

 

“ wah beli barang baby ke ? mesti baby perempuan kan … “ ramah pekerja kedai itu menegur  . mana taknya kalau semua barang warna pink . adapun sikit warna putih . semua ni pun bukan dia yang pilih . habistu siapa ? tu ha …… si galah panjang . entah apa lagi dia pilih dekat  sana tu . tak cukup-cukup . haihhh~

 

“haah . perempuan “

 

“untungnya muda-muda dah ada anak . mesti best dah ada keluarga sendiri . berapa bulan dah ?” soalnya lagi sambil tangan tetap bergerak me-scan barang .

 

“ 8 bulan “

 

Selepas itu Chanyeol muncul dengan tangan membawa membawa sepasang lagi baju . dia tersengih seperti kerang busuk apabila Hyora membadinya .

 

“ wae ? “ Chanyeol berpura-pura tak faham pandangan Hyora .

 

“ berapa banyak lagi ? bukannya kembar pun baby ni . sorang je “ bebel Hyora  menunjuk-nunjuk perutnya yang membulat .

 

Chanyeol ketawa “ manatau kembar . persediaan orang kata “

 

Hyora mengeluh . apa-apa jelah .

 

“biasalah awal-awal ni memang suami yang agak semangat sikit . nanti anak kedua ketiga mulalah dia punya malas tu “ celah cashier tersebut  memerhati Chnayeol dan Hyora bergaduh .

 

Hyora dan Chanyeol menjeling sesama sendiri . dah biasa dah bila orang anggap mereka suami isteri . sepanjang 8 bulan ni memang kemana-mana Chanyeol yang teman dia buat itu dan ini . dan sudah ramai orang kata mereka pasangan yang secocok walhal Hyora isteri kepada Kris . mereka hanya mampu tersenyum bila orang-orang kata macam tu . biar lah apa orang nak kata . janji bukan perkara buruk .

======================================================================================

 

 

“CHANNYEOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL” jerit Hyora diruang tamu .

 

Sejurus itu Chanyeol muncul dengan tuala dipakai paras pinggang dan buih yang memenuhi rambutnya . dia menggelabah mendengar jeritan Hyora  dan terus keluar daripada bilik air “ wae ?! wae ? “

 

“perut aku sakit ! aku rasa … aku rasa …. Baby ni …” Hyora menekan perut .

 

“ yah ! kejap . Jangan bagi keluar sekarang . tahan dia dulu . aku siap-siap . tunggu dulu ...... “ berdesup chanyeol bersiap-siap . dapat baby tu keluar dekat apartment siapa nak jadi tukang sambut ? dia ? alamatnya cacatlah baby tu nanti kalau tangan kayu dia yang buat .

===================================================================================

 

“Wah ! sebijik kaulah Hyora “ Baekhyun gelak apabila baby berada ditangannya .

 

“ memanglah dah aku omma dia . takkan ikut muka kau dengan Chanyeol “ balas Hyora . Baekhyun sekadar mencebik . susah nak menang kalau lawan mulut dengan Hyora . mengalah jelah nampak gayanya .

 

“ apa nama kau nak bagi ? “ giliran Chanyeol bersuara . lepas 9 bulan dia jaga Hyora lepas kris koma dan tak sedarkan diri , dia rasa macam baby ni dah sebahagian daripadanya . terharu ? adalah sikit ~

 

“  Yira . Wu Yira “ Hyora tersenyum .

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

OKAY HARINI DOUBLE UPDATE FOR READERS YANG TUNGGU :) SAYA AKAN SAMBUNG LAGI BILA ADA MASA OKAY . ANNYONG GUYSS . UPVOTE AND JANGAN LUPA SUBSRCIBE . DO LEAVE ANY COMMENT

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkLuMin99
HOHOHO~THANKS TO MY SUBSCRIBERS~~~KEEP SUPPORT ME OK!

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 52: Kenapa kris tak sedo2 lagii ish
kimchinana #2
Chapter 49: Gila cliche cerita ni, tp tetap daebak hihihi
adahcyadah
#3
Chapter 49: Best! Nak request cite kai plak bleh?? Looking forward to it, fighting authornim!! *thumbs up*
harryniel
#4
Chapter 49: suka bila dpt tau yg baekhyun dpt jumpa jaehee balik^^
girly_girl25 #5
Chapter 49: wow *clap bravo bravo....authornim buat la pasal baek ngan jaehee plak... puppy eyes
goGETaLIFE_ #6
Chapter 49: Love it < 3 ingin pulak nak tauu sambungan kisah jaehee ngan baek tuu xD
HYeraH #7
Chapter 49: Wowwww happy ending
BarelyBroken
#8
Chapter 1: :O woahh h
BarelyBroken
#9
Keep it up.
SyiqaYeollie
#10
Chapter 47: Update soon