WHAT SHOULD I DO PART 2

SARANGHAE,MY WIFE

ketika di dalam teksi,Hyora termenung jauh memandang luar.dia sendiri tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran saat ini.dia baru saja menelefon Jaehee dan Baaekhyun kerana mahu memasak Tteokbokki bersama seperti yang dijanjikan sebelum ni.Chanyeol?hmm.....dah 3 kali Hyora call.tapi semua tak diangkat.biasanya,kalau hyora call bersemangat chanyeol menjawab.merajuk lagi tu~tak apa.esok cuba lagi.tak kanlah dia tak datang sekolah.

setelah beberapa minit menempuh perjalanan yang sunyi,akhirnya dia sampai dirumah asalnya.tambang teksi dibayar~lalu,dia masuk ke perkarangan rumah.nampaknya jaehee dan Baekhyun dah sampai kalau tengok pada dua pasang kasut yang sangat asing dirumahnya.

"yeoboseyo!"ucapnya sebaik menapak dilantai rumah.serentak 3 orang yang sedang berbual di ruang tamu memandangnya.

"eo?dah sampai dah?"ujar omma Hyora seraya datang kearah Hyora dan mereka berpelukan.hyora hanya tersenyum.

"korang baru sampai ke?"soal Hyora lalu duduk berhadapan dengan mereka.

"haah~dalam 5 minit macam tu"

"minimlah dulu~haa!biasanya datang bertiga.Chanyeol mana?"

Hyora,Jaehee dan Baekhyun berpandangan seketika apabila Ommanya bertanya berkenaan Chanyeol.

Hyora tersenyum kekok"sibuk agaknya~"

sibuk apanya~padahal dia merajuk dengan aku.rasanya bukan dengan aku je,tapi dengan Jaehee dan Baekhyun.cuma,aku orang yang paling dia marah.yalah!berkawan sejak kecil,tapi ini kali pertama aku lupa hari jadi dia.tambah lagi,dia bertekad nak luah perasaan dekat aku hari ni~hmm....aku minta maaf sangat sebab buat kau macam tu.harap kau faham~

disebabkan sudah beberapa hari tak berjumpa,banyak pula yang dibualkan mereka berempat.entah apa-apa je topik yang menjadi bahan bergosip.baekhyun pun sama.nama saja lelaki,tapi.....hmmm...semua cerita dia tambah unsur-unsur lawak dia walaupun asalnya cerita tu tak kelakar langsung.

jam menunjukkan pukul 4 petang.akhirnya plan utama untuk memasak sudah bermula.Hyora dan ommanya ditugaskan didapur untuk bahagian bahan basah.Jaehee dan Baekhyun sibuk mengurus bahan kering diruang tamu.sengaja lah tu nak buat jauh-jauh dari kitaorang~takkan nak bersweet depan omma aku pula kan?haishh~apa-apa jelah diorang tu.yang penting bahagia!

"emm...hyora-ahh?omma nak tanya"soal ommanya membuatkan pergerakan Hyora terhenti.

perlahan-lahan dia memusingkan kepala"emm..apa?"

"Hyora ada masalah ke?daripada tadi omma nampak muka Hyora macam risaukan sesuatu je~"

hyora mengangguk.ishh~inilah hebatnya seorang omma!apa yang anak dia fikir kan,semua dia dapat tahu.

"ceritalah~pasal kris ke?"

dia mengangguk dan sambung membuat kerja tanpa memandang ommanya.

"kenapa?bergaduh ke?"

pantas Hyora menoleh semula dan menggeleng"aniyo~bukan bergaduh.ada salah faham sikit je"

"ouh~patutlah.salah siapa?"

Hyora menelan air liur"Hyora yang salah~tapi,Hyora dah cuba pujuk dah.tunggu dia ok je.sebab tu Hyora nak omma ajar masak Tteokboki ni.nak  bagi dia~"

ommanya tersenyum"hmm..biasalah tu.baru lagi.nanti lama-lama ok lah.mula-mula omma pun pelik bila Hyora cakap nak masak Tteokboki.tak pernah-pernah pun sebelum ni nak belajar.semuanya omma yang buat.haa!ni nak masak banyak mana?"ommanya mula memasukkan rempah-rempah didalam periuk.

"masukkan jelah semua kek beras ni.hyora nak bagi dekat semua orang yang Hyora kenal"hyora mengeluarkan semua kek beras dari bungkusan dan diserahkan kepada ommanya.ommanya hanya menggeleng melihat betapa semangatnya Hyora.

"omoni!ni dah siap dah!"Jaehee muncul dengan mangkuk yang dipenuhi sayur-sayuran.dia meletakkan di atas meja lalu menghidu-hidu bau yang datang dari arah periuk.

"wahh!sedapnya!!"Jaehee bermain-main dengan wap yang keluar.

"apalah kau ni!belum siap lagi!aku nak bagi semua orang yang aku kenal"

Jaehee tersenyum nakal"termasuk Chanyeol?"

Hyora mengeluh"ye ye!untuk dia sekali!"

"yang lagi sorang tak nak bagi?"soal Jaehee lagi.semakin lebar sengihan dia.

hyora berkerut"yang mana?"

"alahh~yang dekat rumah kau sana"Jaehee menyiku lengan Hyora.Hyora cuba mentafsir siapa yang dimaksudkan Jaehee.dekat rumah sana?hmm...ouh!Kris -,- ishh!dia ni~memang nak kena!

"siapa?"

terkejut Hyora dan Jaehee apabila Baekhyun tiba-tiba muncul.dengan cepat mereka menggeleng.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kris keluar dari bilik apabila mendapat tahu Hyora sudah keluar.dia tahu Hyora buat sesuatu di dapur.yalah~kalau bunyi barang terjatuh sudah banyak kali dengar,mana tak perasan si Kris.dia berjalan kearah dapur dan ternampak sesuatu di atas meja.

Kris membelek-belek makanan itu.OKONOMIYAKI~dia tahu ni masakan jepun.tapi,macam mana dia tahu aku suka benda ni?hmm..apa-apalah!

semasa Kris mengangkat pinggan itu,dia ternampak sehelai kertas yang ditinggalkan Hyora tadi.dia membaca~selepas itu,dia tersenyum sendiri.kesian pula aku tengok Hyora ni~sanggup dia masak walaupun dia tak tahu memasak sebelum ni.tak naklah orang cakap aku ni kejam sangat.tapi,kenapa aku marah bila dia dengan budak tadi,hah?jealous?mungkin~tapi sikit je.salah dia juga sebenarnya.aku dah cuba nak terima semua ni,tapi dia buat hal pula~

hmm~sekarang entah pergi mana dia.mesti dia rasa bersalah sangat.

tanpa berfikir panjang,Kris duduk dan makan sedikit .sesuap sudah dimasukkan ke dalam mulut.dia mengunyah~dahinya berkerut.erm...ke-kenapa rasa dia manis?!terus kris meletakkan kembali sudu.mata dialihkan pada rempah-rempah yang terletak di tepi dapur memasak.lalu,dia meluru kearah bahan tersebut.

satu bekas terbuka!maksudnya dia guna benda ni.kris mengambil sikit lalu melihat denga teliti.ini~ini gula!!bukan garam!!patutlah manis =.= salah bahan.memang patut tak pandai memasak.gula dengan garam pun tak reti beza.haishh~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"nah!ambil sorang satu~"Hyora menghulurkan bekas yang berisi Tteokboki kepada Jaehee dan Baekhyun.

"kamsahamnida,omoni!kitaorang balik dulu tau~"

"haa~jalan baik-baik.Baekhyun!jaga Jaehee tu~dah malam dah ni"sempat omma Hyora berpesan.

"arasso,omoni!!saya akan jaga dia baik-baik.jangan risau~"Baekhyun sudah tersengih-sengih.

Jaehee menyiku lengan Baekhyun"ishh~jangan nak melebih!"

"betullah!kalau parents-in-law saya marah sebab tak jaga anak dia ni,saya yang kena bertanggungjawab tau!"Baekhyun mencebik.

"eeee~perasannya!!siapa yang nak kahwin dengan awak~~"

"yah!yah!jangan nak libatkan hal rumah tangga dekat sini"ujar Hyora.

Jaehee merenungnya tajam"taulah kau dah--"Jaehee terdiam.dia menggigit bibir apabila dia hampir terlepas cakap.

Hyora menepuk dahi.ishh~nasib tak terlepas.Baekhyun dah mula berkerut pandang aku dengan jaehee silih ganti.habislah~memang lama-lama dia akan dapat tahu kalau Jaehee asyik terlepas cakap je.tak boleh jaga rahsia betul!

"dah!balik sana.nanti omma korang marah"

"arasso!arasso!omoni,kitaorang balik dulu,annyong!!"Jaehee manarik baekhyun dan melambai-lambai kerarah Hyora dan ommanya.

ommnya menggeleng melihat Jaehee dan Baekhyun yang tak habis-habis dari dulu.asyik nak bergaduh je~gaduh bukan gaduh besar.gaduh budak-budak~tak patut betul.entah apa-apa je budak zaman sekarang.

"haa~hyora tak nak balik ke?dah malam ni.nanti Kris risau.dah lah tak bagi tau Kris nak datang sini"bebel ommanya.

Hyora tersengih"ok ok!nak baliklah ni"Hyora mengalas begnya dan satu beg besar berisi Tteokboki tadi dijinjing.

"call Kris~"

"tak naklah~dia marah lagi rasanya.Hyora naik teksi je"

"dah malam ni~bahaya."

"ok ok!"Hyora mengeluarkan handphonenya.tapi,hanya skrin warna hitam saja yang terpapar.hyora mengeluh.

"habis bateri pula~tak apalah,Hyora naik teksi je"Hyora sudah melangkah.kalau lambat-lambat lagi susah dapat teksi.baik cepat sikit.

"baik-baik!"

"arasso!"

Hyora berjalan kearah jalan utama seorang diri.dia duduk di satu pondok bas.memang agak susah nak cari teksi malam-malam ni.tapi,harap-harap ada~

jalan yang agak sunyi dan tidak banyak kereta lalu membuatkan bulu roma Hyora berdiri.rasa menyesal pula tak dengar cakap omma.tapi,nak call Kris pun bateri handphone habis.tunggu jelah teksi jawabnya~

Hyora menoleh kekiri apabila seorang lelaki tiba-tiba duduk.dia tersenyum dan Hyora membalas.lepas itu,terus dia mengalihkan pandangan.mana teksi ni?dah 10 minit tunggu tak ada pun~

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

kris keluar dari bilik air sesudah mandi.kepala dilap dengan tuala seraya mata menjeling kearah jam dinding.9:30 malam~dah malam macam ni takkan belum balik lagi?takut sangat ke dengan aku?

dia mencapai handphone dan mendail nombor Hyora.
TUUT`~TTUT~TTUT~tiada jawapan.kris pelik kerana nombor Hyora off.dia mencuba lagi sekali.tapi,dia hampa kerana masih tiada jawapan.dia menjadi risau~dia tahu Hyora tak suka keluar sorang-sorang.tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati.dengan cepat dia menyarung baju dan seluar.

kunci kereta diambil.dia masih mencuba mendail nombor Hyora tapi masih off.rasa bersalah tiba-tiba datang dalam diri dia.tak sangka pula bila dia marah,Hyora akan buat macam ni.

sekelip mata saja,kereta Kris sudah keluar dari apertment itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

hyora melihat jam di tangan.dah pukul 9:30~mana teksi ni?nanti Kris risau pula.

"bagi duit yang kau ada sekarang!!"Hyora terkejut apabila lelaki tadi mengacukan pisau kearahnya.dia menjadi kaku.jantungnya berdegup laju.macam mana ni??!!apa aku nak buat??!


===========================================================

(AUTHOR:YEAH~~~MORE UPDATE!BANYAK PULA IDEA DATANG TIME BANYAK KERJA SEKOLAH NI.TAPI,ESOK BARU SAYA UPDATE CHAPTER BARU,OK!TUNGGU~~~LOVE YA MY READERS AND SUBSCRIBER!!!ANNYONG!!)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkLuMin99
HOHOHO~THANKS TO MY SUBSCRIBERS~~~KEEP SUPPORT ME OK!

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 52: Kenapa kris tak sedo2 lagii ish
kimchinana #2
Chapter 49: Gila cliche cerita ni, tp tetap daebak hihihi
adahcyadah
#3
Chapter 49: Best! Nak request cite kai plak bleh?? Looking forward to it, fighting authornim!! *thumbs up*
harryniel
#4
Chapter 49: suka bila dpt tau yg baekhyun dpt jumpa jaehee balik^^
girly_girl25 #5
Chapter 49: wow *clap bravo bravo....authornim buat la pasal baek ngan jaehee plak... puppy eyes
goGETaLIFE_ #6
Chapter 49: Love it < 3 ingin pulak nak tauu sambungan kisah jaehee ngan baek tuu xD
HYeraH #7
Chapter 49: Wowwww happy ending
BarelyBroken
#8
Chapter 1: :O woahh h
BarelyBroken
#9
Keep it up.
SyiqaYeollie
#10
Chapter 47: Update soon