CRUEL

SARANGHAE,MY WIFE

"mana Kris hyung ? tadi bukan dengan Corrine ke ?" soal Chen . habis saja party tadi , mereka tidak nampak Kris dimana-mana . Corrine juga menghilangkan diri .

"dekat bilik agaknya . jomlah balik . dah pukul 3 pagi " Xiumin menguap panjang . member lain setuju dan masing-masing sudah mengantuk yang amat . sudah masanya berehat lepas menempuh hari yang sangat memenatkan .

sampai saja di depan bilik , mereka pelik kerana pintu terkunci . sedangkan kunci bilik ada pada Kris . kalau Kris belum balik , jadi dia dekat mana ?

pandangan dialihkan kekiri apabila ternampak sekujur tubuh yang terjatuh .

mereka semua membutang " Co-Corrine ??!!"

semua berlari menghampiri Corrine yang hanya membalutkan diri dengan selimut tebal . dia tersedu-sedu menangis . badannya menggigil .

"Corrine-ssi ? wae ?"

Corrine sambung menangis "K-Kris !" dia menunding ke dalam biliknya . semua masuk ke dalam bilik Corrine dan ternampak Kris di atas katil .

mereka semua sangat terkejut melihat keadaan Kris yang berada di bawah selimut . pakaiannya dan Corrine  berada di lantai . masing-masing tak percaya apa yang berlaku . semua ni sangat mustahil . kris buat semua ni ??

dalam masa yang sama ,Kris tersedar . dia mengelip-ngelipkan mata kerana cahaya lampu yang masuk terus ke matanya . dia terasa kepalanya pelik dan berat .

"Hy....hyung~~" lembut suara Tao . seakan terkedu .

Kris menoleh apabila terdengar suara . terus dia duduk . tapi apa yang lebih buat dia pelik , dia bukan dalam biliknya sendiri . baju dan seluarnya sudah terlucut dari  tubuhnya . dia ternampak Corrine di luar bilik yang sedang menangis .

Kris menggeleng . tanda dia tak buat apa-apa .

"kris........"

"A...Aku ....." kris tak dapat menyambung kata-katanya . dia sendiri terkedu . serius sentap .

Waktu itu juga Jooheon dan beberapa staff SM sampai disitu .

"Kris !"

"Hyung ~ hyung tak buat kan ?" soal Tao . member lain juga memberikan pandangan serba-salah untuk menuduh Kris .

kris menggeleng . dia meraup mukanya . stress . rambutnya ditarik kasar .

Corrine di bawa ke tempat lain oleh staff perempuan . sementara Kris melihat Corrine lama . aku percaya dia . aku percaya dia ! kenapa dia buat macam ni dekat aku ! kenapa semua masalah ni datang dekat aku ! i put my trust on you , Corrine ~ but you use dirty way to give me as a reply .

"kris ! ikut saya ! " Jooheon mengarah tegas . mukanya jelas tidak puas hati .

mereka berlima tak mampu nak buat apa-apa . diam dan berlalu pergi .

----------------------------------------------------------------------------------

pagi itu Hyora bangun awal . dia tiba-tiba ada semangat nak kesekolah memandangkan exam sudah habis . selepas mandi , dia pergi ke dapur untuk bersarapan .


"woi , Hyora . semangat pulak kau nak pergi sekolah ?" perli Jaehee .

Hyora membuat muka " semalam kau yang paksa aku sekolah . ni aku dah ada semangat nak sekolah , tak nak bagi support pulak . apa kau ni ?"

"yalah~ yalah~ itu pun nak bebel . Nah makan cepat . aku tunggu kau dekat luar " Jaehee menggalas begnya dan melangkah pergi .

Hyora duduk dan menghirup susu . Pancake disuapkan ke mulut .

TTIT TTIT TTIT

mesej masuk .

Hyora berkerut melihat nombor tak dikenali . apabila dibuka dan dibaca , lagi terkejut Hyora .

siapa yang hantar ni ? macam mana dia tau ? betul ke ni ?

"HYORRAA !!!! CEPATLAH !! " Jerit Jaehee diluar .

Hyora tersentak . dia meneguk air untuk kali terakhir sebelum ke sekolah .

----------------------------------------------------------------------------------

sampai saja di sekolah , berita tentang Kris sudah mula tersebar . Hyora pelik macam mana berita ni tersebar dengan sangat cepat . segala kata yang kurang menyenangkan ditelinga Hyora , keluar dari mulut semua pelajar .

" Diorang ni bukan dari SM Entertainment ke ? teruknya !"

"tak patut betul dia ni ! perangai entah apa-apa "

"baru jadi model dah berani cari publisiti . murahan betul !"

hyora diam mendengar komen-komen negatif . dia cuba memekakkan telinga . dia sebenarnya sedang cuba tahan perasaan marah , kecewa , sedih yang dia rasa saat ini . dia sakit hati . sakit hati sangat dengan berita yang tak dijangka langsung .

Hyora geram dengan Kris . lepas satu , satu lagi masalah timbul . semalam tentang insiden dekat pentas . sekarang , hubungan sulit . apa ni !

masuk saja dalam kelas , Hyora terus duduk ditempatnya . muka ketat ditunjukkan .

"Hyora ! kau datang hari ni ?" ujar Chanyeol semangat apabila melihat kemunculan Hyora . Chanyeol duduk dihadapannya .

"pergilah !"  ujarnya tegas . Hyora mengalihkan pandangan .

Chanyeol terkejut dengan layanan Hyora . Baekhyun mengangkat bahu tanda tidak tahu .

"kau kenapa ?"

"tak ada apa-apa"

"serius ?"

"ye~"

"kalau ada masal--"

"AKU KATA TAK ADA APA-APA , TAK ADA APA-APALAH !!" Hyora bangun seraya menghentak meja . satu kelas diam dan terkejut .

Hyora mengendurkan pandangan . dia tak sedar kenapa dia tiba-tiba naik angin . keluhan berat dilepaskan . muka Chanyeol berubah .

"mianhae...." Hyora meminta maaf . Chanyeol tak patut kena tempias amarahnya . Hyora meletakkan kepala di atas meja . badannya terhincut menunjukkan yang dia sedang menangis .

Chanyeol bangun perlahan-lahan kembali ke tempatnya . dia rasa dia tak patut ganggu emosi Hyora . walaupun dia tak tau apa masalah utama Hyora .

kelas bermula seperti biasa . harini aura lain daripada yang lain . senyap . sedih . sunyi . sampailah waktu rehat barulah semua kembali cergas .

awal-awal lagi Hyora sudah keluar . Chanyeol memerhatikan Hyora risau bercampur pelik . dia tak nak ganggu Hyora . Biar Hyora yang tegurnya dulu . itu lebih baik .

semua pelajar keluar kecuali Chanyeol , Baekhyun dan Jaehee .

"Jaehee , jom rehat " ajak Baekhyun seraya mengemas buku-buku .

Jaehee menggeleng " awak pergi jelah . saya nak cakap something dengan Chanyeol "

"ouh ok . saya pergi "

Baekhyun keluar .

"kau nak cakap apa ?" soal Chanyeol ingin tahu .

"benda ni penting . aku harap kau tak terkejut "

"apa ?"

"pasal Hyora "

semakin berkerut Chanyeol . buku yang dibacanya tadi ditutup dan mata difokuskan kepada Jaehee .

"sebenarnya....."

tanpa mereka sedar , Baekhyun memasang telinga diluar . pada mulanya memang dia nak ke kantin , tapi dia pelik bila Jaehee nak cakap dengan Chanyeol saja . kenapa bukan dengan dia sekali . Baekhyun terasa tapi perasaan itu ditolak ketepi dulu . apa yang mengejutkan dia adalah berita yang disampaikan Jaehee .

habis saja Jaehee bercerita , Baekhyun pergi dari situ . dia mencari Hyora .

Hyora dah kahwin ! Hyora dah kahwin !

ayat itu bergema ditelinganya . seakan suatu penipuan . tapi dia percaya 50/50 apabila dia terimbas suasana semasa dia ternampak Hyora dengan seorang lelaki di Shopping Mall tempoh hari . jadi , ini ke jawapan yang selama ni dia cari ?

Baekhyun berhenti berlari apabila dia terlanggar bahu seseorang " Hyora !" wajah Baekhyun kelihatan tidak cukup nafas . kelam kabut membetulkan penampilan .

Hyora merenung Baekhyun atas bawah " wae ? wae ? kau kenapa ?"

"Chan..Chanyeol ...... Jae...Jaehee ... dalam ......kelas......" tersekat-sekat ayat Baekhyun .

"kenapa ? cuba rilex sekejap "

"Chanyeol dah tahu.........kau..dah kahwin "

Kunyahan dihentikan . matanya membulat . chanyeol dah tahu ??!!
Hyora terus berlari ke kelas . Baekhyun yang baru saja bernafas dengan normal mengeluh kerana terpaksa berlari lagi .

dia berhenti berlari apabila Chanyeol keluar dari kelas . dua-dua bertentang mata . lama .

Hyora nampak anak mata Chanyeol tajam menebusi matanya . dia menggigil bertentang dengan mata Chanyeol . bibirnya digigit .

akhirnya Chanyeol melarikan pandangan dan berjalan kearah Hyora .

"Chan--" tak sempat Hyora bersuara , Chanyeol sengaja melanggar bahunya dan berjalan melepasinya .

Hyora sentap . matanya bepinar . dia rasa macam nak menangis bila Chanyeol dah mula untuk membencinya . hatinya pedih . perit . sakit . tolonglah ~ aku belum cukup kuat untuk lalui semua ni . tolonglah . aku dah penat ~

Baekhyun dari jauh memandang Hyora sayu . dia tak sangka Chanyeol semarah itu dengan Hyora . Baekhyun diam dan tak terniat pula nak memujuk Hyora . dia sendiri belum terima kenyataan .

---------------------------------------------------------------------------------

setiap kali Hyora cuba berbual dengan Chanyeol ,ada je alasan Chanyeol lari . setiap kali Hyora cuba memujuk , setiap kali juga Chanyeol pura-pura tidak nampak dirinya .

penat dia mencari masa untuk menjelaskan semua tapi sia-sia . Chanyeol memekakkan telinga sepanjang masa . Hyora mengalah . dia tersandar didinding seraya menangis .

----------------------------------------------------------------------------------

Kris dan member lain terpaksa balik ke korea lebih awal . mereka sudah tidak terlibat lagi dengan mana-mana konsert SM selepas insiden yang menjatuhkan maruah agensi terhormat itu . berita berkenaan dirinya dan Corrine tadi tersebar luas di semua blog-blog , SNS , Twitter . sudah menjadi topik hangat dikalangan media-media .

Kris daripada tadi diam .

Luhan menoleh "jangan risau . kitaorang percaya kau tak buat , kan ?" Luhan meminta pandangan member lain .

semua mengangguk laju . mereka tau Kris tak sehina tu nak buat perkara yang mencemarkan imej group .

" Itu korang . orang lain percaya aku buat benda ni" balas Kris .

Luhan terdiam . dia tak nak bersuara lagi .

----------------------------------------------------------------------------------


keesokkan harinya , Hyora menuju kesekolah seorang diri . memandangkan Chanyeol dah tahu tentangnya dengan kris , dah semestinya Chanyeol menyampah dengannya . lagi-lagi Chanyeol dapat tahu daripada orang lain . gila tak sakit hati . Jaehee pun entah bila keluar dari rumah pun dia tak perasan . hyora rasa sangat bersalah dan sedih bila Chanyeol mula jauhkan diri daripadanya . padan muka aku ! menipu lagi dengan kawan baik sendiri . memang patut pun !

jejak saja kakinya di kawasan sekolah , ada aura yang membuatkan Hyora rasa tak selesa . dia rasa macam semua mata memandangnya . semua mata tertumpu kepadanya .

"ouh~ dia nilah yang tak tahu malu !"

"eee...... berani dia datang sekolah ?'

"dasar drama queen !"

dia kesini orang mengutuk tentangnya . dia kesana orang mengutuk tentangnya . pendek cerita tak ada satu pun tempat yang orang tak mengutuknya . dia rasa macam dekat penjara . apa kesalahan yang dia buat sampai orang naik menyampah dengannya . takkan berita tu dah tersebar .

Hyora masuk ke kelas . automatik semua diam dengan kehadirannya yang tak diundang . Hyora tunduk . malu . saat dia duduk di kerusinya , matanya melihat kearah Chanyeol .

Chanyeol dah sampai dulu ! chanyeol duduk menutup mata seraya menyilangkan tangan didada . telinga disumbat dengan earphone . hyora mengeluh .

mata dilirikkan kearah Baekhyun dan Jaehee . apabila matanya bertentang dengan Jaehee , terus Jaehee tundukkan pandangannya dan memandang ke hadapan . Baekhyun menunjukkan senyuman nipis . nampak ikhlas . Baekhyun seperti menunjukkan reaksi ' gwenchanna~' 

Hyora lega . sekurang-kurangnya adalah juga insan yang faham keadaannya sekarang ni .

KRIIIINNNGGGG !

loceng berbunyi nyaring . kelas pertama akan mula beberapa minit lagi .

----------------------------------------------------------------------------------

AUTHOR: DOUBLE UPDATE !!! WOOHOO !!! MINGGU NI SAYA AKAN CUBA UPDATE SETIAP HARI SATU CHAPTER . SEBAB LEPASTU SAYA ADA FINAL EXAM . SO , TAK DAPAT NAK UPDATE . PLEASE KEEP SUPPORT MY STORY AND THANK YOU FOR THOSE WHO STILL WAITING FOR MY UPDATE . JUMPA ESOK ! ANNYONG!!!!!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkLuMin99
HOHOHO~THANKS TO MY SUBSCRIBERS~~~KEEP SUPPORT ME OK!

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 52: Kenapa kris tak sedo2 lagii ish
kimchinana #2
Chapter 49: Gila cliche cerita ni, tp tetap daebak hihihi
adahcyadah
#3
Chapter 49: Best! Nak request cite kai plak bleh?? Looking forward to it, fighting authornim!! *thumbs up*
harryniel
#4
Chapter 49: suka bila dpt tau yg baekhyun dpt jumpa jaehee balik^^
girly_girl25 #5
Chapter 49: wow *clap bravo bravo....authornim buat la pasal baek ngan jaehee plak... puppy eyes
goGETaLIFE_ #6
Chapter 49: Love it < 3 ingin pulak nak tauu sambungan kisah jaehee ngan baek tuu xD
HYeraH #7
Chapter 49: Wowwww happy ending
BarelyBroken
#8
Chapter 1: :O woahh h
BarelyBroken
#9
Keep it up.
SyiqaYeollie
#10
Chapter 47: Update soon