Part 2

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

   "Jadi, saya tak bermimpi kan, yang awak masih hidup sekarang…"

   "Tak." Aku menggeleng. Luhan ingin menjerit tetapi aku meletakkan jariku di bibirnya agar dia tidak menjerit. Mata Luhan terbeliak. "Shhhh…" Aku mengarahkan dia untuk senyap. Aku meleraikan tanganku.

   "Kau jangan nak bocorkan rahsia aku. Aku belum bersedia untuk memaklumkan pada mereka. Kalau tak, kau takkan selamat kat dunia ni." Aku bercakap dengan serius.

   "Hah? Bila masa pula aku nak bocorkan rahsia kau…Lagipun, pasal ini pun aku boleh simpankan rahsia." Kata Luhan dengan sombong. "Jadi, dari mana kau boleh datang ke sini? Kau pergi panjat pagar rumah aku eh?"

   "Eh, mana ada! Secara tiba-tiba, saya boleh muncul di bilik stor awak."

   "Hah? Bilik stor? Hahahahaha… kenapa boleh muncul kat bilik stor?" Luhan ketawa dengan kuat.

   "Cis, budak ni!" Aku mengambil segelas air lalu menyimbah ke arah Luhan. Luhan terus berhenti apabila mukanya basah kerana terkena air yang telah disimbah olehku. "Puas hati aku…" kataku.

   "Hei, kenapa kau simbah air kat aku? Kau tengok!" Kata Luhan sambil menudingkan jarinya kepadanya. "Habis basah yang kau dah buat ni!" Sambungnya. Disebabkan aku malas mendengar ceramahnya, aku pun makan bubur itu sehingga habis.

   "Hei, kau dengar tak?" Tanya Luhan. Aku tetap berpura-pura tidak mendengar. Luhan menendang meja itu dengan tangannya.

   Akhirnya, aku mengalah. Aku memandang ke arah Luhan. "Kalau dah basah tu, pergilah keringkan baju kau tu daripada kau nak memekak depan aku." Aku meletakkan sudu di dalam mangkuk. Luhan terus menarik bajunya ke atas. Aku terkejut lalu mengalih ke arah lain.

   Luhan mencampak baju itu ke tempat lain. Dia menyambung semula makan buburnya. Dia melihat aku. "Kenapa? Kau malu tengok badan aku ke?"

   "Hei, kau ni kan…tak reti nak letak baju kau kat mesin basuh ke? Hah?!"

   "Biarkanlah kat situlah! Aku malas nak letak baju kat mesin basuh sebab aku malas nak bangun." Kata Luhan sambil makan. "Yang kau pula, kenapa? Tak nak tengok muka aku ke?"

   "Eee… tak malu ke yang kau tayang badan kau kat aku?"

    Luhan melihat badannya sendiri. "Tak. Buat apa nak malu?" Kata Luhan dengan selamba.

   "Hei, pergilah salin baju kau!" Jerit aku. Luhan tidak mengikut arahanku. Dia tetap berdegil. "Haizz kau ni…macam mana kau nak jadi suami ni? Dahlah pemalas."

   "Hei, siapa pemalas? Aku tak malas, ok? Sepatutnya, kau yang patut tolong lelaki sebab kau perempuan. Lelaki bekerja, perempuan jadi suri rumah."

   Aku mengalih ke arahnya. "Jadi? Kau nak suruh aku ambilkan kau punya baju." Aku segera mengalih ke arah lain apabila aku tertengok dia punya badan tu…

   "Kalau aku cakap ya, kau nak buat apa pula?"

   Aku bangun dari kerusi. "Kalau begitu, lebih baik aku ambilkan baju kau dari awal-awal daripada aku nak mendengar ceramah kau tu… mengarut betul!" Aku terus mengutip bajunya yang dicampak tu, lalu memasukkan ke dalam mesin basuh. Aku terus naik ke atas untul mengambil bajunya.

   Luhan tersenyum melihatku ketika aku naik ke atas. "Rajin betul si perempuan ni…"

   Apabila aku tiba di atas, aku tersalah masuk bilik. Aku termasuk ke dalam bilik kerja Luhan. 'Eh, aku tersalah masuk biliklah!' Getus hatiku. Rupa-rupanya, Luhan membuat kerjanya sebelum dia pengsan. Mungkin dia fikir yang bukan-bukan sehingga dia pengsan… Aku melihat buku kerja sekolahnya.

   Setelah aku sudah habis dibaca, aku menuju semula ke bilik tidurnya. Aku membuka pintu almari. Aku tidak memilih baju untuk Luhan. Sebaik sahaja aku nampak baju t-shirt, aku terus ambil. Aku menutup semula pintu almari itu. Aku duduk di atas katil. "Selesanya, katil ni…"

   Aku merebahkan badanku di atas katil. Kepalaku terbaring di atas katil. Aku merasa ada sesuatu di bawah bantalnya. Aku mengangkat bantal dan aku ternampak sekeping gambar Luhan bersama seorang gadis. Aku mengangkat sekeping gambar itu untuk melihat lebih dekat.

   'Siapa gadis tu?' Fikirku. 'Jangan-jangan, gadis itu bernama Jimin ketika Luhan tengah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet