Part 7

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

   "Seo Rin, bangunlah! Sudah siang ni." Aku terbangun. Seorang lelaki yang tidak aku kenali melihatku sambil mengukirkan senyuman. "Siapa awak?"

   "Saya Kai. Kekasih awak dulu. Awak tidak ingat ke?" Kai duduk di atas sebelahku.

   "Kai?" Keningku angkat dengan segera.

   "Ya. Saya Kai. Nampaknya ingatan awak belum sembuh lagi." Kai merapatkan wajahku dengannya. "Saya rindu awak! Semuanya salah saya. Saya menyesal. Kalau saya tak cemburu dengan awak, pasti saya sekarang berada disisi awak."

   "Apa yang telah terjadi pada awak?"

   "Saya cemburu tengok awak bersama lelaki lain. Saya tengok awak dengannya sangat rapat. Sejak itu, saya telah cemburu dengan awak. Masa tu, saya tak dapat mengawal emosi saya. Saya marah awak, luahkan perasaan marah saya pada awak. Awak pun berlari pergi sambil menangis."

   Sambil Kai menceritakan tentang aku dengannya, secara tiba-tiba ingatan peristiwa itu telah muncul di kepalaku. "Lagi, lagi! Sambung balik cerita tadi…" rayuku.

   "Malam itu, aku pergi ke kelab malam dengan seorang diri. Aku asyik minum air arak tanpa berhenti. Pastu, time aku dalam perjalanan ke rumahku, aku accident di jalan raya sebab aku tengah mabuk. Sebelum aku menghembus nafas terakhir, aku sempat cakap dengan akau.".katanya. Peristiwa itu muncul lagi di kepalaku.

 

   ~ Flashback

 

   Telefon pintarku berbunyi tanda ada orang call. Ketika itu, aku sedang menyiapkan kerja sekolahku. Aku menjawab panggilan itu. "Ya, Krystal. Ada apa kau telefon aku?"

   "Seo Rin, ada berita buruk tentang Kai. Dia kemalangan di jalan raya." cemas Krystal.

   "Apa?" Aku bingkas bangun kerana terkejut.."Kai kemalangan?!" Sambungku lagi.

   "Ya." Kata Krystal.

   "Okey, okey.! Aku akan ke hospital sekarang!" Aku terus memutuskan talian. Aku mencapai kunci kereta lalu keluar dari rumah. Selepas 30 minit kemudian, aku tiba di hospital. Aku masuk ke dalam dengan keadaan tergesa-gesa. Aku terus bertanya kepada Krystal apabila aku ternampak dia berseorangan diri yang sedang duduk di atas bangku. "Krystal, mana Kai? Macam mana dengan keadaan dia sekarang?"

   Krystal bangun dan diam seketika.. "Doktor kata, mungkin, sudah tibanya masa dia untuk pergi…"

   Aku tidak berkata apa-apa padanya. Aku hanya mampu menitis airmataku. Krystal menepuk bahuku. "Masuk ke dalam. Cepat sampaikan kata-kata terakhir padanya." Krystal mengarahkanku untuk masuk ke dalam. Dia kasihan padaku. Dahlah aku bergaduh dengannya.

   Aku menolak pintu daun dengan perlahan. Sehun pantas melihatku. Dia segera keluar agar membiarkan aku dan Kai bersama untuk kali terakhir. Dia sempat berbisik padaku sebelum keluar. "Dia sudah sedar. Cepat sampaikan kata-kata padanya sebelum terlepas…"

   Kai melihatku dengan tenang. Aku duduk disebelahnya. Aku menyentuh jari jemarinya dengan lembut. Airmataku masih mengalir. "Maafkan aku, Kai! Maafkan aku!" Aku menangis teresak-esak. "Punca aku, kau jadi macam ni."

   Kai mengesatkan airmataku. "Kau tak salah. Aku yang bersalah sebab aku cepat cemburu tengok kau dengan lelaki lain walaupun korang hanya berkawan."

   Aku bangun lalu memeluk. "Kai, jangan pergi tinggalkan aku! Aku tak boleh hidup tanpa kau…" Aku meleraikan pelukan itu lalu duduk semula.

   "Nak buat macam mana? Hidup kita cuma sementara je." Katanya dengan perlahan. Aku tunduk ke bawah. Kai membelai rambutku dengan lembut. "Sudahlah, jangan menangis. Mesti ada lelaki lain yang dapat membahagiakan nanti bila aku tak ada. Kau, jangan risau."

   "Saranghae, Kai!" Aku mencium dahi Kai dengan penuh kasih sayang. Aku menyandarkan kepalaku di bahu Kai.

   "Aku akan menemani kau, malam ni." Kataku. Kai pun menutup matanya dengan perlahan.

   Sementara itu, Luhan baru sahaja sampai. Krystal dan Sehun pantas melihat ke arahnya. Krystal bangun dan datang ke arah Luhan. "Hei, kenapa kau baru sampai? Kau tahu tak, yang kau paling lambat datang ke sini?" Krystal menggunakan nada yang tinggi.

   "Krystal, sini hospital. Janganlah kau gunakan nada yang tinggi." Bentak Sehun. Krystal mencebik.

   "Krystal, Krystal! Aku baru je sampai, dah kena marah. Faham-faham jelah yang bawa kereta, pastu terperangkap kat jalan raya lagi." Luhan duduk di atas kerusi.

   "Macam mana keadaan Kai?" Soal Luhan kepada Krystal.

   Krystal duduk di sebelah Luhan. "Aku tak nak beritahu." Mereka bertiga terus terkejut sebaik sahaja aku menyebut nama Kai dengan suara yang tinggi. Krystal bangun.

   Sehun memandang ke arah Krystal. "Nampaknya, Kai dah "pergi"…"

   Krystal terus memeluk Sehun. "Oppa…" Sehun membalas pelukan Krystal. Luhan pula, menjadi diam. Dia berasa sedikit kecewa dengannya kerana dia baru sahaja sampai dan tidak sempat dengan Kai.

 

~ Flashback END

 

   Kai merenung ke arahku. "Bagaimana? Kejadian tu dah muncul di kepala awak?" Aku memandang ke arahnya. Aku mengangguk kepalaku tanda sebagai ya. Kai memegang tanganku. "Selepas beberapa hari kematian aku, ada orang membunuh kau, kan?"

   "Aku tak dapat ingat kejadian tu." Kataku dengan perlahan.

  "Sekarang, kau tutup kedua-dua mata kau. Lepas tu, kau ingat semula yang kau dibelasah oleh pembunuh kau." Aku menuruti arahannya. Oleh sebab aku nak pulihkan balik ingatanku, aku mengikut sahaja kata-katanya.

 

   ~ Flashback

 

   Aku sedang meneguk air. Ia telah membasahi tekak aku. Aku lega. Setelah aku berjalan-jalan dengan seorang diri, aku berehat dan duduk di atas bangku. Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Aku mengeluarkan telefonku dari poket. Panggilan dari Jimin. Aku menjawab telefon itu. "Hello?"

   "Seo Rin, boleh aku berjumpa dengan kau sekejap? Di tempat kedai makan yang Luhan bekerja tu, kita berjumpa tau." Jimin memutuskan talian itu.

   Aku mengerutkan dahi dengan berasa hairan. "Belum sempat, aku cakap dah putus." Aku bangun dan kemudian, aku menuju ke kedai yang dikatakannya. Beberapa minit kemudian, aku telah tiba di hadapan kedai itu. Mujurlah, aku tidak berjalan jauh. Dapatlah aku tiba dengan cepat.

   "Mana Si Jimin ni? Kata nak jumpa aku?" Perasaan aku sedikit marah. Biasanya, orang yang ajak kita jumpa, dialah yang patut sampai dulu. Aku menghembus nafas kecil. Oleh kerana aku hilang sabar, aku menghantar mesej padanya.

 

   Kepada : Jimin

   Aku dah sampai! Kau kat mana ni?

   Daripada : Seo Rin

 

   Beberapa minit kemudian, Jimin pun membalas mesejku. Cepat-cepat aku membaca mesejnya.

 

   Kepada : Seo Rin

   Aku termasuk ke dalam lorong gelap. Tolong aku dok! Lorong dekat dengan kedai makan tu. Aku takut dok sebab gelap! Please, datang!

   Daripada Jimin.

 

   Aku tertawa. "Itu pun takut! Lain kali, jangan nak sesuka hati nak masuk lorong gelap. K

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet