Part 4

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

   Luhan tersedar dari tidur. Dia bangun sambil menggosokkan matanya. Dia terus terkejut apabila Krystal sedang melihatnya. "Kau buat apa kat sini?"

   "Si Seo Rin tu yang panggil saya ke sini. Dia telefon saya dengan menggunakan telefon awak." Kata Krystal dengan selamba. Luhan terus meraba-raba di poket seluarnya. Malah, tiada..

   Krystal menggeleng berulang kali. "Telefon awak disebelah awak je." Luhan terus mengalih di sebelahnya dan terus mencapai telefonnya.

   Luhan lega. "Nasib baik, dia tak curi."

   "Tak mungkinlah yang dia nak curi telefon kau. Dia mesti tahu yang awak akan marah padanya kalau dia mencuri."

   "Habis tu, dia cakap apa kat kau?" Tanya Luhan.

   "Kau rasa, macam mana dia ambil telefon kau?" Krystal mengangkat keningnya.

 

   Aku terbangun pada pukul 7 pagi. Aku baru teringat bahawa aku akan hilang pada waktu siang. Aduh! Bagaimana aku boleh lupa? Aku menghela nafas. Macam mana aku nak beritahu kat Luhan ni? Dahlah dia tak boleh dengar suara aku sekarang.

   Aku mengalih ke arah Luhan yang sedang tidur nyenyak. Aku turun dari katil dengan perlahan-lahan. Aku menghampiri Luhan lalu cuba mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Aku lega setelah aku berjaya mendapatkan telefonnya.

   "Aku perlu telefon siapa, eh?" Fikirku.

   "Adakah aku perlu menelefon Krystal? Semalam, Krystal ada telefon Luhan." Aku teringat semalam, ketika Luhan menerima panggilan dari Krystal. Aku cuba menelefonnya.

   Krystal bergolek di atas katil sambil mencari telefon pintarnya setelah telefonnya berbunyi. "Kenapalah pagi-pagi dah telefon aku?" Krystal menjawab panggilan Luhan. "Hello? Ada apa, Luhan?" Jawabnya dengan lemah.

   "Maaf, saya bukan Luhan. Saya Seo Rin."

   Krystal terus bangun. "Seo Rin? Ada apa kau menelefon aku? Kau ada masalah? Atau… Luhan mana?"

   "Saya tak sengaja mengambil telefon dia tanpa kebenaran sebab dia tengah tidur sekarang. Saya cuma nak minta tolong pada awak."

   Krystal terus bersemangat. "Apa masalah awak sekarang? Saya bersedia untuk membantu awak!"

   "Begini, waktu siang saya tak dapat muncul. Jadi, awak datang ke hospital dan beritahu pada Luhan yang saya akan menjaga diri saya sendiri. Saya tahu yang badan saya sangat lemah sekarang tapi saya boleh mengucapkan dia berterima kasih sebab hantar saya ke hospital."

   "Itu sahaja? Boleh, saya akan bantu awak! Oh ya! Saya akan berjumpa awak malam ini tau. Awak, jangan nak ke mana-mana. Saya dah janji dengan Luhan." Kata Krystal dengan nada yang manja.

   'Rupa-rupanya, Luhan beritahu rahsia aku pada dia.' Aku memandang ke arah Luhan. "Baiklah!"

   "Ada lagi! Saya akan datang ke rumah Luhan malam ni. Saya akan bawa awak semua tempat yang awak pernah datang. Lagipun, saya nak tolong awak untuk pulihkan ingatan awak."

   "Terima kasih! Saya kena pergi dahulu, Krystal!" Aku memutuskan talian itu lalu meletakkan telefon di atas meja.

   "Seo Rin? Yah, Seo Rin?! Ahhh! Kenapa kau putuskan talian? Aku belum habis lagi bercakap!" Mengomel Krystal dengan seorang diri.

   Aku menghampiri wajah Luhan. "Luhan, aku pergi dahulu. Aku akan menjaga diri aku baik-baik. Awak, jangan risau tau!" Kataku sebelum aku meninggalkan Luhan di bilik.

 

   Luhan hanya diam dan melihat wajah Krystal. "Ah, biarlah! Dia kena hilang waktu siang. Nak buat macam mana?" Krystal memuncungkan bibirnya dan mengalih ke arah lain. "Hah, nanti kau teman aku pergi beli telefon untuk dia."

   Krystal pantas memandangnya. "Kau nak belikan telefon untuk dia?" Krystal terkejut. Luhan mengangguk. "Wah, baiknya kau! Kau sanggup belikan telefon untuk dia. Aku rasa, kau dah jatuh cinta pada dia, kan?"

   "Memang pun!"

   "Wah, aku kena beritahu kat sekolah ni!"

   "Yah, kalau kau beritahu kat sekolah nanti, bocorlah rahsia Seo Rin. Dahlah dia suruh kita berdua berahsia. Kalau terbongkar semua rahsia dia, mesti pembunuh dia cabut lari. Susahlah cari nanti." Kata Luhan.

   "Yalah, yalah! Bila kau nak luahkan perasaan pada dia? Aku tak sabar tengok korang berdua bahagia…"

   "Entahlah!" Luhan mengangkat kedua-dua bahunya.

   "Aish, kau ni!" Krystal menolak kepala Luhan dengan jari tangannya. Luhan pantas memandang ke arahnya. "Kau yang pelajar lelaki popular pun tak tahu bila nak luahkan! Kalah dengan Sehun." Krystal terus beredar.

   "Yah, tunggulah aku! Aku suruh kau temankan aku! Woi!" Luhan mengejar Krystal.

   Setelah Luhan membeli telefon untuk Seo Rin, Krystal mengarahkan Luhan duduk di hadapan kedai pakaian. Dia ingin membeli pakaian yang sesuai untuk malam ini. Dia ingin mengajak Seo Rin ke restoran kegemarannya agar Seo Rin dapat mempulihkan ingatan. Luhan duduk sambil menunggu Krystal. Luhan melihat kotak telefon lalu tersenyum.

   "Aku dah savekan nombor telefon aku dalam telefon ni. Kalau rindu, bolehlah kau call aku." Usik Luhan.

   "Yah, kau cakap dengan siapa?" Soal Krystal. Tangannya memegang sebuah beg plastik shopping.

   Luhan segera menyimpan kotak telefon ke dalam plastik semula. "Cakap dengan seorang diri. Kau dah habis beli belum?"

   Krystal mengangguk. "Dah! Mari kita balik!"

   Luhan bangun untuk berdiri. Matanya pula tertengok-tengok di dalam beg plastik shopping yang dipegang oleh Krystal. Krystal segera menyembunyikan barang itu ke belakangnya. "Jangan cuba nak tengok!"

   "Itu pun tak boleh tengok. Kedekut!"

   "Aku bukannya kedekut. Malam nanti, kau boleh tengok Seo Rin pakai baju ini. Mesti kau terkejut. Percaya cakap aku. Kalau aku kasi kau tengok, mesti tak ada perasaan terkejut!l. Tak bestlah macam ni!"

   "Macam mana kau nak kasi dia? Dia dah hilang dah." Luhan dan Krystal mula melangkah untuk pergi.

   "Aku akan datang ke rumah kau dengan awal. Kau tak perlu terburu-buru nak bersiap untuk keluar. Aku boleh tunggu kalau mood aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet