Part 6

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

    Tinggal 1 minit sebelum pukul 7 malam, aku berada di rumah Mr Black. Aku sedang baring di atas katil sambil mendengar lagu dengan menggunakan telefonku. Beberapa saat kemudian, Mr Black datang ke arahku lalu menepuk kakiku. Aku terperasan dan menanggalkan speakerku. Aku bangun. "Ada apa?"

   "Masa untuk kau balik ke bumi semula." Beritahunya pada aku. Aku turun dari katil. Mr Black menahanku. "Hari ni aku sibuk sebab aku ada masalah kat tempat lain. Jadi, kau kena berhati-hati. Dengar cakap Luhan, jangan melawan." Mr Black meleraikan tangannya.

  "Kenapa?" Muka aku sedikit monyok.

  "Bukan aku tak nak beritahu sebab, masa kau untuk muncul kat bumi ni. Pasti Luhan tercari-cari kau."

   "Yalah-yalah!" Aku pun beredar tanpa menoleh ke arahnya. Kemudian, aku telah muncul di ruang tamu rumah Luhan. Aku melihat keadaan ruang tamu ini. "Nampaknya, Luhan belum sampai." Aku gelisah. Aku duduk di atas sofa.

   Ting Tong! Bunyi loceng berbunyi. Aku segera keluar untuk melihat tetamu. Apabila aku membuka pintu, tiada sesiapa yang berada di sana. Aku berasa hairan. Aku melangkah ke hadapan untuk melihat lebih dekat. Namun, aku diserang oleh seorang perempuan dari belakang. Mulutku ditekup dengan sapu tangan yang disapu sejenis cecair. Sebaik saja terhidu cecair itu, aku mulai tak sedarkan diri.

   Perempuan itu tersenyum jahat. "Sebentar lagi, kau akan mati!" Bisiknya di telinga Seo Rin. Dia memapah Seo Rin lalu masuk ke dalam kereta. Perempuan itu adalah Jimin. Dia lah yang membunuh Seo Rin. Ketika dia mahu mula memandu kereta, dia terhenti kerana Krystal menghalangnya di hadapan. Jimin terbeliak.

   Krystal berasa marah dengan Jimin. Berani-berani kau nak bunuh dia ya! "Kau keluar sekarang! Keluar!" Arah Krystal. Jimin tidak boleh berbuat apa-apa. Dia keluar dari kereta dan berdiri di hadapannya. Krystal cuba untuk menamparnya tetapi Jimin menahan tangannya.

   "Jangan nak cuba menampar aku." Jimin meleraikan tangannya dan dia mengambil kesempatan untuk menampar pipi Krystal. Satu tamparan dibuat oleh Jimin hinggap di pipi Krystal. Krystal terkejut. Dia mencekik leher Jimin dengn sekuat-kuat hati. Jimin semakin lemas. Dia memijak kaki Krystal dengan kasar.

   "Aucccccchhhhh!" Krystal meleraikan tangannya. Dia menyentuh kakinya yang sakit itu.

   Jimin hampir lemas. Dia mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala Krystal sehingga menyebabkan kepala cedera dan pengsan. Dia mencampak kayu itu di tepi. "Puas hatiku!"   Dia berjalan ke pintu keretanya. Dia terfikir. 'Kalau aku tinggalkan dia seorang diri, pasti dia memberitahu kat semua orang yang aku membunuh Seo Rin.' Getus hatinya. Dia mengheret Krystal dengan segera kerana dia bimbang Luhan akan tiba tak lama lagi. Dia memasukkan Krystal ke dalam kereta dan dia masuk ke dalam kereta dengan keadaan tergesa-gesa sebelum dia memulakan perjalanannya.

   Beberapa minit kemudian, Luhan tiba dengan menaiki basikal. Dia turun ke bawah setelah dia ternampak pintu pagarnya tidak ditutup. Dia berasa pelik. Dia mengangkat kayu yang berada di hadapannya untuk melihat. Dia ternampak kesan-kesan darah di kayu itu. Dia menyentuh dadanya. "Tak sedap hati." Oleh kerana berasa bimbang akan keselamatan Seo Rin, dia mencampak kayu itu di tepi lalu masuk ke dalam. Dia mencari Seo Rin di dalam rumah. Tidak dapat ditemui. Dia berasa resah. Dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan cuba menghubungi Seo Rin.

   Sementara itu, Jimin terperasan, telefon Seo Rin berbunyi. Dia memberhentikan kereta di tepi. Dia memusingkan ke arah belakang lalu mengeluarkan telefon Seo Rin dan Krystal. "Jangan harap kau tahu keadaan dia." Tengking Jimin. Dia meletakkan telefon itu di dalam beg tangannya. Dia menyambung semula perjalananannya.

   'Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila dail sekali lagi.'

   Luhan menggeleng berulang kali. "Kau kat mana, Seo Rin?" Luhan mengosok rambutnya. Dia menghubungi kawannya pula, iaitu Sehun.

   "Hello?"

   "Hello, Sehun! Tolong aku, Sehun. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni!" Luhan meminta pertolongan daripada Sehun. Dia selalu berkongsi masalahnya kepada Sehun. Ada saja masalah datang, dia pasti memaklumkan kepada Sehun jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah itu.

   "Kenapa? Apa yang aku patut tolong kau? Beritahu aku!" Suara Sehun mulai risau sebaik sahaja Luhan meminta tolong padanya.

   "Seo Rin… Seo Rin dah hilang! Aku dah cari semua bilik rumah aku. Tak jumpa! Aku dah bimbang dengan keselamatan dia. Aku takut, dia kena ugut oleh pembunuh dia."

   "Okey, okey! Kau bawa bertenang dulu-"

   "Aku tak boleh bertenang sekarang ni, Sehun!" Luhan hampir menitiskan airmatanya.

   "Ya ya! Sabar dulu. Dengar cakap aku dulu." Kata Sehun. Luhan menghela nafasnya.

   "Kau ada menelefon Krystal, tak?"

   "Tak."

   "Kau telefon dia dulu kalau tak dapat juga, kau mesej aku dan kita berjumpa. Kita cari sama-sama." Sehun cuba menggunakan nada yang tenang agar Luhan tidak stress.

   "Okey!" Luhan terus memutuskan taliannya. Luhan segera menelefon Krystal dengan sebanyak tiga kali. Masih tidak berjaya. Dia menghantar mesej kepada Luhan.

 

   Kepada : Sehun

   Tak dapat dijawab. Kita jumpa kat tempat taman yang kita selalu lepak.

   Daripada : Luhan.

 

   Luhan segera keluar dari rumah. Dia menaiki kereta pula supaya lebih cepat dan mudah untuk mencari Seo Rin. Sebelum memulakan perjalanannya, kepalanya tertanya - tanya tentang Krystal. 'Kenapa Krystal tak jawab? Biasanya kalau aku telefon dia dengan kali dua, dia akan jawab. Pelik! Atau jangan-jangan, dia juga diugut oleh pembunuh Seo Rin.' Luhan pun mulakan perjalanannya.

 

---

 

    Jimin sedang membalut luka di kepala Krystal. Tak pernah orang jahat sepertinya, menolong Krystal. Dia sekarang berada di bilik. Seo Rin pula, telah diikat di tangan dan kakinya. Mulutnya pula ditutup dengan menggunakan kain. Setelah dia siap membalut, dia bangun lalu beredar. Dia juga tidak lupa untuk mengunci pintu agar mereka tidak dapat lari. Jimin menyimpan semula barang pertolongan cema

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet