Part 5

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

   Aku sedang berjalan menuju ke restoran tadi. Beberapa minit kemudian, Luhan muncul di mata aku. Aku dan dia berhenti melangkah dan saling memandang antara satu sama lain. Luhan mula bercakap denganku. "Kau pergi ke mana tadi? Nasib baik, tak hilang. Kalau tak, memang satu hari tak dapat cari."

   "Maaf sebab menyusahkan awak." Aku tunduk.

   Luhan datang ke arahku untuk mendapatkanku. "Kenapa? Kau ada masalah?"

   Aku menggeleng. "Tak. Cuma saya dah penat." Aku mendongak ke atas. "Kau mesej kat Krystal yang aku nak kita berdua ambil angin kat sini."

   "Kita berdua?" Luhan sedikit terkejut. Aku mengangguk tanda ya. "Baiklah! Tunggu sekejap." Luhan memusingkan badannya ke belakang. Dia menelefon Krystal.

   "Ya? Kau dah jumpa dia?" Soal Krystal.

   "Dah. Aku nak beritahu ni. Kau habiskanlah masa kau dengan Sehun. Seo Rin nak aku dengannya pergi berjalan-jalan kat sini."

   "Apa? Peluang besar ni, Luhan! Kau luahkan perasaan kau kat dia. Lagipun, kawasan tempat ni romantik." Kata Krystal dengan bangga.

   "Aku akan berusaha. Jumpa lagi!" Luhan terus memutuskan taliannya.

   "Baiklah!" Krystal meletakkan telefonnya di atas meja dan menyambung semula makan.

   "Kenapa kau gembira sangat ni? Berita baikkah?" Soal Sehun.

   "Tak. Seo Rin kata dia nak dengan Luhan jalan-jalan kat kawasan ni. Ini peluang besar bagi Luhan untuk meluahkan perasaan dia dekat Seo Rin. Aku tak sabar tengok dorang jadi pasangan kekasih." Krystal mula berangan.

   "Ehem! Aku pula macam mana?" Sehun membuat wajah sedih. Krystal menjelir lidah kepada Sehun. Mereka berdua pun tertawa.

   "Jom!" Kata Luhan padaku.

   Aku mengangguk. Kami berdua mula berjalan. Ketika kami berjalan bersama, aku diam sahaja kerana aku ingin menunggu Luhan bercakap. Malah, dia pula menjadi diam. Beberapa saat kemudian, aku sendiri yang mula bercakap. "Luhan, kau tak kesah dengan aku?"

   "Kesah apa?"

   "Kesah pasal hidup aku begini. Siang aku hilang, malam aku muncul. Kau terpaksa pulang awal sebab aku."

   "Tak. Sejujurnya, aku tak pernah cakap buruk tentang kau. Aku dah anggap kau sebagai kawan aku sendiri walaupun kau tak kenal aku sebelum kau meninggal." Ujar Luhan.

   Aku mengangguk. "Terima kasih sebab awak sudi tumpangkan saya di rumah. Awak kasi makan, awak dah jaga saya. Dah sahlah saya jatuh cinta pada awak…" kataku. Luhan memandang ke arah dengan wajahnya terkejut. Aku memandang ke arahnya dan membangkitkan senyumanku. "Tak adalah! Aku bergurau je." Aku berjalan dengan cepat. Padahal, aku dah cakap jujur pada dia. Cuma aku belum sedia nak beritahu. Aku menghembus nafas kecil.

   "Bergurau? Cakap macam serius." Luhan segera berjalan ke arahku.

   Setelah Luhan menghampiri denganku, aku menyambung semula berbual. "Luhan, betulkah aku ni hebat dalam acara larian?" Soalku.

   "Betul! Awak sangat hebat semasa hari sukan." Luhan mengosok rambutku. "Sebab tu, pasukan rumah sukan awak menang. Lagi-lagi awak memegang jawatan naib pengerusi rumah sukan." Luhan meleraikan tangannya dan mengalih ke hadapan. "Wah, satu markah lagi nak kalahkan pasukan awak."

   Aku tertawa. "Iya? Wah, kalau saya kembali balik ke sekolah mesti juara lagi." Usik aku.

   "Ceh, aku takkan bagi kau sekolah balik."

   "Kenapa pulak? Apa salahnya aku kembali ke sekolah? Lagipun, aku nak jumpa semua kawan-kawan aku. Takkan sampai seumur hidup aku menjadi begini kalau aku dapat hidup kat bumi. Aku kan pelajar pandai daripada kau."

   "Macam mana kau tahu yang kau pandai?" Soal Luhan.

   "Eh, mestilah aku pandai. Aku pandai dalam bidang sukan. Memang patutlah aku pandai dalam pelajaran aku."

   "Pandailah kau!" Luhan menolak kepalaku dengan satu jarinya. Dia segera berjalan dengan laju.

   Aku menyentuh kepalaku yang ditolaknya. "Tak payahlah nak tolak kepala aku, Lulu!"

   Luhan berhenti melangkah dan memusing ke arah belakang untuk memandang ke arahku. "Kau panggil aku apa tadi?"

   "Lulu."

   "Eeeee… aku tak sukalah nama tu. Macam budak kecil." Mengadunya.

   "Yah, nama tu kan bagus untuk kau! Apa salahnya?! Lagipun…" aku datang dan berdiri di hadapannya. "Wajah kau dahlah macam baby face. Memang patut pun diberi nama Lulu."

   "Tapi aku tak suka."

   "Habis tu, kau nak aku panggil kau apa?" Tanyaku.

   "Panggil aku…"

   "Berok!" Kata-kata Luhan dipotong olehku.

   "Apa?"

   "Berok!" Kataku dengan manja. Aku segera berlari apabila Luhan cuba menangkap dan mengejarku.

   Krystal dan Sehun sedang berjalan-jalan di kawasan kedai itu, ternampak Seo Rin dan Luhan. "Oppa, tengok dorang! So sweet!" Kata Krystal sambil menuding jarinya ke arah mereka.

   "Nampaknya, mereka akan menjadi pasangan kekasih suatu hari nanti" kata Sehun.

   Aku terus duduk di atas bangku setelah penat berlari. Nafasku naik turun, naik turun. "Penatnya! Saya mengalah berok!"

   Luhan mencebik apabila dia menghampiriku. "Jangan panggil beroklah! Tak suka!"

   "Habis tu, apa? Berok tak nak! Lulu pun tak nak!"

   'Oppa?' Getus hati Luhan. 'Eh, mana boleh! Dia belum jadi kekasih aku lagi…' Luhan fikir seketika. "Aish, panggil lah aku Lulu." Luhan mengeluh dan duduk di sebelahku.

   Aku tersenyum bangga. Dengan tidak berasa ragu, kepalaku terus menyandar di bahu Luhan. "Fuh, penatnya!"

   Luhan memandang ke arahku. Dia tidak kesah dengan keadaan aku. "Seo Rin, jom makan hot dog!" Ajak Luhan. Luhan berasa lapar pula apabila dia melihat seorang budak perempuan sedang makan hot dog.

   "Nak tapi kau belanja." Kataku lalu mengukirkan senyumanku.

   "Hm, yalah! Angkat kepala kau, aku pergi beli." Kata Luhan. Aku segera mengangkat kepalaku dan membiarkan Luhan pergi membeli hot dog.

(This is Korean style hot dog.)

 

    "Nah!" Luhan menghulurkan hot dog kepadaku.

   Aku terus mencapai dan makan. "Gomawo!" Kataku dan aku menyambung semula makan. Luhan kembali semula duduk di sebelahku. "Kenapa beli satu sahaja?"

   Luhan memandang ke arahku. "Tak tahu." Dia segera mengeluarkan tisu dan membersihkan pipiku. "Ish, comotnya awak makan."

   Aku berasa malu lalu tunduk. Luhan membuang t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet