Part 3

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

   Akhirnya, aku telah tiba di sekolahku. Wah, begini rupa sekolahku tapi susah betul aku kena pulihkan ingatan aku. Kata hatiku. Aku melihat bangunan sekolah itu. Luhan pula telah meninggalkanku apabila dia bergegas masuk ke dalam. Aku masuk ke dalam bangunan sekolah itu.

   Aku berjalan di luar koridor sambil melihat sekeliling. Aish… satu pun aku tak ingat. Macam mana aku nak cari pembunuh aku? Getus hatiku. Sebaik sahaja aku tiba di kelas Luhan, aku terus berhenti. Aku melihat Luhan belum kelihatan di kelasnya. "Ke mana pula pergi Si Kacak ni?"

   Aku menyandar belakang badanku di dinding. Aku menghela nafas. Aku melihat seorang pelajar perempuan berlalu di hadapanku. Mataku tertumpu ke arahnya. Aku sempat melihat rantai emas pada tangannnya. Aku berasa tidak sedap hati. Aku segera mengejarnya.

   Aku berjaya mengekorinya. Dia menolak pintu kelasnya. Dia terus memeluk kawannya. "Lama tak jumpa, Jimin! Aku rindu kau!"

Jimin? Adakah dia bekas kekasih Luhan? Aku segera masuk ke dalam kelas untuk memastikannya dengan betul. Betul! Memang dia dalam gambar itu semalam. Aku teringat tentang kejadian semalam ketika aku berada di dalam bilik Luhan. Kenapa aku baru perasan?

   "Kau dah jadi model kat sana?" Soal rakannya.

   "Ya. Aku dah berjaya! Akhirnya, impian aku pun tercapai." Kata Jimin.

   Aku keluar dari kelas itu. Aku mengerutkan dahiku. "Kenapa aku rasa lain macam dengannya?" Tiba-tiba, kepala aku pening. Aku menyentuh dahiku.

   'Kau tak layaklah hidup kat bumi ni.'

   "Suara tu macam Jimin je?"

   Mr Black pula muncul di hadapanku. "Kenapa? Kepala kau pening?" Soalnya. Aku hanya mengangguk.

   "Mari kita pergi! Kau kena berehat." Mr Black membantu aku memapah dan membawa aku pulang.

   Sementara itu, Luhan membawa Krystal ke bilik seni. Krystal memandang ke arahnya. "Luhan, kenapa kau bawa aku ke sini?"

   "Ini bilik seni yang Seo Rin selalu datang kan?" Soalnya. Krystal mengangguk. Luhan meminta bantuan daripada Krystal. "Boleh tak, kau kasi barang-barang seni milik Seo Rin."

   "Kenapa?"

   "Sebab…sebab…" Luhan menggaru kepalanya sambil memikirkan jawapannya.

   Krystal memuncungkan bibirnya. Dia menanti jawapan daripada Luhan. "Jangan-jangan, Seo Rin muncul di mata kau?"

   "Ya…"

   Krystal nak menjerit tapi Luhan berjaya menutup mulut Krystal dengan tangannnya. Dia segera meleraikan tangannya. "Aku tak peduli. Kau percaya atau tidak, aku berniat nak membantu Seo Rin. Seo Rin tak dapat pulihkan ingatannya. Dia pun tak dapat datang ke sini. Dia boleh muncul pada waktu malam saja. Aku rasa, kalau pembunuh dia kena tangkap, dia boleh hidup biasa di bumi ini."

   "Siapa kamu berdua? Kenapa kamu masuk ke dalam bilik seni dengan sesuka hati?"

   Krystal dan Luhan terus mengalih ke arah suara setelah dia mendengar seseorang sedang bercakap dengannya.

   Rupa-rupanya, Cikgu Kim iaitu guru kelas daripada kelas Seo Rin. "Oh, Luhan rupanya! Kamu buat apa di situ?"

   Luhan dan Krystal tunduk. "Maaf cikgu! Saya tak sengaja masuk ke dalam bilik ini." Mereka mendongak semula.

   Luhan berkata kepada cikgu. "Saya cuma nak tahu tentang Seo Rin yang telah meninggal dunia daripada pelajar sekolah ini. Hm… boleh tak saya nak menyimpan barang-barang seninya sebab…"

   "Boleh! Tiada masalah. Cikgu tak ambil peduli pun pasal barang-barangnya sebab Seo Rin seorang anak yatim piatu. Lagipun, tiada sesiapa ingin menyimpan barangnya." ujar Cikgu Kim dengan sopan.

   "Terima kasih, Cikgu!" Luhan tunduk hormat.

   "Kamu tunggu sebentar ya! Saya pergi ambil barang dia sekejap… kamu duduk dulu sementara menunggu saya memgambil barangnya." Kata Cikgu Kim sebelum dia mencari barang-barang itu.

   Luhan dan Krystal mengikut arahan Cikgu Kim. "Luhan, kau nak tolong dia untuk mencari pembunuh Seo Rin?"

   "Ya. Kau kena berjanji dengan aku. Kau tak boleh beritahu kat semua orang yang Seo Rin tu…"

   Krystal terus memotong kata-katanya. "Ya ya! Aku janji! Aku nak jumpa dia malam ni boleh?" rayu Krystal dengan manja.

   "Datanglah kalau kau nak. Kau berlakon depan dia yang tak tahu pasal keadaan dia sekarang." Kata Luhan. Krystal mengangguk faham.

   Cikgu Kim meletakkan barang-barang milik Seo Rin di hadapan Luhan. "Ini buku lukisan. Ini maklumat diri sendiri." kata Cikgu Kim.

   Luhan membuka buku maklumat milik Seo Rin untuk membaca. Cikgu Kim bertanya dengannya. "Kamu kenal Seo Rin, ke?"

   Luhan mendongak. "Oh…saya jiran dia." Luhan cuba berbohong. Krystal hanya melihat surat maklumat Seo Rin.

   "Oh…" Cikgu Kim mengangguk

   "Eh, Seo Rin pernah buat masalah tak, cikgu?" Tanya Krystal.

   "Hmm… rasanya tak ada tapi dia pernah kena buli oleh seorang pelajar. Tunggu sekejap ya." Cikgu Kim mengeluarkan sebuah buku disiplin lalu mencari nama Seo Ri

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet