Part 1

Girl Appear At Night
Please Subscribe to read the full chapter

   Aku dapat merasa, seseorang sedang memanggil namaku. Mataku terbuka dengan perlahan-lahan. Aku ternampak seorang lelaki sedang berdiri di hadapanku. Dia memakai kemeja-T berwarna hitam. Rambutnya berwarna perang. Matanya fokus melihatku. Aku melihat sekelilingku. Aku di mana sekarang? Tempat ini sangat gelap. Semua berwarna hitam. Tempat apa ini? Jarang aku lihat. Aku tersedar yang aku masih terbaring. Aku bangun untuk berdiri sambil membetulkan keadaan aku. Aku melihat lelaki itu masih melihat aku. Aku berasa takut sekarang. Dia nak ugut aku? Dari tadi, dia asyik memandangku.

   "Kau sudah sedar, belum?" Soal lelaki itu. Dia berjalan menghampiri aku. Aku berasa takut lalu melangkah ke belakang tanpa memusingkan badanku."Kenapa? Kau takut kalau aku buat sesuatu pada kau?"

   Aku masih diam. Dia nak apa sebenarnya. Aku berhenti melangkah. "Kau....kau nak apa sebenarnya? Cakap sahajalah yang kau nak sesuatu padaku?" Badanku mula menggigil kerana ketakutan.

   "Aku dah hidupkan kau semula. Jadi, ini adalah peluang terakhir untuk kau. Kau kena berhati-hati lepas ni."

   "Kenapa pula?" Tanyaku. "Ada orang nak bunuh aku ke? Aku ada buat salah pada dia? Beritahu aku, apa masalah dia dengan aku." Aku berasa sedikit marah kepadanya.

   "Kau ni, aku tak sempat nak habiskan kata-kata aku, kau dah nak melawan." Lelaki itu meletakkan kedua-dua tapak tangannya di bahuku sambil menghampiri wajahku. "Aku nak kau balas dendam semula kepada orang yang telah bunuh kau."

   "Bunuh aku? Siapa orang tu? Aku dah tak ingat apa-apa masa lalu aku." Aku cuba mengingatkan semula, tetapi tidak berjaya.

   "Tak apa! Aku akan mengawasi kau selama ini...dan kau kena cari sendiri siapa orang pembunuh kau."

   "Hah? Cari sendiri?" Aku mengeluh. "Macam mana aku nak cari? Dahlah aku tak ingat masa lalu aku, kau nak suruh aku balas dendam pada dia. Memang tak arh!" Aku memandang ke arah lain. Macam mana aku nak cari? Bumi ni bukan seorang sahaja yang hidup tetapi satu bilion!

   Lelaki itu tersenyum nakal. "Kau ingat senang ke, aku nak hidupkan kau semula kat bumi ni?" kata lelaki. Aku memandang ke arah lelaki itu. Keningku terangkat sedikit.

"Bukan senang tau! Aku hidupkan kau semula dan suruh kau balas dendam semula, siapa yang telah membunuh kau. Jadi, kau kena patuh arahan aku." Lelaki itu mengalih ke arah lain.

   "Kalau tak, kau kena lenyap semula dan kau akan tinggal di tempat sendiri."

   Apa? Aku akan lenyap semula?! Tak nak! Aku tak nak! "Baiklah, aku akan patuh arahan kau." Akhirnya, aku terpaksa akur. Aku akan mengikut kata-kata demi aku untuk dapat hidup semula di bumi ini. Lelaki tersenyum gembira. "Macam mana aku dapat jumpa pembunuh aku?"

   Lelaki itu memandang ke arahku. "Aku akan tinggalkan kau di rumah orang yang kenal pembunuh kau."

   Aku membuka mulutnya kerana terkejut. "Betul? Kalau begitu, mesti kerja aku akan cepat selesai." Aku berasa gembira.

   "Tak payah nak gembira sangat. Dia tak tahu pasal kau."

   "Apa? Dia tak kenal aku?" Aku menarik muka masam. "Kalau macam ni,... Lebih baik aku berputus asa sahaja." Aku mengalih ke arah lain.

   "JANGAN!" Lelaki itu menggunakan nada yang tinggi. Aku terkejut apabila dia menggunakan nadanya yang tinggi. Hampir sakit telingaku yang telah dibuatnya. Lelaki itu berdiri di hadapanku. "Kau tak boleh berputus asa macam tu. Belum lagi kau cuba, kau dah cepat berputus asa." Kata lelaki itu.

   Aku tunduk dengan berasa salah. "Kau pasti boleh! Aku yakin, gadis seperti kau ni pasti dapat jumpa. Pasti kamu akan berjaya." Sambungnya.

   Aku mendongak ke atas. Aku melihat lelaki itu dengan begitu lama. Kami berdua saling memandang antara satu sama lain. Mungkin betul katanya, aku belum lagi mencuba, aku dah berputus asa. "Baiklah, selagi saya ada di bumi, saya takkan berputus asa. Berusaha!" Aku mula yakinkan dirinya sendiri.

   Lelaki itu bangga. Dia menarikku ke dakapannya. Mata aku membuka besar kerana terkejut. Kenapa dia tiba-tiba memeluk aku? Aku tak kenal dia pun! Aku segera meleraikan pelukan itu. "Maaf! Saya belum tanya awak, siapa awak sebenarnya? Nama awak apa?"

   "Saya?" Lelaki itu menunjukkan jari kepada kepada diri sendirinya. "Saya Mr Black! Kerja saya adalah hidupkan orang yang sudah meninggal akibat derita dan sebagainya. Aku akan hidupkan sesiapa sahaja yang telah dibunuh oleh penjahat untuk membalas dendam kepada penjahat itu." Dia meletakkan tangannya di sisinya.

   "Oh, Mr Black rupanya! Memang sesuailah nama ini dengan awak yang sekacak ini." Aku cuba bergurau untuk memeriahkan suasana disini. Kami berdua pun tertawa bersama.

   "Aku tak sangka, gadis cantik dan ceria macam kau telah dibunuh dengan kejam." Kata Mr Black. Wajahku mula sedih. "Kau, jangan risau. Lama-kelamaan, ingatan kau pasti pulih." Sambungnya.

   "Ingatan aku boleh dipulihkan semula, ke?" Mata aku mula bersinar.

   Mr Black tersenyum. "Ya." Mr Black menyentuh rambutku dengan lembut.

   Aku tersenyum gembira. "Eh, boleh saya tahu nama penghuni rumah tu siapa?"

   "Luhan! Dia seorang lelaki yang sangat baik dan tampan. Pasti kau akan jatuh cinta dengannya nanti." Mr Black cuba bergurau denganku. "Dia sangat popular di sekolahnya."

   "Dia masih seorang pelajar sekolah?" Aku sedikit terkejut.

   "Ya. Kenapa?" Tanya Mr Black. "Oh, kau nak minta couple dari dia eh?"

   "Eh, mana ada! Saya cuma tanya sahaja. Ibu bapa dia, dekat mana sekarang?"

   "Di syurga." Kata Mr Black. Aku terus menjadi diam. Aku faham maksud Mr Black itu.

   "Ibunya meninggal dunia akibat demam denggi. Ayahnya pula meninggal kerana sakit tua." Kata Mr Black. Aku mengangguk kepala sebagai tanda faham. "Seo Rin, kau sudah bersedia sekarang?"

   "Hah? Maksud Mr Black apa?" Aku tidak faham.

   "Bersedia untuk tinggal di bumi ini." Mr Black cuba menerangkan rancangannya kepadaku.

   "Ooh!" Aku mula faham. Aku menarik nafasnya lalu menghembus. "Saya sudah bersedia!"

   Tiba-tiba Mr Black meninggalkan aku seorang diri di situ. Semakin lama semakin jauh dia berjalan. Aku berasa hairan dengannya. Kenapa dia tak menghantarku ke rumah Luhan. Aku cuba memanggil Mr Black tetapi Mr B

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet