Bab 2 : Be Mine [ Until Our Last Breath ]

Be Mine [ Until Our Last Breath ]
Please Subscribe to read the full chapter

Keesokan harinya

     Taehyung mengajakku berjumpa di Taman Daisy. Aku mencari kelibat Taehyung di taman itu namun, batang hidungnya tidak kulihat.

          ‘Mungkin aku tiba awal.’

     Aku berfikir sendiri sambil memandang jam di tangan kiriku. Jam bakal menunjukkan pukul 6.30 petang  Aku melabuhkan punggungku di bangku berhampiran. Aku memeriksa pakaianku kerana mahu segalanya sempurna pada hari pertama kami date. Selepas puas hati, aku tersenyum sendiri. Kemudian, aku memandang  tasik buatan sambil mengelamun .

     Sebenarnya, aku dah lama suka akan Taehyung tetapi  dia tak pernah perasan atau mungkin dia ada perasan. Entah aku pun tidak tahu. Kitaorang sudah dua tahun berkawan.  Aku ingat lagi waktu aku mula kenal Taehyung. Aku dalam perjalanan ke Gunung Seorak untuk mengambil angin dan bercadang untuk bermalam di sana. Sewaktu berada di dalam kereta api kami bertembung dan aku melempar senyuman kepadanya begitu juga dengan Taehyung. Semasa kami bertembung, tiket aku jatuh ke lantai. Taehyung mengambil tiketku dan terlihat nombor tempat dudukku.

          “Owh! Cik duduk sebelah saya rupanya. Cik jalan sampai hujung nanti nampak tempat duduk Cik dekat sebelah kanan,”
          “Terima kasih Encik. Kenapa Encik tak duduk?”
          “Tak ada. Saya nak pergi kafe kat depan sana.”

     Aku mengangguk tanda mengerti. Jejaka tadi terus berlalu pergi manakala aku mencari tempat dudukku seperti yang ditunjukkan  oleh jejaka itu. Setelah mendapatkan tempat dudukku aku mengeluarkan buku novel yang aku bawa. Selepas beberapa minit, jejaka tadi tiba dengan dua cawan air Americano. Aku hanya menjeling sedikit ke arah jejaka itu.

           “Nah”
           “Eh, untuk saya?”

     Jejaka tadi hanya mengangguk lantas aku mengambil air itu lalu berterima kasih kepadanya.

          “Terima kasih, Encik.”
          “Sama-sama. Saya Kim Taehyung. Awak?,” jejaka itu menghulurkan tangannya kepada aku lantas aku menyambutnya.

          “Saya Yoon Hyunji. Encik boleh panggil saya Hyunji”
          “Tak usahlah berencik-encik dengan saya. Panggil sahaja Taehyung”
          “Baiklah Taehyung….”

     Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal kerana inilah kali pertama aku memanggil seseorang yang baru kukenali sedemikian. Aku merasakan sesuatu yang aneh berlaku. Jantung mula berdegup dengan kencang dan aku melihat suatu cahaya yang memancarkan wajah jejaka yang baru kukenali.

          ‘Kenapa dengan jantung aku ini?’ Aku meletakkan tanganku di atas dada.

     Aku tidak menghiraukan perasaan yang aku rasakan pada waktu itu. Aku dan Taehyung berbual-bual riang dalam perjalanan ke Gunung Seorak. Kebetulan Taehyung juga hendak ke sana. Kami saling bertukar nombor telefon setelah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 8: Update soon
chae_lin21 #2
Chapter 8: Chapter 8: Ommo! Sweetnya Taehyung & Hyunji~~ ><