Bab 3 : Be Mine [ Until Our Last Breath ]

Be Mine [ Until Our Last Breath ]
Please Subscribe to read the full chapter

     Aku dan appa tidak bercakap sepanjang perjalanan pulang. Tanpa kusedari air jernih mula membasahi pipi mulusku. Aku memandang ke luar cermin kereta. Hujan yang turun membasahi bumi petang ini mengesakkan lagi tangisanku. Tiba-tiba bapaku memberhentikan kereta di tepi jalan. Jalan raya pada waktu itu amat sunyi dan amat sesuai dengan saat itu. Aku masih dengan tangisanku dan tidak ada sedikit pun mahu memandang muka appaku. Appaku memulakan bicara. Matanya tidak sedikit pun memandang wajahku pada waktu itu. Aku tahu bahawa appa melarangku daripada mempunyai teman lelaki kerana baginya aku akan terluka suatu hari nanti kerana ditinggalkan oleh teman lelaki. Aku tidak menghiraukan kata-kata appa itu kerana bagiku aku mempunyai hak untuk mendapatkan kebahagianku sendiri.

          “Hyunji, appa bukan nak kacau kebahagiaan Hyunji. Appa cuma tak nak anak kesayangan appa kecewa satu hari nanti. Appa harap Hyunji faham. Hyunji seoranglah harta appa yang omma tinggalkan dan appa dah janji dengan omma yang appa akan jaga harta appa ni dengan baik”
          “Appa nak Hyunji faham appa tetapi appa sendiri yang tak nak faham Hyunji”
          “Hyunji….”
          “Kalau omma ada mesti dia sokong Hyunji! Yelah, kalau apa-apa omma selalu dengar masalah Hyunji! Nak harapkan appa, takde maknanya. Kerja…kerja…kerja! Itu sahajakan yang ada dalam otak appa!”
          “Yoon Hyunji !,” satu tamparan hinggap di pipi aku.

     Aku memegang pipiku yang berasa amat pedih selepas ditampar oleh appa kandungku sendiri. Aku dengan pantas turun dari kereta lalu memberhentikan sebuah teksi. Bapaku masih kaku setelah menampar anaknya sendiri. Selepas beberapa ketika, Encik Yoon kini kembali ke alam realiti setelah sebuah teksi yang dinaiki Hyunji memecut laju meninggalkan tempat itu. Dia berasa sangat menyesal dengan tindakan yang baru sahaja dilakukannya sebentar tadi. Dia mengetuk steering keretanya berkali-kali tanda kesal terhadap tindakannya dan kemudian dia bersandar di kusyen keretanya.

          “Kenapa dengan aku ni? Aku tak patut tampar Hyunji tadi. Apa kena dengan aku ni. Tak apalah aku tahu Hyunji akan balik. Aku akan cuba bincang baik-baik dengan dia,” kata Encik Yoon sendiri.

      Dia kemudiannya mengeluh dan terus memandu pulang.

       Jimin sedang berjalan-jalan di kedai berhampiran Taman Daisy setelah selesai makan malam di restoran berhampiran. Dia ternampak gerangan seorang pemuda sedang duduk termenung di tepi jalan raya. Jimin mendekati pemuda itu dan ada riak terkejut pada wajahnya kerana orang yang dihampirinya itu merupakan rakan karibnya.

          “Taehyung?”

      Jimin pantas menegur Taehyung. Taehyung yang baru mengetahui kehadiran Jimin pantas memeluk rakan karibnya itu tidak ubah seperti gelagat sepasangan kekasih. Orang ramai yang b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 8: Update soon
chae_lin21 #2
Chapter 8: Chapter 8: Ommo! Sweetnya Taehyung & Hyunji~~ ><