Bab 4 : Be Mine [ Until Our Last Breath ]

Be Mine [ Until Our Last Breath ]
Please Subscribe to read the full chapter

          “Hyunie? Okey ke?”, kata seorang pemuda yang kelihatan samar-samar di mataku.
          ‘Hyunie?,’  bisikku. Aku masih keliru.
          “Aduh!,” kataku sambil memegang pipiku.
          ‘Takkan tumbukan appa semalam masih belum hilang sakitnya kut?’
          ‘Oh,’  Aku mula ingat kisah semalam.
          ‘Siapa yang selamatkan aku semalam?,’ tanyaku sendiri.
          ‘Katil? Ni bukan katil aku ni,’ Aku meraba-raba katil yang sedang aku baring.

          “Hyunie, dah habis mengelamun? Kesian dia. Sakit lagi ke? Kalau Hyungie tak ada semalam, entah apa dah jadi pada Hyunie sekarang,” kata Taehyung sambil tersenyum.  

     Taehyung duduk di atas kerusi menghadap aku tidak ubah seperti drama ‘Boys Over Flower’. Baru aku tahu bahawa lelaki semalam itu ialah Hyungie. Aku berasa sangat bersyukur kerana aku sudah selamat. Tangan Taehyung mula mencapai satu tuala kecil yang agak basah lalu diletakkannya pada wajahku. Mata kami bertentangan pada waktu itu dan jantungku berdegup laju. Aku pantas mengalihkan pandangan .

          “Nah, buka mulut tu. Makan ni”                                                
          “Sedapnya! Ni mesti beli kat kedai depan tu kan?”
          “Banyaklah kedai depan tu. Tak nampak ke peluh kat dahi ni?”
          “Tak nampak pun,” kataku manja.

     Tangan Taehyung sudah mencubit pipiku.

          “Hyungie ! Sakitlah pipi Hyunie,” aku memuncungkan bibir menandakan aku merajuk.
          “Mianhae Hyunie. Lupa pulak pipi Hyunie lebam ,” kata Taehyung sambil megusap pipiku.

     Hyungie menyuapku semula. Setelah selesai menyuapku makan, Hyungie bangun.            

          “Aah!”

     Taehyung mengaduh kesakitan. Aku  yang terdengar aduhan itu mula risau.

          “Kenapa Hyungie?”
          “Tak ada apa-apa. Pinggang ni terseliuh. Maklumlah semalamkan hyungie jadi hero. Haha,” sempat Taehyung berlawak.

          ‘Pinggang? Bukan dia pegang kepala ke? Aku pasti ada sesuatu yang berlaku. Walau apa pun aku mesti cari tahu.’
          “Hyunie pergilah bersiap nanti Hyungie hantar balik”
          “Hyunie tak nak balik. Appa mesti marah Hyunie lagi”
          “Tak apa nanti Hyungie cuba cakap dengan appa Hyunie. Hyunie jangan risau. Ke Hyunie nak Hyungie siapkan? Haha. Hyungie okey je.”
          “Tak payah nak mengada-ngada”

     Aku pantas menolak Taehyung keluar dari biliknya. Taehyung pusing ke belakang dan terus mencium pipiku. Aku tergamam seketika manakala Taehyung pantas berlari dari situ. Aku menutup pintu rapat dan tersenyum sendiri. Setelah bersiap, aku duduk di katil Taehyung lalu kuusap-usap katil itu. Aku membersihkan bilik tidurnya yang agak berselerak.

          “Rupanya beginilah rumah orang bujang. Macam mana kalau aku tinggal dekat sini selepas aku dengan Hyungie kahwin nanti?,” aku tersengih setelah berbicara sendiri.
          “Hyunie, dah siap ke? Hyungie tunggu kat luar ni”

     Aku terus menggapai beg tangan yang terletak di sebelah katil. Taehyung terus memandu laju menuju ke rumah aku. Aku berdebar-debar kerana takut hendak berdepan dengan appa. ‘Apa yang perlu aku cakap kalau appa tanya pasal lebam ni dan macam mana aku nak terangkan yang aku sekarang ni ada dengan Taehyung. Habislah aku.’ Taehyung yang dari tadi memerhatiku terus memegang tanganku erat untuk memberikan semangat kepadaku.  

     Aksi Taehyung itu terus membuatku kembali ke alam realiti. Kemudian, kami tiba di hadapan rumahku dan Taehyung mula keluar manakala aku hanya tercegat di dalam kereta miliknya. Teahyung kemudiannya membukakan pintu kereta aku. Dia menarik lembut tanganku supaya keluar dari kereta.

     Pintu pagar mula terbuka setelah loceng rumah ditekan. Appa terus menarik tanganku masuk ke dalam rumah meninggalkan Taehyung sendiri di luar rumah. Belum sempat Taehyung mengucapkan selamat, appa sudah menutup pagar rumah. Taehyung terus beredar dari sit

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 8: Update soon
chae_lin21 #2
Chapter 8: Chapter 8: Ommo! Sweetnya Taehyung & Hyunji~~ ><