Bab 7 : Be Mine [ Until Our Last Breath ]

Be Mine [ Until Our Last Breath ]
Please Subscribe to read the full chapter

Big Man Entertainment merupakan syarikat model terbesar di Korea Selatan. Model-model yang biasa dilihat di muka hadapan majalah-majalah semuanya daripada Big Man Entertainment. Bang Soohyuk yang merupakan CEO, Big Man Entertainment merupakan pewaris kepada Bang Shihyuk dan Lee Sooman. Mereka berdua merupakan pengasas atau rakan kongsi yang telah melonjakkan nama Big Man Entertainment.

     Ketika Bang Soohyuk sedang sibuk melakukan kerja beliau seperti biasa, kedengaran bunyi ketukan pintu. Sejurus Bang Soohyuk mengatakan ‘masuk’, tombol pintu bilik pejabatnya dibuka dan kelihatan tapak kaki seorang jejaka menghampiri.

          “Owhh Minseok-ah, macam mana dengan kawan awak yang saya berkenan itu?,” kata CEO, Bang Soohyuk sambil memandang tepat wajah Minseok.

     CEO, Bang Soohyuk merupakan seorang yang tegas semasa melakukan kerjanya tetapi seorang yang ramah semasa di luar kerjanya. Semua pekerja dan model di bawah jagaannya amat menyenangi sikap ketuanya itu dan mereka semua menganggap satu sama lain seperti keluarganya sendiri. Kini, sudah hampir 10 tahun Bang Soohyuk menjadi CEO di Big Man Entertainment dan umurnya sudah semakin lanjut. Namun, dia belum bersedia mahu meninggalkan Big Man Entertainment yang merupakan rumah kedua baginya.

          “Kawan saya bersetuju untuk bekerja di sini, tuan. Hari Isnin nanti saya akan bawa dia berjumpa dengan tuan”
          “Baiklah. Kamu tiada kerja ke Minseok pada waktu ini?”
          “Ada. Saya menjadi model bersama Baekhyun untuk majalah L.O.V.E. Pada petang ini, kami ada penggambaran. Kalau tuan tidak keberatan, saya mahu tuan tengok pengambaran kami berdua nanti”
          “Baiklah. Saya akan hadir untuk menyaksikan pengambaran kamu berdua nanti. Saya harap kamu tidak mensia-siakan kehadiran saya,” kata Bang Soohyuk sambil ketawa kecil di hujung percakapannya.
          “Jangan risau, tuan. Saya….Kami tidak akan menghampakan tuan”
          “Saya rasa itu sahaja. Kalau kamu tidak ada apa-apa hal lagi, saya izinkan kamu keluar”

     Minseok menunduk 90 darjah sebelum meninggalkan bilik itu. Minseok berjalan menuju ke satu bilik untuk mencari Baekhyun. Dia berjalan dari satu bilik ke bilik lain dan akhirnya melihat Baekhyun di bilik hujung sekali. Dia melangkah masuk ke bilik itu.

          “Baekhyun annyeong,” Minseok mengucapkan selamat kepada Minseok sambil menepuk kuat bahu Baekhyun.

     Byun Baekhyun. Nama yang tidak asing lagi di Big Man Entertainment ataupun di Korea Selatan. Seorang model yang paling terkenal dengan wajahnya yang tampan dan kehebatannya bergaya sewaktu pengambaran. Baekhyun sudah menjadi model sejak dia bersekolah menengah lagi. Biarpun Baekhyun sudah lama terlibat dalam industri ini, namun dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana Baekhyun amat mementingkan kerjayanya. Mungkin itu bukan alas an utama Baekhyun tida teman wanita. Sebelum ini, Baekhyun pernah berpacaran dengan seorang pelakon yang agak terkenal namun, hubungan mereka tidak kekal la

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 8: Update soon
chae_lin21 #2
Chapter 8: Chapter 8: Ommo! Sweetnya Taehyung & Hyunji~~ ><