Bab 8 : Be Mine [ Until Our Last Breath ]

Be Mine [ Until Our Last Breath ]
Please Subscribe to read the full chapter

     Matahari sudah mula menghilangkan diri menandakan hari sudah malam. Pada hari ini, Hyunji akan menginap di rumah Taehyung dan Hyunji amat menantikan hari ini kerana ini adalah kali pertama dia menginap di rumah kekasih hatinyanya.

     Setelah bertukar ke pakaian tidur, Taehyung dan Hyunji duduk di atas satu sofa di bilik tidur Taehyung sebelum mereka bercadang untuk melelapkan mata. Taehyung mula meletakkan kepalanya di atas riba Hyunji lalu memandang tepat pada mata Hyunji. Hyunji telah memulakan perbualan mereka.

          “Hyungie, sebenarnya Hyunie nak cerita berita gembira pada Hyungie,” kata Hyunji dengan wajah yang riang.
          “Apa dia? Hyungie tak sabar nak dengar”
          “Hyunie…”
          “Iye”
          “Dah…”

     Hyunji sengaja melewatkan kata-katanya kerana ingin memberikan kejutan kepada Taehyung. Hal ini membuatkan Taehyung tidak sabar ingin mengetahuinya.

          “Cepatlah Hyunie. Hyungie peluk nanti baru tahu,” kata Taehyung tidak sabar.
          “Dapat…kerja!,” kata Hyunji sepatah demi sepatah dan disudahi dengan jeritan.
          “Chukae nae sarang. Meh sini Hyungie nak cium sikit,” Taehyung memberikan kucupan pada bibir Hyunji.
          “Kalau Hyungie nak tahu, Hyunie dapat jadi model dekat Big Man Entertainment. Kawan baik Hyunie, Minseok yang tolong,” Hyunji mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan foto Minseok kepada Taehyung.
         “Ini bukan ke model yang dekat iklan syampu rambut tu?,” tanya Taehyung.
          “Betullah tu. Dia kawan baik Hyunie dari tadika dulu”
          “Hyunie tak pernah terpikat dengan dia ke waktu sekolah dulu”, tanya Taehyung sambil menarik muncung.
          “Kenapa Hyungie cakap macam tu?,” tanya Hyunji selamba sengaja mahu menduga Taehyung.
          “Iyelah. Minseok kan hensem, bergaya, model pulak tu. Hyungie ni kerja pejabat aje. Hensem tu jauh sekali,” muncung Taehyung semakin memanjang.
          “Adalah juga waktu sekolah menengah dulu,” Hyunji berkata nakal.

     Taehyung mula bangun daripada pangkuan Hyunji. Taehyung bersandar pada kerusi bersebelahan dengan Hyunji lalu mengalihkan pandangannya. Hyunji mula meletakkan kepalanya pada bahu Taehyung dan seterusnya memegang erat tangan milik Taehyung.

          “Hyungie cemburu ye? Tak adalah. Minseok mungkin hensem, bergaya dan sebagainya tetapi Hyunie tak pernah ada hati dengan Minseok sebab Hyunie anggap dia tak lebih dari seorang kawan. Hati Hyunie hanya milik Hyungie seorang dan bukan orang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 8: Update soon
chae_lin21 #2
Chapter 8: Chapter 8: Ommo! Sweetnya Taehyung & Hyunji~~ ><