Bab 1 : Be Mine [ Until Our Last Breath ]

Be Mine [ Until Our Last Breath ]
Please Subscribe to read the full chapter

Haruman neowa naega hamkae halsu itdamyeom,
Haruman neowa naega sonjabeulsu itdamyeon,
Haruman neowa naega hamkae halsu itdamyeom,
Haruman…..
Neowa naega hamkae halsu itdamyeon.

     Orang ramai bertepuk tangan setelah mendengar nyanyian oleh penyanyi jalanan itu. Aku berasa sangat seronok kerana lagu yang baru dinyanyikan itu merupakan lagu kegemaranku. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Baru kesedari bahawa Taehyung tidak lagi berada di sisiku. Setahu aku Taehyung ada bersamaku tadi. Aku mula risau.

          ‘Tak kan hilang pulak mamat ni. Badan bukan main besar. Ada ke orang nak culik.’ Aku berbisik sendiri sambil mataku melilau-lilau mencari gerangan Taehyung. Tatkala aku memusingkan badanku ke belakang tiba-tiba…

          “Would you be mine, Yoon Hyunji-sshi?,”kata Taehyung sambil melutut di khalayak ramai.

    Tangan Taehyung penuh dengan patung minion yang amat aku gilai. Dia menghulurkan patung tersebut tidak ubah seperti hendak melamarku. Hati perempuan mana yang tidak cair apabila seorang lelaki berbuat demikian. Kalau orang yang mempunyai hati sekeras aku ini pun boleh cair, apatah lagi orang lain. Aku masih berada di awang-awangan di antara percaya atau tidak.

     Orang ramai mula memerhatikan persembahan percuma daripada kami dan itu membuat aku malu. Mahu tak merah pipi aku. Tak payah pakai pemerah pipi. Mataku sudah mula berair kerana tersentuh dengan perbuatan teman rapatku yang kini bakal kugelar teman lelaki. Tidak pernah kubayangkan bahawa perkara ini akan berlaku.

          ‘Adakah aku bermimpi?,’ bisik hati kecilku.

     Aku cuba kembali ke alam realiti. Selepas beberapa ketika, aku mula bersuara atau lebih jelas lagi aku memberikan jawapan. Setelah menarik nafas yang panjang, perkataan mula keluar dari bibirku.

          “Sejak bila kau jiwang sangat ni,poyo? Mestilah aku terima,”

      Aku tersenyum malu semasa memberikan jawapan lalu mencapai patung minion di tangan Taehyung. Orang ramai yang dari tadi menjadi pemerhati bertepuk tangan sambil bersorak untuk kami. Aku memeluk erat patung yang diberikan kepadaku. Taehyung terus memelukku sambil membisikkan sesuatu di telingaku.

         “Baiklah, sekarang kau dah rasmi jadi teman wanita aku and aku rasa kita tak payahlah nak beraku kau. Janji?,”

     Taehyung berkata sambil menunjukkan janji kelingkir. Aku menyambutnya dan memangilnya ‘Hyungie’ dan dia pula memanggilku ‘Hyunie’. Hubungan kami pun bermula.

     Sebagai permulaan, Taehyung membawa Hyunji ke satu restoran. Namun, Taehyung ingin memberikan kejutan kepada Hyunji. Oleh itu, dia menutup mata Hyunji menggunakan penutup mata yang comel dan memberikan kucupan kecil pada pipi Hyunji.

          “Baiklah. Taehyung nak bawa Hyunji ke satu tempat,”

     Sewaktu berjalan, Hyunji memegang erat tangan Taehyung kerana matanya telah tertutup. Hyunji tidak dapat mengawal badannya dan menyeba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 8: Update soon
chae_lin21 #2
Chapter 8: Chapter 8: Ommo! Sweetnya Taehyung & Hyunji~~ ><