Part 7

CRASH

Tiga tahun kemudian….


Chanyeol melabuhkan dirinya di atas katil setelah pulang dari tempat kerjanya. Chanyeol akhirnya terpaksa menolak untuk bekerja di luar negara kerana mahu bersama keluarganya. Omma dan kakaknya hanya menerima keputusan Chanyeol dengan hati terbuka.

Hari-hari yang dilaluinya sama sahaja, bosan. Lepas pulang dari kerja, terus baring atas katil, makan, tengok tv dan tidur. Tak de apa-apa yang menarik pun.

Chanyeol termenung panjang sambil menghadap mukanya ke siling.

“Yeol-ah…bukak pintu kejap sayang~”, kata ommanya sambil mengetuk pintunya.

“Makanlah sayang…mak tengok kau hari-hari macam ni je…kau dah besar panjang dah, tapi perangai tak ubah-ubah”, bebel ommanya sambil duduk di hujung katilnya.

Chanyeol duduk bersila di atas katil sambil memeluk ommanya.

“Ala mak ni…”, kata Chanyeol sambil tersenyum.

“Yeol…mak rasa dah tiba masa kau kena kawen”, kata ommanya sambil mendengus.
Terbuntang mata Chanyeol mendengar kata-kata ommanya.

“Ka..kawen?? Tapi…Yeol tak de calon…huhu sape lah yang nak sukakan orang terlebih kacak macam anak mak ni..”, Chanyeol bergurau.
“Amboihhh!!”, ommanya mencubit pipi anaknya.

“Takpe Yeol…mak dah ada calon untuk kau! Sesuai sangat untuk anak mak yang hensem kacak bergaya ni ”, kata ommanya sambil ketawa.

“Alah…tak nak lahhh”, Chanyeol tidak bersetuju akan kata ommanya.

“Mak tak kira! Esok kau cuti kan?”, tanya omma.

Chanyeol mengangguk. “Mak kenapa??”, Chanyeol memuncungkan bibirnya.

“Tak payah ngada-ngada! Esok kau bawak mak pergi satu tempat ni! Esok tau! Jangan lupa!”, ommanya ketawa sendirian lalu berjalan keluar bilik sambil tersenyum.

“Mak ni ada-ada je la…aku tak nak kawen sekarang!! Biarlah aku cari calon sendiri!! Hishh”, Chanyeol menekup mukanya dengan bantal tanda tak setuju akan kata-kata ommanya sebentar tadi.

Keesokan harinya,

“Mak, kita nak pergi mana sebenarnya ni??”, tanya Chanyeol sambil memandu keretanya.
“Kau pandu je la! Bising je!”, kata ommanya.

“Alaaa…bagitau je la!”, Chanyeol mengerut-ngerutkan dahinya.

“Yeol…jangan banyak songeh. Baik kau pandu je kereta tu!”, kakaknya mencelah.
Chanyeol terus terdiam dan terus memandu ke tempat yang di arahkan.

“Yay! Dah sampai!”, kata ommanya tatkala tiba di sebuah lapangan terbang.
“Laa…mak tak cakap! Kita nak jemput sapa?”, tanya Chanyeol. Dia mengeluh kerisauan.

“Adalah…”, ommanya tersenyum.
“Alah…bakal menantu mak”, kata kakaknya dengan selamba.
“Park Yura!!”, ommanya memukul lengan kakaknya.

“Ops…erk..menantu mak la…heheh”,kakaknya tersenyum kelat.
“Kakak…bukan kakak dah kahwin ke? Abang Ji ho kan tengah kerja harini”, Chanyeol mencekak pinggangnya.

“Dah dah!! Jom “, lalu ommanya menarik tangan kedua-dua anak kesayangannya.

Mereka bertiga berdiri menunggu di tepi balai ketibaan.

Chanyeol mencangkung badannya. “Hmmm…sapa pulak nak balik ni…malas laahhh”, dengus Chanyeol. Fikirannya menjadi tak keruan lalu berjalan di sekitar kawasan berkenaan.

“Eh bakal menantu mak dah sampai!!”, jerit omma Chanyeol. Kelihatan seorang gadis muncul dari balai ketibaan sambil memimpin seorang lelaki.

Omma Chanyeol dan kakaknya memeluk erat gadis tersebut. Chanyeol tidak mengetahui akan ketibaan mereka. Dia menghilangkan diri.

“Yeol-ah….eh mana budak ni??”, tanya ommanya sambil memandang sekeliling. “Yaaahh sini rupanya! Yeol! Sini!”, lalu ommanya menarik telinga anaknya dengan kuat.

“Ouch!!! Sakit la mak!!”, rungut Chanyeol kerana kesakitan. “Ish mak ni macam-macam lah! Yeol nak balik!”, dia membetulkan bajunya.

“Ni hah…mak nak perkenalkan kamu…ni dia bakal isteri kau a.k.a bakal menantu mak!”, kenal ommanya dalam nada gembira.
“Alah mak ni…sape lah dia ni…”, bebel Chanyeol lalu....

"Oh my.....", Chanyeol tergamam seketika.

 

Lalu perlahan-lahan membuka cermin mata hitamnya.

Dia terdiam. Terkedu melihat rupa gadis tersebut.

“….BAE SUZY???”, Chanyeol ternganga untuk seketika. Matanya seakan-akan tidak percaya.

“….Suzy??....aahhhh”, mulutnya masih ternganga.

Lalu tanpa disangka-sangka gadis tersebut melempang pipi Chanyeol.

“Ye saya…saya Bae Suzy wahai Park Chanyeol”, Suzy tersengih. Chanyeol mengusap pipinya.
Omma dan kakak Chanyeol terpinga-pinga.

“Kau kenal??”, tanya omma.
Mereka berdua mengangguk. Apa lagi terus ommanya senyum sampai ke telinga.
“Owh…pakcik Bae apa khabar?”, Chanyeol bersalaman dengan appa Suzy a.k.a bakal bapak mertua dia...hahaha.

“Pakcik sihat je”, kata pakcik tersebut dengan ringkas.
“Kalau macam tu senang la kerja kita kan?”, kata omma Chanyeol lalu menepuk lengan anak lelakinya itu.
“Kerja apa ni mak?? Mak jangan buat suspen!”, Chanyeol memuncungkan mulutnya.

“Ngada! Miang!!”, kata Suzy dengan muka marahnya. Chanyeol memalingkan mukanya ke arah Suzy. Lalu terus memeluknya dengan erat.

Suzy terkejut lalu perlahan-lahan air matanya menitis.

“Mak…kita balik dulu la ye…akak dah call abang Ji ho suruh ambik kita kat sini. Biarlah diorang berdua balik sesama…hehe”, kakaknya berbisik ke telinga ommanya.

“Bagus jugak…tak baik kacau babak romantik macam ni..hahaha”, ommanya ketawa perlahan.

Appa Suzy turut ikut mereka pulang. Mereka pulang bersama untuk membincangkan hal perkahwinan antara anak mereka. Mereka pulang ke rumah tanpa pengetahuan Chanyeol dan Suzy.

“Pabo jagiya!”, air matanya terus mengalir deras sambil membalas pelukan Chanyeol.
Chanyeol tersenyum kelat. “Mian..mianhae Suzy…”, Chanyeol mengusap kepala Suzy dengan lembut.

“Tau tak Suzy dah tunggu lama kat sana! Tahu tak betapa peritnya hati Suzy tunggu ‘oppa’!”, Suzy memukul dada Chanyeol semahunya.

“Oppa?? Dia panggil aku oppa??!!” , hati Chanyeol terus berbunga-bunga keriangan.

“Entah-entah oppa jumpa awek lain! Hmm…”, Suzy mendengus.
“Oppa tak maksudkan macam tu Suzy….maafkan oppa, oppa janji oppa takkan tinggalkan Suzy….”, Chanyeol memeluk semula Suzy. Suzy hanya membiarkan dirinya di dalam dakapan Chanyeol.

“Janji??”, Suzy memandang muka Chanyeol. Chanyeol mengukirkan senyumannya lalu mengesat air mata Suzy.
“I swear that I’ll not leave you till my last breath!”, kata Chanyeol.

“Amboi…sejak bila pandai speaking?”, Suzy mencebik.
“Sejak oppa lahir lagi…hahaha”, Chanyeol ketawa.
“Ngada-ngada! Penipu!”, Suzy mencubit perutnya. “Adeehh….sakittt!! hahaha”, Chanyeol memegang perutnya.

Tiba-tiba Chanyeol berhenti ketawa lalu melutut di hadapan Suzy. Suzy terpinga-pinga.
“Kenapa oppa?? Sakit eh??”, kata Suzy.

“Bae Suzy…would you marry me?”, ucap Chanyeol sambil memandang muka Suzy.
Suzy tersedu mendengar kata-kata Chanyeol.

“Oh my…oppaaa”, Suzy terus menarik Chanyeol untuk bangun dan berjalan ke satu tempat.
“Suzy kenapa??”, tanya Chanyeol kerana pelik melihat Suzy.
“Suzy malu la..semua orang pandang kita”, jelas Suzy sambil tertunduk malu.

“Hahaha….apa lah Suzy ni…”, Chanyeol tersengih sorang-sorang lalu Suzy mencium pipi Chanyeol.
“Yes…I do…”, Suzy malu-malu kucing.

“Omo….hahah yeaaahhh”, Chanyeol bersorak gembira tatkala lamarannya diterima.
“Suka benor dia…heeii”, Suzy ketawa melihat Chanyeol.

 

Mereka berdua pulang ke rumah. Segala perbincangan mengenai perkahwinan mereka telah selesai dibincangkan. Semasa mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka, mereka terserempak dengan Suga dan Krystal.

“Hoi brader!! Lama tak nampak kau!”, Suga memeluk erat sahabatnya itu.
“Kau pun sama! Makin sado badan kau! hahaah”, Chanyeol memicit perut Suga.

“Hei…tangan tu jangan melebih pulak…”, Suga menjeling. “Eh jap kau buat apa kat sini?”,tanya Suga.
“Aku nak daftarkan perkahwinan kiteorang laa…”, Chanyeol menarik lengan Suzy.

“Owhh…tahniaaahhhhh”, Suga tersenyum lalu memeluk bahu rakannya itu.
“Kau pun sama ke??”, tanya Chanyeol.
“Yep….bila kau nak kawen?”, Suga mengangkat keningnya.

“hujung bulan ni…13/3..kau?”, kata Chanyeol.
“Tak sangka….hari yang sama weyhh!”, Suga terloncat-loncat kegembiraan macam kanggaru.
“Oppa! Jangan la macam tu!”, Krystal menampar lengan Suga. Suga tersengih sorang-sorang.
“Suga….jom…kawen sesama…pfftt”, Chanyeol menepuk bahu Suga.
“Apa?? Nak kawin sama2?? Gay!”, Suzy mencubit lengan Chanyeol. “Ouchhh!! Mana ada!”, dia mengusap lengannya kerana sakit dicubit Suzy.

“Maksud oppa, kahwin serentak…amacam? Okay tak??”, Chanyeol memandang Suga. Suga terdiam sebentar, dia memikirkan untuk bersetuju atau tidak.

“Okay! Aku on!”, Suga ketawa.

Akhirnya pada tanggal 13/3/2014….hari yang paling bersejarah buat Chanyeol dan Suzy serta Suga dan Krystal.

Mereka melangsungkan perkahwinan bersama-sama, di tempat yang sama. Hmm, maklumlah buddies takkan berpisah katakan…semua nak sama je…lol sampai kawin pun hari yang sama.

Memang haritu hari yang paling bahagia buat Chanyeol. Dia tak menyangka yang bakal isteri dia itu rupa-rupanya Suzy. Memang suatu pertemuan yang tak dapat dijangkakan.

Chanyeol tersengih sorang-sorang sambil memandang gambar yang telah diambil oleh jurugambar sepanjang majlis berlangsung melalui kamera digital.

"Alolo....comelnya! Bini sape la ni~~~"

 

Chanyeol tak habis-habis tersengih keseorangan dari tadi lalu dia meneguk segelas air kosong.

“Oppa! Ngee~~”, Suzy duduk di sebelah Chanyeol. “Dah penat ke abang?”, kata Suzy.
“Mestilah penat!”, Chanyeol mengeluh panjang lalu terpandang Suzy yang berbusana pengantin yang menunjukkan lurahnya. Chanyeol termangu seketika sambil menelan air liurnya.

“Eh..apasal tenung saya macam tu! Miang!”, Suzy menolak kepala Chanyeol perlahan.

“Hahaha…”, Chanyeol ketawa seorang diri. Fikiran nakalnya mula menguasai diri.
Tatkala itu Suga dan Krystal datang ke arah mereka berdua.

“Nah…hadiah dari kami~”, Suga menghulurkan sebungkus hadiah besar.
“Apa ni??”, Chanyeol memandang Suga dengan penuh rasa curiga.

“Tu hadiah laa…tak nampak ni…hadiahhh”, kata Suga sambil membuat muka selambanya.
Chanyeol hanya mencebik.

“Tahniah Suzy! Aku doakan korang semoga bahagia ke anak cucu!”, Krystal memeluk Suzy dengan erat. “Aww…kau pun sama! Jaga suami kau! heheh”, Suzy membalas pelukan Krystal.

Malam itu…,

Chanyeol dan Suzy membuka hadiah-hadiah yang diberikan oleh para tetamu yang hadir.
“Yeol…apa yang paling besar tu??”, tanya ommanya sambil menunding jari ke arah bungkusan paling besar antara hadiah-hadiah yang lain.

“Tu…Suga yang bagi…”, kata Chanyeol.
“Bukak lah!”, kata ommanya.
“Tak pe lah mak…nak bukak secara private…mueheheh”, Chanyeol tersenyum.

“Yelah…dah pergi naik atas! Orang baru kawin kena tidur awal sikit!”, ommanya tersenyum jahat.
“Ye lah omma…haha”, Chanyeol menjeling ke arah ommanya lalu berjalan ke arah biliknya.
“Mak…kiteorang masuk bilik dulu ye…”, Suzy tersengih-sengih.

“La..tak payah nak mintak izin mak pun takpe Suzy sayang…dah dahhh shuhh shuhh”, omma menghalau Suzy masuk kebilik.

Suzy hanya menuruti lalu masuk ke dalam bilik.
“Yura!”, teriak omma Chanyeol.

“Mak nak kau kunci pintu bilik Yeol! Biar diorang terkurung dalam tu! hahaha”, ommanya ketawa jahat.

“Mak ni! Jangan lah buat macam Yura ngan abang Ji ho dulu-dulu! Kejam lah mak ni”, Yura mendengus.

“Laa…mak suruh buat…buat je lah! Jangan bantah!”, ommanya berjalan ke arah dapur sambil ketawa.
Kakaknya terus tersenyum .

“HAHAHA….dulu kau kunci pintu bilik kakak ye Yeol…sekarang biar kakak kunci pintu bilik kau balik!!”, Yura berjalan ke arah pintu bilik adiknya sambil membawa segugus kunci lalu menguncinya perlahan-lahan.

“Yeahh…misi selesai”, kata kakaknya sambil tersenyum jahat.

 

- to be continued (?) hahaha-


Hoho~ ShiMatoki hereu <3
Apa khabar kome semua? Sorry sebab aku lambat pos disebabkan line internet yang lembab sebab merajuk dengan aku...lol

so...hope korang suka chapter ni! hehehe
ok lah ...line aku dah nak nazak ni, doakan dia semoga sembuh semula...hahahah

sori merepek, bye

ShiMatoki :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
bonus special chapter! :3

Comments

You must be logged in to comment
inaequanimous
#1
sequel plish hahaha
BarmyDew
#2
Chapter 9: /campak bunga/
akhirnyaa.. tamatlah cerita..
mintak sambung babak suga and krys pls.. /slapped
BarmyDew
#3
Chapter 8: agagaggaaga... mak yeol deabak! rare!
hadiah suga n krys sungguh swegg gitu.. hahhha
btw... best lah.. feel je bila baca!
BarmyDew
#4
Chapter 7: Aku suka gila chapter ni.. akus enum sorang2.. sweet lah
BarmyDew
#5
Chapter 6: pergh.. bangga den.. btw.. sobs.. sedih walawehhh...
sbar lahh yeol... nanti suji muncul lah.. sbar ye.. /wink2
BarmyDew
#6
Chapter 5: agagggaa.. ari ni baru aku dpt brpeluang nak baca.... akhirnya..
best! nak baca next chapter.......
Hundotlove
#7
Chapter 8: 0_0 MIANGNYAAAAAAA !!!! 0_0
Gatal sungguh arghh!!! //bila komen jer menjerit//
apalah daya hamba yang tak tertahan menjerit melihat babak romantik ni T^T
Muahah sengal sungguh hadiah dari Krystal ngan Suga tu aduihhh tapi hadiah Chanyeol kepada Suga pun aduu dua-dua ni memang buddies betul haha XD
Aduuu mak Chanyeol ni sobs sobs saya tergelak pasal mak dia haha xD
wuu dah abis dah T^T
kalau ada idea buatlah fanfic Yeolzy lagi :3 :3 :3
Hundotlove
#8
Chapter 7: Arghh takleh takleh
sweet sangat ni arghh //meroyan//
pftt Chanyeol miang sungguh..
lol hadiah apakah yang suga bagi tu sampai besar gedabak aduiii
muahaha xD hebat sungguh mak Chanyeol ni sampai kunci pintu bagai
inaequanimous
#9
Chapter 8: MIANGGGGGGGGGGGG
KyuMiOk
#10
Chapter 7: Puahahaahahahaa.... kekekeeeekekek... -gelak jahat tetiba- hahahah..
Rasa bole baca apa yg author-nim nak sambung.. hahahah...