Part 2

CRASH

 

Chanyeol menyandar diri di tepi katilnya.
Pen disisipkan di celah telinganya sambil memegang sehelai kertas kosong.

“Erm nak mula dari perkataan apa ek…”, Chanyeol mula menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

“Alah…ayat macam nak kena penampar je ni…”, Chanyeol memadam tulisan itu, lalu menulis semula.

“Alaahh…ayat ni lagi la macam ayat nak mintak kaki! Aduhaiii…kenapalah kali ni aku tak de idea! huhu”, Chanyeol meraba-raba di atas lantai. Dia tercari-cari pemadam pensilnya.

Tiba-tiba sahaja dia memegang sepasang kaki yang berada di tepinya.
“Kaki sape pulak aku pegang ni…”, Chanyeol menelan air liurnya.

“HAAA!!!”, sergah Suga sambil memeluk Chanyeol dengan erat.
“Hoi…kau rupanya! kenapa tak ketuk dulu! Sial la kau!”, Chanyeol mengetuk kepala Suga.

“Aku dah ketuk la wei! Kau yang tak dengar! Pfftt…tulis surat lagi ke cik abang?”, Suga menyiku lengan Chanyeol dengan perlahan.

“Macam biasa la…”, Chanyeol tersenyum sendirian.

“Kau ni tak kisah ke? Kau setiap hari tulis surat, tapi dia tak pernah balas pun…”, Suga menyandar di tepi katil Chanyeol.

“Hmm…entah lah…aku tak kisah dia nak balas ke tak, yang pasti aku dah buat apa yang patut”, Chanyeol hanya mendengus perlahan.

“Mak kau mana? Aku tak nampak pun?”, tanya Suga.

“Mak aku pergi pasar dengan kakak aku, lambat lagi balik tu. Alah kau ni macam tak biasa pulak lepak kat rumah aku”, dia mengambil sehelai kertas baru lalu memberinya kepada Suga.

“Nak buat apa?”, tanya Suga kehairanan.

“Kau tolong tulis surat untuk aku!  Aku betul-betul tak de idea pleaseeuuu”, Chanyeol cuba memujuk Suga.

“Okay…aku nak kali ni bayaran aku tiga kali ganda! Boleh ke dop?”, Suga mengangkat keningnya.

“No hal la bebeh! Sayang kau!”, Chanyeol mencubit pipi Suga.

“Eleh…macam la kau tak kenal aku…ni ha! Doktor cinta Suga ada kat sini la! Expert dalam penyelesaian semua masalah cinta!”, Suga mula bangga seorang diri.

Mereka berdua ketawa sakan sambil meneruskan agenda mereka yang seterusnya iaitu memberi surat tersebut kepada Krystal.

Setibanya mereka di sekolah,
mereka terserempak dengan Krsytal dan Suzy dari jauh.

“Jom…”, Suga menarik tangan Chanyeol.
“Eh…tak nak la, kau la bagi…”, Chanyeol menolak ajakan Suga.

“Kau dah kenapa?? Takut ke??”, Suga menarik tangan Chanyeol dengan lebih kuat.
“Ko ni!! Tu haa,budak sebelah Krystal tu…”, Chanyeol menunding jarinya ke arah seorang pelajar perempuan yang dimaksudkan.

“Suzy ke? Kenapa kau nak takut? Suka hati kau la Yeol…”, Suga melepaskan tangan Chanyeol lalu pergi ke arah Krystal dan Suzy.

“Erk…hai awek..opss…Krystal..heheheh”, Suga senyum tersimpul malu.
“Ye kenapa?”, tanya Krystal.

“Sebenarnya saya nak cakap …saya..nama saya Suga..heheh”, Suga berjabat tangan dengan Krystal.

Suzy hanya menjeling melihat kelakuan Suga yang seperti kanak-kanak ribena.

“Oh…hai Suga…”, Krystal membalas senyumannya.

“Hishh…apa yang si Suga merepek tuh? Cepat lah bagi surat tu!”, Chanyeol mengintai mereka di sebalik dinding bangunan sebelah.

Tanpa disangka, mata Chanyeol  bertentangan dengan mata Suzy. Cepat-cepat Chanyeol menyembunyikan dirinya semula.
“Mak aih…Suzy nampak pulak! Sibuk la dia!”, Chanyeol menggenggam tangannya.

Dari jauh dia mendengar bunyi tapak kasut. Bunyi tapak itu semakin menghampiri tempat persembunyian Chanyeol.

Chanyeol mula berasa tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menoleh pandangannya ke arah Suga.

“Eh…diorang dah tak ade? Mana Suga pergi??”, Chanyeol mula kerisauan.

“Hoi…apa yang kau terintai-intai lagi tu? Jom kelas nak mula!”, ajak Suga sambil membetulkan rambutnya.

“Amboi…aku suruh kau bagi surat tu je…apa kau buat tadi hah?”, tanya Chanyeol.

“Ala kau ni…adelah, kau tak perlu tahu!”, Suga mengendahkan Chanyeol lalu berjalan meninggalkan rakannya.

Mereka tidak perasan bahawa ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.

Pada malam itu, Chanyeol mendapat panggilan dari seseorang.

“Hello…ni, Park Chanyeol ke?”, kedengaran suara seorang perempuan yang amat dikenali Chanyeol.
“Ye…saya…ni…siapa?”, Chanyeol meletakkan gitarnya di atas meja.

“Saya…Krystal, pasal yang surat tu ehm…jom jumpa dekat taman permainan dekat dengan sekolah, Malam ni tau…”, kata Krystal.

Hati Chanyeol sudah berbunga-bunga bila mengetahui bahawa gadis yang diimpikan selama ini ingin bertemu dengannya secara berdua-duaan. Chanyeol mula gila bayang akan Krystal.

“….hello??”, suara Krystal kedengaran lagi membuatkan Chanyeol kembali semula ke dunia nyata.

“Ha’ah…okay malam ni ye! Jumpa nanti!”, kata Chanyeol lalu mematikan panggilan tersebut.

Chanyeol menyarungkan jaketnya lalu berlari ke luar.
“Kenapa tu Yeol?? Ada gempa bumi ke?”, tanya omma Chanyeol.
“Tak de la…ade hal kejap dengan Suga..hehehe pergi dulu!”, Chanyeol segera mendapatkan basikalnya lalu mengayuh dengan laju.

Setibanya dia di taman, dia meletakkan basikalnya di sebelah bangku kosong yang ada di taman tersebut.

Chanyeol menunggu bagai tunggul. Dia tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Dia hanya bermain buaian seorang diri.
Tiba-tiba dia terasa bahunya di sentuh seseorang lalu Chanyeol menoleh ke belakang.

“Krystal…”, kata Chanyeol sambil memandang Krystal dengan perasaan yang terlalu gembira.
“Maaf sebab buat awak tunggu lama….”, Krystal duduk bersebelahan Chanyeol.

“Takpe lah…kenapa awak nak jumpa saya malam ni?”, tanya Chanyeol.

“Saya baru balik dari kelas muzik…saya saje je datang sini lepak malam-malam~ Ambik udara segar…”, Krystal melemparkan senyumannya ke arah Chanyeol.

“Macam mana awak boleh kenal saya?”, Chanyeol menunduk malu.
“Melalui surat-surat yang awak bagi…kawan awak yang bagitahu yang awak nak sangat jumpa saya…”, Kystal masih lagi mengukirkan senyumannya. Senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya boleh membuatkan jejaka-jejaka jatuh cinta kepadanya.

“Erm….hehehe…”, Chanyeol membalas senyuman tersebut. Dia mahu berterus terang kepada Krystal bahawa dia amat menyukainya.

“Krystal ….hmm…saya sebenarnya”, belum sempat Chanyeol menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Krystal bangun dari buaian tersebut lalu berdiri di hadapan Chanyeol. Dia terpinga-pinga melihat Krystal.

“Park Chanyeol….maafkan Krystal ya…Krystal tahu oppa suka kat Krystal tapi, Krystal tak boleh…hati Krystal hanya terpaut pada seseorang…namanya….Min Yoongi…kalau oppa kenal dia…oppa jangan bagitahu dia tau…”, Krystal berkata dengan tenang.

Chanyeol tergamam sebentar.

“Betul ke apa yang aku dengar ni?? Krystal tak suka aku? Min Yoongi tu kan….Su….Suga??? Tapi kenapa??”, Chanyeol mula mengelamun namun dia tetap mengukir senyumannya ke arah Krystal.

“Owh ye ke? Tak pe lah…oppa tak paksa pun, cuma…hati ni rasa sunyi je…Ye la sape la yang nakkan orang macam oppa ni”, Chanyeol bergurau .

“Apa lah oppa ni…jangan cakap macam tu, mesti ada yang tergila-gilakan oppa nanti..oppa jangan sedih pulak tau! Tak hensem nanti”, Krystal cuba memujuk hati Chanyeol. Dia tahu pengakuannya sebentar tadi telah mengguris perasaan Chanyeol.

“Krystal…dah lewat ni…jom la balik~ Nak oppa hantarkan?”, pelawa Chanyeol.
“Eh takpe la…Krystal boleh balik sendiri lagipun dekat je ni…”, Krystal segera menolak.

“Owh okay…hati-hati ye”, Chanyeol mendapatkan basikalnya lalu melambai tangannya ke arah Krystal sehingga Krystal hilang dari pandangannya. Perlahan-lahan dia mengayuh basikal dengan perasaan teramat sedih. Perasaan apabila cinta seseorang lelaki ditolak buat pertama kalinya seakan-akan ditusuk dengan panah berkali-kali.

Tanpa dia sedari air mata telah membasahi pipinya. Cepat-cepat dia mengusap pipinya.
“Haishh…kenapa pulak aku menangis ni….tak gentleman langsung!”, Chanyeol mengomel sendirian.

Dia tak tahu mahu menggambarkan perasaan hampanya ketika ini, hanya yang dia tahu dia hanya untuk Krystal. Chanyeol sudah lama memendamkan perasaannya seorang diri namun tidak mampu diluahkan melalui kata-kata. Oleh sebab itu, dia hanya mampu mengutuskan surat sebagai medium untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap Krystal.

Suzy terserempak dengan Chanyeol dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Chanyeol tidak perasan Suzy berada di seberangnya.

Chanyeol memandang Suzy lalu mengalihkan pandangannya semula ke hadapan dan mengayuh dengan laju.
Suzy hanya terpinga-pinga melihat tindakan Chanyeol yang berlalu pergi begitu sahaja tanpa menegurnya.

“Eh eh dia ni dah kenapa??”, Suzy menoleh pandangannya ke arah Chanyeol sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

 

"Arghhh....bencinya perasaan ni"


to be continued~~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
bonus special chapter! :3

Comments

You must be logged in to comment
inaequanimous
#1
sequel plish hahaha
BarmyDew
#2
Chapter 9: /campak bunga/
akhirnyaa.. tamatlah cerita..
mintak sambung babak suga and krys pls.. /slapped
BarmyDew
#3
Chapter 8: agagaggaaga... mak yeol deabak! rare!
hadiah suga n krys sungguh swegg gitu.. hahhha
btw... best lah.. feel je bila baca!
BarmyDew
#4
Chapter 7: Aku suka gila chapter ni.. akus enum sorang2.. sweet lah
BarmyDew
#5
Chapter 6: pergh.. bangga den.. btw.. sobs.. sedih walawehhh...
sbar lahh yeol... nanti suji muncul lah.. sbar ye.. /wink2
BarmyDew
#6
Chapter 5: agagggaa.. ari ni baru aku dpt brpeluang nak baca.... akhirnya..
best! nak baca next chapter.......
Hundotlove
#7
Chapter 8: 0_0 MIANGNYAAAAAAA !!!! 0_0
Gatal sungguh arghh!!! //bila komen jer menjerit//
apalah daya hamba yang tak tertahan menjerit melihat babak romantik ni T^T
Muahah sengal sungguh hadiah dari Krystal ngan Suga tu aduihhh tapi hadiah Chanyeol kepada Suga pun aduu dua-dua ni memang buddies betul haha XD
Aduuu mak Chanyeol ni sobs sobs saya tergelak pasal mak dia haha xD
wuu dah abis dah T^T
kalau ada idea buatlah fanfic Yeolzy lagi :3 :3 :3
Hundotlove
#8
Chapter 7: Arghh takleh takleh
sweet sangat ni arghh //meroyan//
pftt Chanyeol miang sungguh..
lol hadiah apakah yang suga bagi tu sampai besar gedabak aduiii
muahaha xD hebat sungguh mak Chanyeol ni sampai kunci pintu bagai
inaequanimous
#9
Chapter 8: MIANGGGGGGGGGGGG
KyuMiOk
#10
Chapter 7: Puahahaahahahaa.... kekekeeeekekek... -gelak jahat tetiba- hahahah..
Rasa bole baca apa yg author-nim nak sambung.. hahahah...