Part 5

CRASH

 

Pada malam Sabtu tersebut, ribuan peminat telah membanjiri di sebuah stadium besar yang terletak di tengah bandaraya Seoul. Stadium tersebut teramatlah besar sehingga boleh menempatkan ribuan orang dalam satu-satu masa.

Chanyeol dan Suzy terpaksa berdiri di samping peminat-peminat yang tidak habis-habis menjerit seperti orang kena histeria ketika konsert berlangsung. Chanyeol pun sama seperti yang lain. Terkinja-kinja bagai sambil menjerit

“Noona Sandaraaaa!!!! Yeol kat sini!!!!”
Chanyeol menjerit sambil terbatuk-batuk.

Suzy hanya tergelak melihat gelagat Chanyeol. Akhirnya dia pun turut serta ber’fangirling’ bersama peminat-peminat lain.

Lama kelamaan Suzy berasa tidak selesa akan suasana tersebut yang berhimpit-himpit bagai sampai dia hampir-hampir mahu terjatuh. Dia merasakan telefon bimbitnya berdering.

“Sape pulak yang call ni?”

Cepat-cepat Suzy mengambil telefon bimbitnya daripada poket jaketnya dan tertera

‘APPA’

“Alamak…appa dah call! Dia nak suruh aku balik ler tu…hmmm”

Bisik hati Suzy sambil membuat muka masamnya.

“Yeol…aku nak balik dulu lah…”, Suzy menarik hujung baju Chanyeol, namun dia tidak mendengarinya. Suzy mula mengelamun.
“Chanyeol-aaahhh….Suzy balik dulu ye!!!”, pekik Suzy betul-betul kat telinga Chanyeol. Chanyeol terkejut beruk lalu cepat-cepat menutup telinganya.

“Suzy!! Pekak lah telinga aku!!”, marah Chanyeol.

Suzy dengan perasaan yang geram meninggalkan Chanyeol di dalam ribuan peminat yang sedang leka bergembira. Chanyeol dihantui rasa bersalah. Dia mencari-cari kelibat Suzy namun bayangnya masih tidak dapat dicari.

“Suzy!!!” , teriak Chanyeol dalam nadanya yang semakin keruh. Namun tiada sesiapa pun yang menyahut dek muzik yang terlalu bingit telah menenggelamkan suaranya.

“Macam mana aku nak balik ni….Chanyeol tu memang tak boleh diharap! hmmm…appa…angkatlah call….”, Suzy berlari meninggalkan stadium tersebut sambil memegang telefon bimbitnya.

Dia tercungap-cungap setelah keluar dari stadium tersebut.
“Arghh…”, Suzy mengelap peluhnya yang sudah menitik, lalu membelek telefonnya semula.
“Ehmm…jauh la…aku tak reti balik sorang-sorang…tak pe la…”

Suzy berjalan seorang diri di persimpangan jalan. Lalu, dia mendengar namanya dipanggil dari jauh. Suzy segera menoleh. Namun tiada sesiapa pun.

Dia sudah kerisauan.

“Hai cik adik~ Cantik harini~”, tegur lelaki yang berdiri di tepi jalan sambil memegang sebotol arak.
Suzy tidak mempedulikan kata-kata lelaki tersebut. Semakin dia mempercepatkan langkahnya, semakin dekat lelaki tersebut mengekorinya dari belakang.

Suzy menelan air liurnya. Perlahan-lahan matanya ditutup dan mula mengira,

“Satu……dua……tigaaaaaa!!!”, Suzy menoleh ke belakang lalu menumbuk muka lelaki tersebut.

“Aduuuhhhhhh!!!!! Sakitttttt laaaahhhh!!!!”, jerit Chanyeol kerana kesakitan. Dia memegang bibirnya yang sudah berdarah.

“Suzy!! Sakit lahh!”

Suzy tergamam sebentar. “Mian….sorry sangat-sangat!!! Tadi…ada orang jahat ikut aku! Aku betul-betul tak sengaja!”, Suzy menggigit bibirnya.

“Aduhaiiiii…..kenapa pulak aku tertumbuk dia??”

“Owh…orang jahat ke?? Tu hah….dia kat belakang tu”, kata Chanyeol sambil menunjukkan seorang lelaki yang sudah terbaring mengerang kesakitan.

“Kau…yang belasah?”, tanya Suzy.

“Habis tu sape lagi? Hantu??”, jawab Chanyeol sambil mencekak pinggangnya.

“Gomawo…”, ucap Suzy sambil tergelak.

“Gelak pulak! Ni…camne ni??”, Chanyeol memuncungkan bibirnya yang sudah berdarah akibat tumbukan maut Suzy….hahaha

“Belilah ubat sendiri!”, Suzy menjelir lidahnya.
“Ish dia ni!”, Chanyeol geram melihat Suzy.

Mujurlah ada farmasi berdekatan dengan mereka. Suzy mengajak Chanyeol untuk pergi ke farmasi tersebut.

“Suzy…banyaknya ubat. Untuk siapa semua ni?”, Chanyeol pelik melihat Suzy turut membeli beberapa kotak ubat suplemen.

Suzy hanya tersenyum.

“Eh…ada bas lah kat hujung sana!”, Suzy menukar topik.

“Ha’ah la….jom jom!”, mereka bergegas ke luar sambil mengejar bas tersebut.
Nasib bas tersebut tak tinggalkan mereka.

“Ramai pulak yang naik bas malam-malam camni…haishh”, Chanyeol mencebik. Dah macam tin ikan sardin pulak sebab mereka terpaksa berhimpit-himpit.

Sepanjang perjalanan tersebut. Mereka berdua terpaksa berdiri sambil menghadap muka masing-masing. Chanyeol merenung mata Suzy. Dengan tak semena-mena Suzy mencubit perut Chanyeol dengan perasaan yang geram.

“Yahh…gatal!! Miang!!”, kata Suzy perlahan sambil menjeling.

“Ouchh…sakitlah….okay-okay…mintak maaf…”, Chanyeol mengomel sendirian.

Mereka berdua menuruni bas tersebut setelah tiba di stesen bas. “Yeol! Jap…”, panggil Suzy.

“Kenapa?”, Chanyeol memberhentikan langkahnya.

“Mana barang tu?”, dia mengangkat keningnya.

“Barang apa? Ni?”, Chanyeol menghulurkan sebungkus plastik yang mengandungi kotak plaster yang dibelinya sewaktu di farmasi tadi.

Suzy mengambil bungkusan tersebut lalu mengambil plaster. Perlahan-lahan dia meletakkan plaster tersebut di bibir Chanyeol. Chanyeol hanya berdiri tegak. Membiarkan sahaja Suzy menampal plaster pada bibirnya.

“Erm…”, Chanyeol menelan air liurnya. Merasakan degupan jantungnya menderas laju.

“Okay! Siap!”, senyum Suzy. Chanyeol masih terpaku di situ.

“Kau ni tinggi sangat lah! Susah tau nak tampal plaster tu”, Suzy mengikat bungkusan plastik tersebut lalu memulangkan semula kepada Chanyeol.

“Owh…thanks…hehe”, Chanyeol membalas senyuman Suzy.

Tiba-tiba telefon bimbit Suzy berdering semula dan tertera tulisan ‘APPA’ pada skrin telefon. Dia cepat-cepat mengangkat panggilan tersebut lalu mematikan semula. Mukanya berubah keruh.


“Okay lah…awak balik lah~ Annyeong~”, Suzy melambai-lambai tangannya sambil berlari meninggalkan Chanyeol.

Chanyeol pelik melihat kelakuan Suzy waktu itu.

“Kenapa dengan dia?? Tiba-tiba je…”, Chanyeol mengangkat bahunya lalu berjalan meninggalkan kawasan tersebut. Dia mula tersenyum sendirian, membayangkan muka Suzy yang sedang menampalkan plaster untuknya tadi.

"Aishhh comel la dia....aahhh kenapa aku asyik cakap dia comel???!!!"

 

“HAHAHA….”,Chanyeol mula gelak seorang diri. (x betul dah otak dia….hahahah)

-to be continued laa-


Annyeong guys! ShiMatoki kat sini!! /lambai2/
so how's about this chapter? 
harap u alls suka xD 
lol...btw thanks for the upvoters and comments! 
Aku suka baca komen korang, bertambah semangat aku nak tulis...lol

ok la...tata~~

sign out,
ShiMatoki :3

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
bonus special chapter! :3

Comments

You must be logged in to comment
inaequanimous
#1
sequel plish hahaha
BarmyDew
#2
Chapter 9: /campak bunga/
akhirnyaa.. tamatlah cerita..
mintak sambung babak suga and krys pls.. /slapped
BarmyDew
#3
Chapter 8: agagaggaaga... mak yeol deabak! rare!
hadiah suga n krys sungguh swegg gitu.. hahhha
btw... best lah.. feel je bila baca!
BarmyDew
#4
Chapter 7: Aku suka gila chapter ni.. akus enum sorang2.. sweet lah
BarmyDew
#5
Chapter 6: pergh.. bangga den.. btw.. sobs.. sedih walawehhh...
sbar lahh yeol... nanti suji muncul lah.. sbar ye.. /wink2
BarmyDew
#6
Chapter 5: agagggaa.. ari ni baru aku dpt brpeluang nak baca.... akhirnya..
best! nak baca next chapter.......
Hundotlove
#7
Chapter 8: 0_0 MIANGNYAAAAAAA !!!! 0_0
Gatal sungguh arghh!!! //bila komen jer menjerit//
apalah daya hamba yang tak tertahan menjerit melihat babak romantik ni T^T
Muahah sengal sungguh hadiah dari Krystal ngan Suga tu aduihhh tapi hadiah Chanyeol kepada Suga pun aduu dua-dua ni memang buddies betul haha XD
Aduuu mak Chanyeol ni sobs sobs saya tergelak pasal mak dia haha xD
wuu dah abis dah T^T
kalau ada idea buatlah fanfic Yeolzy lagi :3 :3 :3
Hundotlove
#8
Chapter 7: Arghh takleh takleh
sweet sangat ni arghh //meroyan//
pftt Chanyeol miang sungguh..
lol hadiah apakah yang suga bagi tu sampai besar gedabak aduiii
muahaha xD hebat sungguh mak Chanyeol ni sampai kunci pintu bagai
inaequanimous
#9
Chapter 8: MIANGGGGGGGGGGGG
KyuMiOk
#10
Chapter 7: Puahahaahahahaa.... kekekeeeekekek... -gelak jahat tetiba- hahahah..
Rasa bole baca apa yg author-nim nak sambung.. hahahah...