Part 4

CRASH

 

Sejak kejadian itu, Suga jarang pergi ke rumah Chanyeol. Apabila Chanyeol mengajak Suga ke rumahnya, dia hanya menggeleng-geleng kepala.

Suga bertekad mengajak Chanyeol untuk keluar bersama pada setiap hujung minggu. Chanyeol bersetuju dengan ajakan itu.

Hari Sabtu, di perhentian bas…

Chanyeol hanya berdiam diri sambil memerhatikan Suga. Suga pulak tak habis-habis main dengan telefonnya sambil ber’whatsapp’ dengan buah hati kesayangannya.

“Kau ni kann…tahu la dah jumpa awek, kesian aku sebab kau tak nak layan! Nak merajuk lah camni!”, Chanyeol memuncungkan mulutnya sambil menjeling.

“Alaaa…kau ni, sorry la! Huhu memang salah aku, pasal dia kawan aku sorang ni terabai…maafkan Suga ye sayang~~”, Suga mencubit pipi Chanyeol.

“Aishhh…”, Chanyeol dengan geram mencubit balik pipi Suga.

“Ouchh!!! Lebih ar kau ni! Aku cubit sikit je! Nahh rasakan!!”

Adegan cubit mencubit sesama sendiri pun bermula lah di stesen bas tersebut sampai ada yang baru nak duduk, terus blah dari situ. Mereka ingatkan lelaki-lelaki gay sedang bermesraan di stesen bas…lol

Tiba-tiba Suzy datang ke stesen bas tersebut lalu terus duduk. Dia tidak perasan bahawa Chanyeol dan Suga berada di sebelahnya.

Suga berhenti mencubit pipi Chanyeol, lalu mencuit peha rakannya itu. Chanyeol mengangkat keningnya.
“Kenapa wei? Ada apa?”, tanya Chanyeol perlahan.
“Awek seksi sebelah kau tu hah”, Suga ketawa perlahan.

Cepat-cepat Chanyeol menoleh ke kirinya. Apalagi tersedak lah dia tatkala mengetahui Suzy rupanya yang sedang duduk di sebelahnya. Suga ketawa terkekek-kekek.

“Sial la kau!!”, Chanyeol menyiku lengan Suga.
“Pantang eh kalau aku sebut awek seksi, kau nak pandang je! Byuntae!”, Suga mencubit peha Chanyeol dengan lebih kuat. “Yaahhh! Sakit laaa!!!”, Chanyeol mencubit peha Suga dengan perasaan yang teramat geram.

Suzy yang kehairanan memandang mereka berdua. Terbeliak mata si Suzy melihat adegan mesra Chanyeol dan Suga. Suzy mencebik keseorangan. Makin lama perasaan yang geram timbul tatkala melihat Chanyeol sedang bergembira. Tanpa berfikir panjang, Suzy bangun dari tempat duduknya dan merenung tajam ke arah Chanyeol. Chanyeol pun berdiri sekali. Suga terpinga-pinga.

"Asyik asyik muka kau! Tak de orang lain lagi ke?", Suzy mencekak pinggangnya.

  "Kau dah kenapa? Muka aku ni macam muka tongkang pecah ke? Muka penjenayah??", Chanyeol hanya menjeling.

"Bukan setakat muka penjenayah je tapi macam muka orang miang! Tau tak miang?", Suzy menambah.

 "Bukan ke kau suka muka miang?", Chanyeol menyebak rambutnya dengan penuh bergaya.

"Erk...tak...tak...arghh! Sudah la! Lelaki miang! Pergi mampus la kau dengan kawan gay kau tu!", lalu Suzy beredar dari situ sambil menghentak kakinya.

 

“Sibuklah mamat tu…pasal dia aku tak jadi naik bas harini! Terpaksa aku naik teksi hmph!”

 

Bentak Suzy di dalam hati.

 "Pfftt...dia kata kita gay??!! Walawei....hahahah ermm...abang~~", Suga memeluk lengan Chanyeol.

"Yahh...berangan je la kau ni...", Chanyeol menepis tangannya sambil memerhatikan Suzy dari jauh.

“Aku pelik betullah dengan minah tu…kenapa kalau nampak dia aku rasa nak terkam je! Hishh, kenapalah dia tak sama dengan budak perempuan lain…dia tu…lain dari yang lain…tak pernah dia panggil aku ‘oppa’ padahal aku lebih tua dari dia…sobs, muka je comel, tapi…garang! ehhh jap…aku panggil dia apa?? comel???!!! oh my god…dah gila aku ni”

Chanyeol mengomel sendirian. “Hoi cik abang…bas dah sampai”, kata Suga sambil menarik baju Chanyeol. “Ye…aku tahu…”, jawab Chanyeol dalam nada yang sedikit keruh.

Begitu juga hari minggu yang seterusnya,

Kali ini Chanyeol hanya keluar berseorangan kerana Suga ada hal bersama keluarganya.

Pada petang itu hujan turun dengan lebat. Mujurlah dia pakai baju hujan sejak keluar rumah tadi. Apabila sampai di stesen bas, dia segera membetulkan baju hujan  yang dipakainya  dan melabuhkan punggung di tempat duduk perhentian bas. Hanya dia keseorangan sahaja di situ.

“Lama pulak bas ni…nak jela aku mencarut!!”, kata Chanyeol di dalam hati.


Suzy lari dalam keadaan tergesa-gesa sambil memegang beberapa buah fail. Dia berlari ke arah sebuah perhentian bas yang tidak jauh dari situ.

“Haaaa….leganyaa…jap, fail aku habis basah!!! Alamak…”, baju Suzy sudah basah lencun. Dia tidak memikirkan kesejukkannya kerana cuaca hujan, hanya yang dia risau sekarang adalah kertas-kertas yang dia simpan dalam fail tersebut.

Suzy terduduk tanda kecewa yang teramat.
“Hmm…bagus sangat lah…nampaknya aku gagal dalam subjek tu kali ni”, Suzy mendengus. Dia mula merasai kesejukkan. Suzy memeluk dirinya yang kebasahan.

“Se….sejuknyaaaa….”, dia mula menggigil.

Tatkala itu, datang seorang pemuda tinggi lampai yang berbaju hujan datang kepadanya.
“Su…Suzy??”, tanya pemuda tersebut.
Suzy mendiamkan dirinya, lalu mendongak sambil memandang pemuda yang menegurnya.

“Chan…Yeol??”, tanya Suzy. Chanyeol hanya melemparkan senyuman plastiknya.

“Apa kau buat kat sini?!!?”, tanya Suzy. Sempat pulak dia nak tunjuk garangnya masa tu.

“Tak buat pape…saje je keluar jalan-jalan”, kata Chanyeol dengan ringkas.

“Ye la tu…mesti ada agenda lain…nak pergi jumpa awek ke?”, tanya Suzy sambil membetulkan bajunya yang basah lencun.

“Tak…Suzy nak pergi mana hujan-hujan ni?”, Chanyeol memandang Suzy.
“Kesian pulak aku tengok dia..”, bisik Chanyeol di dalam hati.

“Nak pergi perpustakaan…ada assignment nak kena siapkan”, Suzy memeluk dirinya semula.

Selepas itu mereka tidak berkata apa-apa. Sesekali Chanyeol memandang Suzy yang sedang menahan kesejukkan. Desakkan hatinya memaksa dia mendekatkan dirinya ke arah Suzy. Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu.

Tiba-tiba bas yang dinantikan mereka telah tiba…, (haishh, sibuk la bas ni…lol)

Mereka berdua menaiki bas yang sama, mereka duduk berasingan.

Suzy memandang ke luar tingkap sambil memeluk failnya. Chanyeol memandang sahaja kelakuan Suzy.

Desak hati  kini menghantui dirinya.

“Nak ke tak….nak ke tak….”, Chanyeol memandang ke luar tingkap bas.

Akhirnya dia menuruti sahaja desak hatinya itu. Dia duduk di sebelah Suzy yang sudah tertidur. Dia membuka baju hujannya, lalu membuka jaket sejuk yang dipakai di dalamnya. Perlahan-lahan dia meletakkan jaket tersebut pada Suzy. Lalu, cepat-cepat dia duduk semula di tempatnya.

Hampir setengah jam perjalanan, Suzy terjaga dari tidurnya.
Dia mendapati sehelai jaket membaluti tubuhnya lalu memandang Chanyeol yang sudah lena tertidur di kerusi seberang.

Suzy tersenyum sendirian. Dia bangun dari tempat duduknya dan mendekati Chanyeol.
“Thanks….oppa….”, kata Suzy perlahan.

Chanyeol mendengari suara Suzy lalu perlahan-lahan membuka matanya.
“Aku salah dengar ke tadi??”, apabila matanya dibuka luas, dia mendapati Suzy berdiri di sebelahnya.
Suzy terkejut lalu berjalan mendekati tempat duduknya, namun begitu….bas yang mereka naiki tiba-tiba sahaja brek mengejut… (driver saje buat suspen hahaha)

Akibat daripada itu Suzy yang sedang berdiri itu terus terduduk di atas riba Chanyeol. Mereka berdua saling berpandangan. “Eh…mianhae…”, Suzy menunduk malu. Mukanya terus merah padam apabila hidungnya bertemu dengan hidung Chanyeol.

Chanyeol tergamam. Tiba-tiba sahaja dadanya rasa berdegup kencang.

“Apakah perasaan ini??”

Chanyeol memandang Suzy tanpa berkelip. Suzy bingkas bangun dan segera menuruni bas. Chanyeol masih terpaku seperti patung, manakala Suzy tersenyum sumbing sambil memeluk failnya dengan erat setelah turun dari bas tersebut.

Chanyeol dapat melihat Suzy dari luar tingkap sambil tersenyum.
“Mujurlah dia okay…”, kata Chanyeol.

Malam itu, masing-masing tidak senang hati. Ye la, macam orang first time jatuh cinta kan…haa..macam ni lah jadinya…setiap masa je senyum…sampai ada yang sudah salah faham.

Namun, bukan bermakna segala-galanya okay. Hubungan mereka berdua masih sama. Bab mengejek sesama sendiri tu adalah perkara biasa. Memang tak sah kalau tak bergaduh. Kadang-kadang Suga dengan Krystal pun pelik dengan kelakuan rakan-rakan mereka.

Di rumah, Chanyeol duduk di atas katilnya sambil memetik gitar. Dia tersenyum sendirian tatkala bayangan wajah Suzy yang sedang marah di dalam kotak fikirannya.

“Comel la…hahaha”

Chanyeol ketawa seorang diri, lalu terpandang tulisan yang diukirnya dulu sewaktu dia menyukai Krystal.

Dia mengusap mukanya lalu mengambil sebatang pen, lalu menconteng nama Krystal. Sebaliknya dia mengukir nama Suzy pada gitarnya.

‘Bae Suzy x Park Chanyeol’

Tiba-tiba dia mendengar satu ketukan dari luar pintu biliknya.
“Chanyeol-ahh…bukak pintu kejap~”, suara kakaknya menjengah ke telinganya. Dia membuka pintu perlahan.

Kakaknya menghulurkan dua keping tiket konsert 2NE1.
“Ajaklah Suga skali…kakak dapat tiket ni dari kawan kerja akak…ambik lah..”, kata kakaknya lalu menutup pintu bilik Chanyeol.

Chanyeol bergegas mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Suga. Suga terpaksa menolak ajakan Chanyeol kerana dia ada date dengan Krystal.
Dia menghela nafasnya lalu menghempaskan badannya di atas katil sambil membelek tiket tersebut.

Lalu….dia terfikir Suzy. Chanyeol tersenyum macam orang gila. Dia mencari majalah sekolahnya lalu terjumpa nombor telefon Suzy.

“Yoboseyoooo???”, tiba-tiba seorang lelaki yang bersuara agak garau menjawab panggilan tersebut. Terus kecut perut perut Chanyeol kerana terkejut.

“Erk...saya Chanyeol…boleh…saya bercakap dengan Suzy?”, tanya Chanyeol.
“Kejap…awak ni kawan dia ke?”, tanya lelaki tersebut.
“Iye…saya”, jawab Chanyeol.

“Suzy! Ada kawan kamu ni telefon! Hishh…kenapalah nak telefon guna nombor rumah? Aku jugak kena angkat!”, bebel lelaki tersebut.

Chanyeol ketawa mendengar kata-kata lelaki itu.

“Yobeoseyyooo…Suzy imnida~~”, kata Suzy dalam nada yang riang. Chanyeol mula gugup. Hatinya tiba-tiba sahaja kencang.
“Erk…ni..Chanyeol…heheh”, gugup Chanyeol.
“Owh…ada apa?”, nada Suzy terus berubah apabila mengetahui bahawa Chanyeol yang menghubunginya.
“Erm…aku nak ajak kau pergi konsert 2NE1…nak join tak? Aku ada dua tiket je, Suga tak nak ikut…”, kata Chanyeol.
Suzy terdiam sebentar.
“Bila nak pergi?”, tanya Suzy sambil tersenyum.
“Malam sabtu ni…boleh tak? Kalau tak boleh tak pe la…aku pergi sorang je la…”, Chanyeol bergurau sambil mengumpan Suzy untuk pergi bersamanya.
“Okay…aku pergi….”, jawab Suzy ringkas.
“Serious la ni?”, tanya Chanyeol.

“Nak aku ulang ke oppa sayang oi! ehh…”, Suzy terdiam kerana terlepas cakap lalu segera meletak ganggang telefon.

“Teett…..teettt….”

“Eh…kenapa dia letak?? Yay!!! Dia ikut sekali!!”, Chanyeol guling-guling di atas katilnya kerana terlalu gembira.

Manakala Suzy pula…
“Heol...apa yang aku cakap tadi??? haaaa….Suzy!!!”, Suzy mengetuk-ngetuk kepalanya kerana berkata sedemikian sebentar tadi.

“Ha…tu dah kenapa ketuk-ketuk kepala tu??”,tanya appa Suzy.

“Appa…boleh tak Suzy keluar malam sabtu ni…kawan ajak keluar pergi jalan-jalan”, pinta Suzy. Dia menundukkan mukanya kerana takut kalau appanya tidak mengizinkan dia pergi.

“Boleh, Suzy pergilah”, appanya mengangguk tanda setuju.
Apa lagi terus melompat Suzy dibuatnya. “Gomawo appa….love you soooooo much!”, Suzy mencium pipi appanya lalu berlari ke biliknya dengan perasaan yang teruja.

 

 


"Kyaaa!!"

"Pffttt....." //speechless//

 

-to be continued-


yahoo...hahaha ShiMatoki kat sini! Wassup2 to all my readers! 
Thanks sbb baca citer aku smpai chapter ni~ lololols
Aku rasa pairing ni sesuai sangat laa...
entah la...kiut bebenor...hahaha /fangirling tetiba/
okay...itu je aku nak cakap...

tata~

ShiMatoki <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
bonus special chapter! :3

Comments

You must be logged in to comment
inaequanimous
#1
sequel plish hahaha
BarmyDew
#2
Chapter 9: /campak bunga/
akhirnyaa.. tamatlah cerita..
mintak sambung babak suga and krys pls.. /slapped
BarmyDew
#3
Chapter 8: agagaggaaga... mak yeol deabak! rare!
hadiah suga n krys sungguh swegg gitu.. hahhha
btw... best lah.. feel je bila baca!
BarmyDew
#4
Chapter 7: Aku suka gila chapter ni.. akus enum sorang2.. sweet lah
BarmyDew
#5
Chapter 6: pergh.. bangga den.. btw.. sobs.. sedih walawehhh...
sbar lahh yeol... nanti suji muncul lah.. sbar ye.. /wink2
BarmyDew
#6
Chapter 5: agagggaa.. ari ni baru aku dpt brpeluang nak baca.... akhirnya..
best! nak baca next chapter.......
Hundotlove
#7
Chapter 8: 0_0 MIANGNYAAAAAAA !!!! 0_0
Gatal sungguh arghh!!! //bila komen jer menjerit//
apalah daya hamba yang tak tertahan menjerit melihat babak romantik ni T^T
Muahah sengal sungguh hadiah dari Krystal ngan Suga tu aduihhh tapi hadiah Chanyeol kepada Suga pun aduu dua-dua ni memang buddies betul haha XD
Aduuu mak Chanyeol ni sobs sobs saya tergelak pasal mak dia haha xD
wuu dah abis dah T^T
kalau ada idea buatlah fanfic Yeolzy lagi :3 :3 :3
Hundotlove
#8
Chapter 7: Arghh takleh takleh
sweet sangat ni arghh //meroyan//
pftt Chanyeol miang sungguh..
lol hadiah apakah yang suga bagi tu sampai besar gedabak aduiii
muahaha xD hebat sungguh mak Chanyeol ni sampai kunci pintu bagai
inaequanimous
#9
Chapter 8: MIANGGGGGGGGGGGG
KyuMiOk
#10
Chapter 7: Puahahaahahahaa.... kekekeeeekekek... -gelak jahat tetiba- hahahah..
Rasa bole baca apa yg author-nim nak sambung.. hahahah...