Part 3

CRASH

 

Di kantin sekolah…,

Chanyeol hanya termenung melihat Krystal yang duduk yang tidak jauh darinya.
Sejak kejadian pada malam tersebut, Chanyeol tidak cukup selera nak makan, dengan ‘eye bag’ nya sebab tak cukup tidur sampai Suga pun mula lain macam dengan sahabatnya itu.

“Yeol sayang~ Kau okay ke? Macam mayat hidup je aku tengok kau…”, Suga mencuit bahu Chanyeol namun tiada sebarang reaksi.

“Hello…Yeol….”, Suga mencuit bahu sahabatnya itu namun…reaksinya tetap sama.

Krystal menyuapkan nasi kepal ke dalam mulutnya.
“Pergh, sedapnyaaa~~ Suzy, kau nak rasa?”, pelawa Krystal sambil menghulurkan nasi kepal.

“Nak…”, Suzy menganga mulutnya, lalu Krystal menyuapkan nasi kepal ke dalam mulut Suzy.
“Sedap laahhh…”, Suzy begitu teruja. Dia mengunyah nasi kepal yang enak itu lalu terpandang Chanyeol yang sedang leka merenung Krystal.

Mata Suzy dan Chanyeol bertembung.

Suzy mula mencebik sambil memandang ke arah Chanyeol. Chanyeol perasan akan kelakuan Suzy lalu mengangkat keningnya sambil mengerut dahinya.

Suzy membalas semula sambil menjelir lidahnya tanda mengejek.
Chanyeol hanya menjeling tajam dan sambung makan.

Suga yang berada di sebelah Chanyeol memandang pelik melihat riak wajah Chanyeol yang tiba-tiba sahaja berubah.

“Kau okay ke pekak??”, Suga menjerit ke telinga Chanyeol.
“Eh mak kau senah!”, Chanyeol melatah lalu secara tak sengaja kuah yang berada dalam bekas makanannya telah tertumpah di atas baju Suga.

“Yaaahhh….baju aku!!”, Suga terkejut lalu memukul lengan Chanyeol.

“Sorry la weyhh…aku tak sengaja!”, Chanyeol cuba memohon maaf.

“Hishh…jap aku nak pergi tandas”, Suga bangun dari tempat duduknya dan berjalan pergi ke tandas.

Kebetulan pula Suzy mahu pergi ke tandas lalu terlanggar Suga.

“Mian…”, kata Suzy dalam nada perlahan lalu dia melihat pelajar yang melanggarnya itu adalah Suga.
Entah kenapa Suzy seperti di panah cinta ketika melihat Suga ketika itu. Dia melempang pipinya perlahan.

“Apa lah aku merepek ni…huhuhu…hensem gak dia ni”, Suzy mula tersengih sorang-sorang.

“Owh Suzy…tak pe lah..”, Suga hanya membalas senyuman yang tak seberapa lalu segera beredar dari situ.

Suzy masuk ke dalam tandas sambil menghadap cermin,

“Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama?? Boleh jugak dia jadi crush aku…hehehe”, Suzy membasuh tangannya sambil tersenyum sendirian.

Sejak hari itu, jantung Suzy akan berdegup kencang setiap kali terserempak dengan Suga. Pada suatu hari, Suzy ditugaskan oleh gurunya untuk menghantar buku latihan ke kelas pelajar tahun 3 yang menempatkan Suga dan Chanyeol di situ.

Pabila dia melangkah ke dalam kelas tersebut, tiada sesiapa pun yang berada di situ. Kelas tersebut kosong, yang ada cuma beg sekolah sahaja.
Suzy kehairanan sambil meletakkan buku-buku tersebut di atas meja guru di dalam kelas tersebut.

Dia berjalan di sekeliling kelas itu, lalu di terjumpa sebuah gitar yang disandarkan di tepi dinding.

“Gitar siapa ni??”, tanya Suzy sendirian. Dia berjalan mendekati gitar tersebut, lalu terlihat contengan pada gitar itu yang tertera nama ‘Krystal Jung xx Park Chanyeol’.

“Mamat tu punya gitar rupanya? Laaa…hahaha”, Suzy tertawa lalu berjalan ke luar kelas.

“Chanyeol tu suka sangat kat Krystal…hmm…tapi…kawan dia tu comel la..hehehe”, Suzy memintal rambutnya.

“Suzy!”, Suga memanggil Suzy dari jauh. Dia segera menoleh ke arah Suga.
Kelihatan Suga tergopoh-gapah membawa bakul yang berisi kayu-kayu hoki.

“Laa..kesian oppa..meh sini Suzy tolong”, dia menolong Suga mengangkat bakul tersebut.

“Boleh ke? Berat la…”, Suga memandang Suzy.
“Okay je ni…”, Suzy berpura-pura padahal bakul tersebut teramat lah berat.
Mereka berdua meletakkan bakul tersebut di tepi padang sekolah.

Chanyeol berjalan ke arah mereka berdua. “Seronok nampak~ eh…Suzy!”, kata Chanyeol sambil mencebik.

“Jom la main…cikgu Taehyung dah panggil tu…owh awak pergi dulu la Suzy, bye~”, Suga melemparkan senyumannya ke arah Suzy.

Suzy membalas senyumannya. Chanyeol yang memerhatikan gelagat mereka tak habis-habis menjeling.

“Dah pandai kau pikat awek… Suzy pulak tu”, Chanyeol menyiku lengan Suga.
Suga tidak berkata apa sebaliknya dia hanya berdiam diri seperti tidak mendengari apa yang dikatakan oleh Chanyeol sebentar tadi.

Selepas kelas pendidikan jasmani tamat, mereka berdua berehat di bangku yang terletak di tepi padang sekolah.

Chanyeol meneguk air mineral sambil mengelap peluhnya di dahi begitu juga dengan Suga. Chanyeol mengeluh kepenatan.

“Erm….Chanyeol…aku nak cakap sesuatu”, Suga melunjurkan kakinya sambil memandang Chanyeol.
“Cakap je, kenapa??”, tanya Chanyeol.

“Aku….nak buat pengakuan, tapi…aku takut kau marah”, Suga menghela nafas panjang.

“Tak pa…cakap je la”, Chanyeol melemparkan senyumannya.
“Se…sebenarnya aku suka…Krystal….hmm….aku tau kau suka dia, tapi…..entah lah…aku asyik fikir dia je sejak pertama kali aku jumpa dia…Chanyeol….kau okay ke? Maafkan aku…aku tak de niat nak sakitkan hati kau ke apa, tapi aku tak boleh berpeluk tubuh seorang diri…aku rasa bersalah pulak sebab aku pun ada perasaan kat dia…”, Suga menunduk mukanya ke bawah.

Dia takut kalau Chanyeol memarahinya hanya disebabkan pengakuannya itu sebentar tadi.

Chanyeol memeluk bahu rakannya itu sambil ketawa. Suga mula kerisauan.

“Yeol, kau…marah ke??”, Suga seperti mahu menjauhkan diri daripada Chanyeol.

“Aku okay la Suga, aku dah tak da perasaan kat dia dah….”, kata Chanyeol dengan ringkas.

“Bi…biar betul? Kau saje kan cakap macam tu sebab tak nak sakitkan hati aku…”, Suga terkejut akan kata-kata Chanyeol.

Chanyeol memeluk rakannya itu lalu berkata,
“Takpe Suga, kita kan buddies yang takkan berpisah! Jangan pulak disebabkan seorang awek kita nak bercerai-berai! hehehe rileks la…”, Chanyeol berkata sebegitu kerana dia pun mahu memujuk hatinya yang lara ketika itu. Dia hanya mengalah. Biar sahaja rakannya itu dengan gadis yang disukainya selama ini.

“Aku sayang kau Yeol!!”, Suga membalas pelukan Chanyeol. Terasa bebannya ringan sedikit apabila dia dapat meluahkan perasaannya. Memang ternyata Chanyeol sahabat sejati yang paling dia cari, tak kira susah senang mesti sentiasa bersama.

Selepas itu, setiap kali Chanyeol terserempak dengan Krystal. Krystal tanya kepada Chanyeol sama ada mengenali pelajar yang bernama Min Yoongi, namun dia hanya menggeleng. Dia telah berjanji dengan Suga yang dia tidak akan memberi tahu yang Suga adalah Min Yoongi yang dia cari.

Chanyeol hanya menggeleng-geleng kepalanya. Fikirannya buntu memikirkan masalah ini.
Setiap hari dia memikirkan hal ini walaupun dia hanya menjadi orang tengah sahaja.

“Nampaknya aku yang jadi doktor cinta untuk si Suga ni….haishh”, Chanyeol mendengus panjang.

Suatu hari, Chanyeol terlihat Krystal dan Suzy dari jauh sambil menongkat dagunya.

“ kenapa Suga dengan Krystal masing-masing nak rahsiakan hal ni sesama sendiri?? Pelik la…,kalau dah suka, terus terang je la…”,Chanyeol mengomel sendirian.

“Suzy…aku nak jumpa seseorang, kau balik dulu lah ye…”, pinta Krystal. Suzy hanya menunduk tanda setuju. Semasa dia melalui di hadapan dewan sekolah, dia terlihat Suga yang berdiri di tepi dewan sambil menyanyi rap.

Suzy terpaku melihat Suga seketika, lalu berjalan mendekati Suga. Tiba-tiba Krystal datang ke arah Suga sambil membawa buah tangan.

“Oppa…Min Yoongi??”, tanya Krystal. Suga menunduk malu.
“Betullah oppa! Kenapa oppa tak nak terus terang kat Krystal? hishhh”, Krystal memukul dada Suga perlahan.

“Mianhae Krystal…oppa tak maksudkan macam tu…”, lalu Suga menarik tangan Krystal masuk ke dalam dewan.

Suzy tergamam. Hatinya luluh melihat keadaan itu. Rupanya Suga….suka Krystal?? tapi bukan Chanyeol…suka Krystal jugak?? Ahhh….benci la benci!!”, Suzy menghentakkan kakinya lalu berjalan melintasi dewan. Tanpa disangka dia melihat Krystal dalam dakapan Suga. Mereka mula berkucupan seperti pasangan kekasih.

Suzy cepat-cepat mengalihkan pandangannya lalu berjalan sambil menggenggam tangannya. Chanyeol memerhatikan kejadian tersebut dari belakang Suzy. Hatinya turut tersentap melihat aksi mesra Suga dan Krystal.

“They deserve that…tahniah Suga…Krystal…”, Chanyeol berjalan dengan langkah yang longlai sambil memerhatikan Suzy yang duduk mencangkung di tepi kolam. Dia seperti mahu menangis.

“Hoi…menangis ke??”, Chanyeol teriak dari jauh.

“Sibuk lah kau! tak de lah aku tengah kira batu!!”, lalu Suzy mengambil batu lalu melemparkan ke arah Chanyeol. Mujurlah Chanyeol sempat mengelak.

“Hahahah…kesian tak kena!!”, Chanyeol menjelir lidahnya lalu berlari ke luar pagar sekolah.

“Yaaahhh!!! Sengal la kau!”, Suzy bingkas bangun. Dia mahu mengejar Chanyeol namun dia membatalkan niatnya.

“Siap kau Chanyeol! Aku akan pastikan satu hari tangan ini akan singgah kat pipi kau lagi!!!”, Suzy mendengus geram.

“….eh, kenapa lah asal aku nampak muka mamat tu rasa nak lempang je…parah aku ni…”, Suzy mengomel sendirian.

 


"Hmmm..."


-to be continued-

hello ShiMatoki kat sini xD

yay dah sampai chapter 3! lolol laju je aku update,
gara2 idea melimpah bagai nak gila...
lagi gila aku nak menulisnya..lol

okay la hope korang enjoy and...see you guys in the next chapter!!!!

sign out,

ShiMatoki <3

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
bonus special chapter! :3

Comments

You must be logged in to comment
inaequanimous
#1
sequel plish hahaha
BarmyDew
#2
Chapter 9: /campak bunga/
akhirnyaa.. tamatlah cerita..
mintak sambung babak suga and krys pls.. /slapped
BarmyDew
#3
Chapter 8: agagaggaaga... mak yeol deabak! rare!
hadiah suga n krys sungguh swegg gitu.. hahhha
btw... best lah.. feel je bila baca!
BarmyDew
#4
Chapter 7: Aku suka gila chapter ni.. akus enum sorang2.. sweet lah
BarmyDew
#5
Chapter 6: pergh.. bangga den.. btw.. sobs.. sedih walawehhh...
sbar lahh yeol... nanti suji muncul lah.. sbar ye.. /wink2
BarmyDew
#6
Chapter 5: agagggaa.. ari ni baru aku dpt brpeluang nak baca.... akhirnya..
best! nak baca next chapter.......
Hundotlove
#7
Chapter 8: 0_0 MIANGNYAAAAAAA !!!! 0_0
Gatal sungguh arghh!!! //bila komen jer menjerit//
apalah daya hamba yang tak tertahan menjerit melihat babak romantik ni T^T
Muahah sengal sungguh hadiah dari Krystal ngan Suga tu aduihhh tapi hadiah Chanyeol kepada Suga pun aduu dua-dua ni memang buddies betul haha XD
Aduuu mak Chanyeol ni sobs sobs saya tergelak pasal mak dia haha xD
wuu dah abis dah T^T
kalau ada idea buatlah fanfic Yeolzy lagi :3 :3 :3
Hundotlove
#8
Chapter 7: Arghh takleh takleh
sweet sangat ni arghh //meroyan//
pftt Chanyeol miang sungguh..
lol hadiah apakah yang suga bagi tu sampai besar gedabak aduiii
muahaha xD hebat sungguh mak Chanyeol ni sampai kunci pintu bagai
inaequanimous
#9
Chapter 8: MIANGGGGGGGGGGGG
KyuMiOk
#10
Chapter 7: Puahahaahahahaa.... kekekeeeekekek... -gelak jahat tetiba- hahahah..
Rasa bole baca apa yg author-nim nak sambung.. hahahah...