Part 1

CRASH

“Ke tepi…tepi sikit~ Lelaki hensem nak lalu”, kata Chanyeol dalam gaya bergurau apabila menghampiri segerombolan pelajar  yang leka menyaksikan persembahan drama oleh sekumpulan pelajar. Mereka hanya menyaksikan dari luar dewan.

Bertolak bagai sampai ada yang terjatuh.

“Weh…ramai la kat sini…tak selesa plak aku berdiri camni…”, Suga tak habis-habis mengeluh kerana sudah kepenatan.

“Kau ni pendek la, nak aku dukung ke?”, Chanyeol mencuit lengan Suga.
“Tau la tinggi macam zirafah…ceh!”, Suga mencebik.

Tiba-tiba datang tiga orang pengawal keselamatan datang lalu menghalau kesemua pelajar yang berkerumun di situ.
Chanyeol dan Suga turut terkecuali.

“Aku dah cakap dah! Kau tak nak dengar!”, Suga menarik beg sekolah Chanyeol dengan perasaan yang geram.
“Alaaa…aku nak tengok persembahan Krystal…wehhh…”, Chanyeol  mengetap bibirnya.

“Ish ko ni…macam la tak boleh jumpa Krystal nanti…”, tangan Suga masih menarik tali pada beg Chanyeol.
“Woih, ganas la ko ni…habis rosak beg aku …yaahhh”, Chanyeol menepis tangan Suga.

“Weekkk…”, Suga menjelir lidahnya lalu menarik beg sekolah rakannya itu sehingga terkoyak talinya.
“….OPS….MIAN….HEHEHEH”, Suga berlari sepantas kilat meninggalkan Chanyeol di belakang.

“Tak guna kau!! Hoi budak!!! Ganti balik beg aku!!!”, Chanyeol tergamam lalu mengejar Suga sekuat hatinya.

“Hahahahah”, Suga berlari macam orang gila sehingga keluar dari pintu pagar sekolah.

“Sape plak budak ni…macam budak kecik…berlari macam orang tak siuman”, kata seorang pelajar perempuan apabila Suga berlari melintasinya.

Tatkala itu, tiba-tiba….

“Oucchhh!! Sakit la sengal!!”, marah pelajar perempuan itu apabila  Chanyeol terlanggar bahunya dengan kuat.

Akibat pelanggaran itu telah menyebabkan Chanyeol dan pelajar perempuan itu terjatuh.


“Awak,mianhae…heheh…”, Chanyeol  bingkas bangun sambil tersenyum sumbing lalu berlari semula.

“Hoi!! Blah cam tu je! Tak nampak ke manusia kat depan ni!”, pelajar perempuan tersebut mengelamun.

“Eh…nametag sape ni?”,  dia memegang tanda nama yang dijumpainya di atas jalan tar.

“Park Chanyeol?” , tanya pelajar tersebut di dalam benak fikirannya.
“Tak pasal-pasal aku kena pulangkan nametag budak ni…hmmpphh”, dia melepaskan keluh yang panjang lalu memasukkan tanda nama tersebut ke dalam beg sandangnya.

Keesokkan harinya…

“Aku akan menjagamu~~ Semampu dan sebisaku~ Kerana bagiku, engkau lah nyawwwaaa kuu~~”, Chanyeol mula memetik tali gitarnya sambil bernyanyi di dalam kelas.

Suga yang duduk di sebelahnya mula mengetuk-ngetuk mejanya.

“Hoi…diamlah!”, marah Luhan yang duduk di hadapan mereka.

“Because your eyes, nose, lips every looking  every breath every kiss~~”, Suga  mula menyanyi.

“You wish me well~”, Chanyeol memetik gitarnya.
“I wish you hell!!~ hahahahaha”, mereka berdua ketawa terbahak-bahak sehingga Suga terjatuh ke atas lantai.

Semua memerhati gelagat mereka berdua. Apalagi mengamuklah si Luhan tu.
“Hemphh!! Menyampah la layan kome berdua ni”, Luhan keluar dari kelas dengan perasaan meluap-luap lalu masuk semula ke kelas dengan muka coolnya. Rupa-rupanya Cikgu Kwangsoo, cikgu Sejarah yang paling membosankan ikut masuk ke dalam kelas.

Chanyeol cepat-cepat meletakkan gitarnya di tepi dinding, lalu duduk di tempatnya semula.

Inilah mata pelajaran yang paling membosankan kerana cikgu Kwangsoo asyik membuat faktanya sendiri tanpa merujuk buku teks.
Akibat daripada itu membuatkan fikiran Chanyeol melayang. Memikirkan tentang gadis yang disukainya. Nama dia Krystal, dia pelajar tahun dua di situ, cantik, bijak, berbakat, dan seksi….aumm, eehhh…

Tiba-tiba Chanyeol merasakan kepalanya seperti di baling kapur.

“Apa yang awak tenung kat luar tu hah?”, teriak Cikgu Kwangsoo.
Suga yang sudah lena dibuai mimpi turut dibaling kapur oleh cikgu itu.

“Haaa…jawapannya A!!”, tiba-tiba Suga berdiri dengan mukanya yang mamai.
“Suga, awak dah kenapa? Sambung la tidor lagi!”, marah cikgu Kwangsoo.

Mata Suga terkebil-kebil lalu duduk semula.


“Kringgg!! Kringg!!”

Loceng sekolah kedengaran menandakan sudah tamat waktu persekolahan pada hari itu,
Suga dan Chanyeol jalan beriringan sambil memegang tangan.
“Weh…aku rase lain macam la dengan kau harini…ada yang tak kena…”, Suga memberhentikan langkahnya.

“Apa yang tak kena?”, Chanyeol turut memberhentikan langkahnya.
Suga mula merenungnya dan mendekatkan mukanya perlahan-lahan.
“Kau dah kenapa??”, Chanyeol mengetap bibirnya.

Suga memandang Chanyeol atas bawah.
“Jangan cakap kau dah tergoda dengan aku weyh…”,Chanyeol menghantuk kepala Suga.

“Adeh…gila kau! Tak ternaik pun nafsu aku kat ko! Eiiii…geli aku”, Suga mencuit lengan Chanyeol.
“…ni ha, kau terlupa nametag kau ke?”, Suga menunding jarinya ke arah kemeja sekolah rakannya.

“Ha’ah…patut la aku rase ada yang tak kena je….huhuh”, kata Chanyeol.

“Weyh…nak tengok Krystal tak? Aku rase dia ade latihan menari, jom ar kita tengok…”, Chanyeol membuat muka comelnya.

“Hmm….ok fine! Jom jom!”, Suga terpaksa mengalah. Mereka berdua memasuki ruang latihan yang menempatkan bilik latihan menari. Di situlah tempat Krystal mengadakan latihan menarinya  setiap kali selepas waktu persekolahan.

Chanyeol dan Suga terintai-intai dari luar.

“Tu dia…oh Krystal…si pujaan hati~”, Chanyeol tersenyum seorang diri dari tadi.
“Cantiklah dia…aku suka dia…”,tiba-tiba perkataan tersebut keluar dari mulut Suga.

Chanyeol terus menoleh mukanya ke arah Suga dengan muka kosongnya.
“Erk…aku nak pergi tandas kejap…heheheh”, belum sempat Suga mahu melangkah pergi tiba-tiba ada suara menyergah mereka dari belakang.

“Apa korang berdua buat kat sini? Tak reti-reti nak balik ke? Jangan ganggu Krystal okay? Arasso?”, kata seorang pelajar perempuan sambil memegang tin minuman gas.

Chanyeol dan pelajar perempuan tersebut memandang sesama sendiri.

“Awak??”, mereka berkata serentak.

“Semalam awak yang….hmmpphh…never mind! Kejap…”,budak perempuan tersebut menyeluk poket bajunya lalu menghulurkan tanda nama Chanyeol.

“Te…terima kasih, mintak maaf pasal semalam, saya betul-betul tak sengaja”, Chanyeol menundukkan mukanya. Malu.

“Dah macam citer jejak kasih pulak aku tengok…hahaah”, Suga tergelak menyaksikan babak tersebut.
Chanyeol mengukir senyumannya lalu terpandang tanda nama pelajar tersebut.

“Bae Suzy?”, tanya Chanyeol.

“!”, pelajar perempuan tersebut melempang muka Chanyeol secara tak sengaja.

“Apa…apa kau pandang hah? Jantan tak guna!”, marah pelajar tersebut.

“Tak…tak…huhu…saya cuma nak tengok…”, tangan Chanyeol ditarik Suga.
“Jom la…hahaha bye awak~”, Suga melambai tanggannya ke arah pelajar perempuan itu.

“Suzy….kenapa bising-bising kat luar tadi?”, tanya Krystal kehairanan.
“Tak de pape lah…peminat kau ni hah…sibuk je terintai-intai”, balas Suzy sambil mengeluh.

“Ye ke? hahaah…lelaki ke perempuan?”, Krystal tersenyum sendirian.

“Of course la lelaki~ tapi tadi yang nak tengok ko tadi lelaki-lelaki miang…ishh…dah la cepat sambung latihan!”, Suzy menolak badan Krystal masuk ke dalam bilik latihan.

Suzy terintai-intai ke luar bilik sambil memerhatikan gelagat Chanyeol dan Suga dari jauh.

“Eii…peminat gila, dah la gila, byuntae pulak tu…”, Suzy mengomel sendirian lantas menutup pintu bilik tersebut dengan perasaan yang meluap-luap.

 

-To be continued-

 


lewls...hahah jumpa korang di next chapter! xD

xoxo
ShiMatoki <3

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
bonus special chapter! :3

Comments

You must be logged in to comment
inaequanimous
#1
sequel plish hahaha
BarmyDew
#2
Chapter 9: /campak bunga/
akhirnyaa.. tamatlah cerita..
mintak sambung babak suga and krys pls.. /slapped
BarmyDew
#3
Chapter 8: agagaggaaga... mak yeol deabak! rare!
hadiah suga n krys sungguh swegg gitu.. hahhha
btw... best lah.. feel je bila baca!
BarmyDew
#4
Chapter 7: Aku suka gila chapter ni.. akus enum sorang2.. sweet lah
BarmyDew
#5
Chapter 6: pergh.. bangga den.. btw.. sobs.. sedih walawehhh...
sbar lahh yeol... nanti suji muncul lah.. sbar ye.. /wink2
BarmyDew
#6
Chapter 5: agagggaa.. ari ni baru aku dpt brpeluang nak baca.... akhirnya..
best! nak baca next chapter.......
Hundotlove
#7
Chapter 8: 0_0 MIANGNYAAAAAAA !!!! 0_0
Gatal sungguh arghh!!! //bila komen jer menjerit//
apalah daya hamba yang tak tertahan menjerit melihat babak romantik ni T^T
Muahah sengal sungguh hadiah dari Krystal ngan Suga tu aduihhh tapi hadiah Chanyeol kepada Suga pun aduu dua-dua ni memang buddies betul haha XD
Aduuu mak Chanyeol ni sobs sobs saya tergelak pasal mak dia haha xD
wuu dah abis dah T^T
kalau ada idea buatlah fanfic Yeolzy lagi :3 :3 :3
Hundotlove
#8
Chapter 7: Arghh takleh takleh
sweet sangat ni arghh //meroyan//
pftt Chanyeol miang sungguh..
lol hadiah apakah yang suga bagi tu sampai besar gedabak aduiii
muahaha xD hebat sungguh mak Chanyeol ni sampai kunci pintu bagai
inaequanimous
#9
Chapter 8: MIANGGGGGGGGGGGG
KyuMiOk
#10
Chapter 7: Puahahaahahahaa.... kekekeeeekekek... -gelak jahat tetiba- hahahah..
Rasa bole baca apa yg author-nim nak sambung.. hahahah...