Dear Friend 9

Chingu...Gajima!! (Friend..Don't Go!!)
Please Subscribe to read the full chapter

 

ShinHye hanya membiarkan Lay melayan perasaannya itu. Dia bangun untuk berjalan-jalan di sekitar taman itu. Langkah dia mati apabila mata dia terpaku kepada orang yang berada di hadapannya. Dia nampak Kris menolak seorang perempuan di atas kerusi roda, kurus serta pucat sahaja wajahnya. Hati dia sebak, dia kenal wajah pucat tanpa senyuman itu. Wajah yang selama hampir setahun lebih dia harap akan muncul semula di hadapannya. Kaki dia melangkah perlahan menghampiri, dengan badan yang menggigil sedikit.

 

“Vanilla-ah”

 

Kris yang menolak perlahan kerusi roda itu tersentak, begitu juga gadis yang di bawa. Kepala gadis itu terangkat mencari suara itu ‘Vanilla-ah, nama itu hanya dia sahaja yang memanggil. Tak mungkin dia’ . Dia menjumpai jasad yang memanggil nama itu. Terkedu dan kelu untuk dia berbicara. Hanya air mata yang dapat diluahkan. Dia rasa hangat apabila jasad itu berlari memeluknya, Ya. Dia rindu akan suara itu. Lantas dia balas pelukan tersebut. Teresak kedua gadis itu.

 

“Choco-ah” terungkap jua akhirnya kata daripada mulutnya. Kris yang memerhati drama di hadapannya itu turut mengalirkan air mata. Rasa bersalah mula bertandang di hatinya, fikiran pula merangka ayat untuk menjelaskan keadaan sebelum ini.

 

Mahu atau tidak Kris terpaksa menceritakan segala-galanya. Kris membawa ShinHye ke tempat taman semula setelah menghantar EunHye ke biliknya semula. ShinHye pada mulanya marah dengan penipuan yang di buat oleh Kris dan kehilangan EunHye bertukar berita mengejutkan buat dia. “ EunHye tidak punya banyak masa dengan kita, mungkin hayat hanya dia bertahan untuk 2-3 bulan lagi. Dia menghidapi Kanser Hati tahap akhir” suara Kris agak bergetar di hujung ayat, menahan sebak.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Heartz_Ilayda
Yooooooo...Idea datang..tapi dalam mood sedih..

Comments

You must be logged in to comment
ayeshahreina2402 #1
Chapter 10: Sedih
lilipoetry
#2
Chapter 10: Sad.... tapi saya suka :) thanks
mika_lou #3
Yoon eun hye❤❤❤ jrang org wat ff untuk yoon eun hye unnie. Upvote untuk awak