Dear Friend 7

Chingu...Gajima!! (Friend..Don't Go!!)
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Saya harap Encik Kris tidak terkejut dan tabah mendengar apa yang cuba saya sampaikan.” Pembukaan ayat doktor muda itu.

 

“Just call me Kris, can you tell me what happen to her?” soal Kris dengan hati yang tidak tenteram.

 

Matanya melurut kepada perbuatan doktor muda, mengeluarkan foto X-ray milik EunHye yang berada di fail pesakit. “Begini Kris, kamu nampakkan bulatan hitam pada tengah foto ini? Untuk pengetahuan kamu Cik EunHye telah menghidap Kanser Hati tahap 3. Pada rujukan saya, Cik EunHye tahu akan penyakit dia ini tetapi jarang mendapatkan rawatan. Dia masih boleh berpeluang untuk sembuh dengan melakukan kemoterapi. Walaupun peluang itu agak rendah, Kris.” Sehabis doktor muda itu menerangkan tentang keadaan EunHye, hati Kris terasa bagai sebuah kaca yang terhempas di lantai. Pecah dan berderai. Kris kehilangan kata. Diam membatu.

 

Malam itu dia menangis di tepi katil EunHye dengan hatinya cuba untuk menidakkan takdir untuk dia dan EunHye terpaksa terima. Muka dia di sembamkan atas tangan EunHye. Air mata yang mengalir deras dibiarkan sahaja. Dia cuba untuk menerima. Tiba-tiba dia merasakan ada tangan yang membelai rambutnya. Lembut. Dia mengangkat kepala dan matanya menatap wajah pucat yang tersenyum dalam kepayahan.

 

“Oppa, jangan menangis yea. Sayang belum nak mati lag….” pantas bibir Kris menyentuh bibir lembut milik EunHye. Kucupan yang disertai air mata. Sedu dalam sebuah ciuman.

 

“Jangan pernah sekalipun cakap macam tu. Oppa tak suka.” dia duduk semula di sebelah EunHye. EunHye hanya tersenyum dengan mukanya semakin bertukar merah. Malu.

 

“Oppa, boleh janji dengan sayang” tangan Kris di pegang erat dari sebelumnya.

 

“Janji apa sayang?”

 

“Janji dengan Sayang yang apa pun yang berlaku kepada sayang, tolong jangan beritahu ShinHye. Sayang tak mahu tengok dia sedih melihat keadaan Sayang yang lemah sekarang ni. Oppa, jeabal.”

 

Keluhan berat keluar daripada mulut Kris. “Tetapi ShinHye kawan kamu EunHye. Kesian dia.”

 

“Oppa, yaksu(promise). Jeabal” air mata EunHye mula merembes keluar. Kris terus memeluk Eunhye sambil dia berjanji dengan apa yang di katakan oleh EunHye. Hati EunHye sedih dan serba salah tetapi apa dayanya, ini bukan apa yang dia pinta. Dia berdoa ShinHye tidak akan membencinya suatu hari nanti atas tindakan yang dia lakukan sekarang ini.

 

Di sekolah, ShinHye pelik dengan sikap EunHye yang selalu mengelak daripadanya. Kadang-kadang dia nampak Kris memeluk bahu EunH

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Heartz_Ilayda
Yooooooo...Idea datang..tapi dalam mood sedih..

Comments

You must be logged in to comment
ayeshahreina2402 #1
Chapter 10: Sedih
lilipoetry
#2
Chapter 10: Sad.... tapi saya suka :) thanks
mika_lou #3
Yoon eun hye❤❤❤ jrang org wat ff untuk yoon eun hye unnie. Upvote untuk awak